BAB 29

813 54 3
                                    

Penat bersiar siar di dalam pangkalan, Yara duduk berehat di birai batu jalan. Kenderaan yang lalu lalang memandangnya dengan aneh. Mungkin sebab dia sahaja yang sibuk berjalan kaki waktu waktu begitu sedangkan orang lain semuanya bergerak dengan kenderaan. Malas memikirkan kenapa dia menjadi tumpuan, Yara teruskan sahaja berehat di situ. Lagipun dia tidak berbuat salah apa apa.

Botol mineral yang tinggal suku, dihabiskan. Nafas cuba diatur biar kembali normal. Penat sungguh. Tak tahu pula pangkalan itu boleh tahan luas kawasannya. Daripada tadi dia bersiar siar di kawasan pelbagai jenis unit, tetapi bayang suaminya langsung tidak kelihatan. Di mana keberadaan suaminya itu Yara tidak pasti. Pangkalan itu terlalu luas untuk mencari bayang suaminya sahaja.

Sudahnya, Yara memilih untuk berehat sahaja dulu di situ. Bola mata dilemparkan ke sekeliling. Nasib baik tak terlalu banyak orang yang lalu lalang di situ. Dalam keningan, suara kumpulan lelaki yang sedang menyanyi mula kedengaran sayup sayup di hujung telinga. Laju kepala ditoleh mencari arah suara. Dia takut tapi dalam masa yang sama dia ingin tahu.

Sebaik kepala menoleh kebelakang, matanya terhenti pada satu sudut. Rasanya dia pernah tengok fenomena itu, tapi di dalam drama Korea. Saat ini, matanya dihiasi dengan kumpulan figura lelaki yang sedang berlari dalam kumpulan di dalam pangkalan sambil menyanyi lagu yang Yara sendiri tidak faham artinya. Yara statik di situ dan memerhati satu persatu anggota di dalam barisan itu.

Ralek menilik wajah yang sedang berlari itu, matanya menangkap sosok yang sangat dikenali sedang berada paling hadapan, sendirian. Suaminya segak dengan tshirt tentera lengan pendek, mengetuai larian itu. Mikhael gagah berlari bersama anggota yang lain. Baju yang sudah basah lencun dengan peluh langsung tidak mencacatkan ketampanan Mikhael. Malah, lebih menyerlahkan kemaskulinan lelaki itu.

Seketika, kumpulan itu sudah melepasi dirinya. Maka, langkah kerdilnya dibuka untuk mengejar kumpulan tentera yang sedang berlari semakin jauh di hadapan itu. Disebabkan Mikhael tidak sedar akan kehadirannya, Yara lagi seronok untuk membuntuti langkah mereka.

Aqib yang berada di barisan belakang menoleh sekilas. Rasa macam ada kelibat yang membuntuti mereka saat ini, lantas laju kepala ditoleh sekali lagi untuk kepastian. Automatik Aqib tersengih. Sempat dia terkekeh kecil sebelum dia melajukan larian untuk mendapatkan Mikhael yang berada di hadapan. Mereka berlari beriringan bila Aqib sudah menyamai langkah Mikhael.

"Tuan, isteri tuan ada dekat belakang." Aqib yang tahu kebenaran berbisik kepada lelaki itu.

"Hah?" Mikhael terkedu.

Laju kepala ditoleh. Disebabkan lelaki itu tinggi, jadi mudah sahaja dia melihat kelibat Yara yang berada di belakang barisan mereka. Benar apa yang dikata oleh Aqib. Bukan main giat gadis itu sedang mengikut jejak mereka.

"Kau cover." arahan diberi dengan serius kepada Aqib sebelum dia berlari patah balik ke belakang untuk mendapatkan isterinya.

Yara yang melihat suaminya sedang menuju kepada dia terus berhenti daripada larian. Lega kerana Mikhael sudah sedar akan kehadirannya. Tidak perlu lagi dia bersusah payah mengejar lelaki itu. Terbongkok bongkok Yara dibuatnya kerana penat. Tercungap-cungap dia mengukir senyum kepada Mikhael.

Baru gaya hendak menegur, Mikhael sudah bertinggung di hadapannya tiba tiba. Mata diturunkan ke bawah, melihat apa yang sedang dilakukan oleh Mikhael. Ternyata, Mikhael sedang mengikat tali kasut Yara yang sedang terurai. Yara perhati tingkah laku Mikhael. Dia sendiri tidak sedar tali kasutnya terbuka semasa lari tadi. Tajam betul mata Mikhael, sampai sampai terus ikatkan tanpa diminta.

Usai mengikat tali kasut isterinya, tubuh berdiri tegak semula. Dia bercekak pinggang kepada gadis itu.

"Yara buat apa kat sini?"  Mikhael menyoal serius.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now