BAB 22

887 65 7
                                    

Yara merenung diri di dalam pantulan cermin. Saat ini, tubuhnya tersarung dengan baju bertemakan all white. Dia memakai chiffon skirt dengan blouse dan shawl yang dililit sesimple mungkin untuk ke Entopia nanti.

Ikutkan hati, dia malas nak bersiap cantik cantik. Tapi, Tengku Yazid yang beria suruh dia berpenampilan menawan. Sampaikan baju pun papa dah tetapkan. Mahu tak mahu dia menurut sahaja. Sebelum ini pun, memang dia selalu perdajalkan semua blind date yang dia pergi. Sebab itu semua calon yang dia jumpa akan reject dia mentah mentah. Dengan alasan,

"Saya suka yang pembersih."

"Saya tak suka anak uncle."

"Anak uncle terlalu baik untuk saya."

"Saya ada orang lain."

"Anak uncle tak layak jadi isteri saya."

Dan banyak lagi alasan lain. Walaupun hakikatnya, mereka yang bermasalah. Malah, setiap alasan yang diberi langsung tidak mengguris hati Yara. Sebab dia juga antara punca blind date itu tidak menjadi. Sekarang, dia dah mati akal mencari alasan untuk merosakkan blind date hari ini, gara gara papa memberitahunya last minute seperti tadi. Dia sendiri tidak tahu, apa rancangan yang mahu dia lakukan nanti. Atau mungkin, dah tiba masanya dia perlu mengenali hati budi calon itu nanti?

Baby Yoda yang terlihat melalui pantulan cermin besar itu menarik perhatian Yara. Langkah dibuka sebelum dia melabuhkan punggung di birai katil empuk itu. Baby Yoda yang terletak di tepi bantal diambil. Lebar sengih bila memandang Baby Yoda, hasil kemenangan Mikhael untuknya tempoh hari. Tak sangka lelaki itu sanggup melayan karenah kebudak budakkan dia.

Seketika, kepala disandarkan pada kepala katil. Kepala rancak menayang ulang kenangan dia dan Mikhael selama dua bulan di sana. Tersenyum sendiri Yara dibuatnya. Dia bukan seorang yang mudah jatuh hati, tapi perwatakan dan layanan Mikhael seolah sudah mendapat tempat di dalam hatinya tanpa sedar. Indahnya kalau dia dapat mengungkapkan perasaan yang mula tumbuh ini dihadapan lelaki itu.

Realiti membuatkan dia sedar bahawa dia tak layak untuk berbuat demikian. Sepanjang lima tahun ini, dia belajar bahawa bukan semua yang kita mahukan, mampu kita gapai. Terkadang, ada pengorbanan sangat besar yang berada di belakang setiap impian itu. Tanpa dilihat siapa pun.

Mungkin dah sampai masa dia lupakan tentang kebahagiaan diri. Sekarang, Tengku Yazid perlu diberi keutamaan. Jika benar calon yang akan dia temui hari ini sudah memenangi hati papa, maka dia akan berkorban demi kegembiraan Tengku Yazid. Selagi Tengku Yazid gembira, dia juga akan menumpang kegembiraan tersebut.

__________________🦋_________________

Sling bag yang digalas, digenggam erat. Geram. Puas dia menunggu di luar pintu masuk, tiada satu sosok lelaki pun yang datang menegur dirinya. Wajah tegang kerana dibiarkan menunggu lama di bawah cahaya matahari. Papa pun, satu habuk maklumat pasal lelaki itu pun tidak diberitahu sama sekali. Macam mana dia nak cam?

Malas nak berjemur lama lama, Yara masuk ke dalam terlebih dahulu. Kalau jumpa, jumpa. Kalau tak, lagi bagus. Masuk sahaja ke dalam, mata meliar ke segenap keindahan. Tidak semena mena, hatinya diterpa rasa rindu bercampur gembira. Sudah lama dia tidak datang ke sana, kali terakhir ketika bersama Yazdan tempoh hari.

Tangan dibawa ke belakang, gaya senang diri. Mata meliar menikmati keindahan alam syurga rama rama. Rasa tenang mula tumbuh dalam diri. Kaki yang tersarung heels, diteruskan melangkah tanpa tahu hala tuju. Sesekali ketawa halus kedengaran di bibir Yara apabila beberapa ekor rama rama berterbangan di sekelilingnya. Seekor rama rama jenis Rajah Brooke's birdwing, hinggap pada tangan Yara. Berhati hati tangan itu didekatkan pada wajah sendiri untuk melihat rama rama tersebut dengan jarak yang lebih dekat.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now