BAB 1

1K 69 2
                                    

Akhirnya, hari yang paling ditunggu- tunggu dan didambakan oleh semua calon SPM telah pun tiba iaitu hari terakhir kertas peperiksaan.

Lagi beberapa minit sahaja lagi jarum jam akan menunjukkan tepat pukul 5 petang. Menandakan kertas peperiksaan subjek Matematik Tambahan bagi pelajar Sains Tulen akan tamat.

Memandangkan dia telah pun selesai menjawab kesemua soalan yang diberi, maka matanya tidak lari daripada melihat jarum jam yang sedang berdetik pantas seiring debaran di dadanya yang seirama dengan detakan waktu jam tersebut.

3...2...1...

KRINGGG!!!

Loceng telah berbunyi. Maka, berakhir sudah zaman persekolahan yang dijalani selama ini. Serta merta semua calon mengoyak senyum gembira di bibir masing-masing.

"Berhenti menulis. Semak semula jawapan yang ditulis untuk kali terakhir. Pengawas yang bertugas boleh mula mengumpul kertas sekarang. Kepada semua calon, saya ucapkan tahniah kerana berjaya mengharungi kesemua kertas peperiksaan dengan jayanya. Semoga kamu semua memperoleh results yang cemerlang dan berjaya di masa hadapan kelak." Kata ketua peperiksaan SPM kepada semua calon seramai 14 orang yang berada di dalam dewan peperiksaan itu.

Masing-masing memberi senyuman serta menundukkan kepala sebagai tanda terima kasih kepada pengawas- pengawas yang bertugas menjaga mereka sepanjang peperiksaan SPM berlangsung.

Beberapa minit kemudian, kertas sudah selesai dikumpulkan. Lalu, semua calon dibenarkan untuk bersurai. Setibanya di luar dewan, suasana menjadi hingar-bingar dengan pelbagai topik. Dalam masa yang sama, hati merasa penuh hiba.

Mereka saling berpelukan untuk kali terakhir memandangkan perpisahan sedang menanti diri mereka. Kerana itu adalah hari terakhir mereka bersama sebelum berpisah demi impian masing-masing. Tidak lupa juga beribu-ribu gambar yang diambil pada hari bersejarah tersebut sebagai kenangan hingga hari tua nanti.

Penuh gembira kaki membuka langkah menuju ke luar kawasan sekolah lalu statik di depan pintu pagar sekolah yang gah itu. Mata meliar mencari pemandu khas keluarganya. Yara diam sejenak sebaik mendapat khabar bahawa driver yang akan menjemputnya masih belum tiba gara-gara lalu lintas yang sedang sesak.

Telefon dimasukkan ke dalam poket sekolan setelah habis membaca mesej itu. Perutnya melancarkan tanda-tanda kebuluran. Tangan naik memegang perut yang rancak menyanyi minta diisi. Manakan tidak, dia belum menjamah apa-apa makanan lagi melainkan sekeping roti bakar bersama segelas milo panas sahaja yang selamat mendarat ke dalam perutnya ketika sarapan pagi sebelum berangkat ke sekolah tadi.

Bola matanya melilau mencari gerai gerai menjual sumber makanan yang mungkin boleh dibeli olehnya. Sesaat, matanya tertancap pada satu gerai di seberang jalan. Keningnya terangkat sedikit. Aneh. Setahunya, dia tidak pernah melihat gerai itu sebelumnya.

Mungkin baru dibuka hari ini. Dia menduga.

Tetapi, sepanduk yang digantung pada gerai itu sangat-sangat menarik perhatian Yara. Ternyata gerai itu menjual makanan kegemarannya. Tidak mungkin dia akan melepaskan peluang.

Serta merta kiri kanan ditoleh sebelum melintas jalan untuk ke seberang. Apabila tiada tanda-tanda kereta yang mendekat dia berlari anak menuju ke destinasi yang menarik perhatian itu tadi.

Setibanya dia di sana, air liur ditelan rakus. Bersinar matanya melihat tauhu begedil montok yang masih panas tersusun elok di atas meja itu. Arghh sangat menggiurkan!

"Makcik...saya nak satu."  tuturnya penuh harapan bersama mata yang bersinar seolah olah kanak-kanak kecil yang merayu mahukan gula-gula.

Tanpa menunggu lama, sebungkus tauhu begedil montok disuakan kepadanya. Dia sambut dengan kedua belah tangan bersama senyuman manis.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now