BAB 36

581 38 7
                                    

Mereka datang ke pesta itu berempat seperti yang dirancang petang tadi. Mereka jalan berpasangan. Mikhael bersama Yara, Maleeq bersama Yasmeen. Mereka jalan bersama menyusuri lautan manusia itu tanpa kata. Hanya mata yang sibuk bekerja memantau sekeliling. Disebabkan pesta ini baru sahaja dijalankan, maka ramai keluarga yang berkunjung ke sana bersama anak anak mereka untuk meluangkan masa bersama.

Disebabkan ada ramai orang di situ, jemari Yara tidak lepas dipaut oleh Mikhael. Takut hilang ditenggelami orang ramai. Setelah berada di tengah tengah kawasan pesta, mereka berempat berhenti melangkah. Lalu, Maleeq berpaling dan menghadap tiga wajah dibelakangnya seolah dia adalah seorang ketua yang akan memberikan taklimat aktiviti mereka pada malam ini. Ketiga tiga wajah itu dipandang silih berganti. Tangan dicantum.

"So... Kita nak main apa dulu?" Maleeq memulakan bicara dengan tanda tanya.

"Saya ikut je mana mana." Yasmeen bersuara dahulu seraya menoleh kepada Yara dan Mikhael. Menunggu jawapan daripada pasangan itu pula.

Yara pula mendongak sedikit untuk memandang Mikhael setelah Yasmeen dan Maleeq merenungnya. Dalam hening itu, Mikhael tundukkan pandangan untuk membalas renungan Yara yang sudah sedia menatapnya. Hanya tatapan sebagai pertanyaan Yara kepada Mikhael. Ingin bertanya pendapat suaminya berkaitan soalan yang diajukan oleh Maleeq tadi.

Mikhael yang memahami maksud tatapan itu mula berfikir. Kini, Mikhael menjadi tumpuan. Sebagai seorang yang paling tua di situ, Mikhael yang akan membuat keputusan aktiviti mereka hari ini.

"Kita main bumper cars dulu, on?" Mikhael memberi cadangan.

Serta merta,

"Setuju!!!" jawab mereka bertiga serentak dan semestinya yang paling teruja adalah si isteri.

Bibir Mikhael mengoyak senyum segaris dengan respon yang diterima. Rasa macam tengah jaga budak budak tadika pula. Patuh sungguh ketiga ketiga orang itu dengan arahannya. Kemudian, mereka bergerak ke kawasan bumper cars game yang sedang dipenuhi dengan orang ramai. Sememangnya aktiviti itu antara yang paling femes setiap kali fun fair diadakan.

Mikhael membayar token kepada penjaga permainan itu sebelum mereka dibenarkan untuk masuk ke kawasan track dan mengambil kereta masing masing iaitu satu setiap seorang.

"Siapa kalah kena masuk rumah hantu." Maleeq mencadangkan hukuman.

"Tak ada masalah." Mikhael jawab dengan yakin.

Dua beradik itu melagakan penumbuk tanda termeterai janji. Yara dan Yasmeen pula saling membalas isyarat. Alamak...

Seraya itu, mereka sudah berada di dalam kereta masing masing. Sebaik permainan dimulakan, masing masing tekun menekan pedal untuk menggerakkan kereta tersebut tanpa menghiraukan orang lain. Disebabkan ramai yang bermain, maka sesi berlanggar semakin menjadi jadi dengan pantas.

Mereka berpecah tetapi Mikhael tetap menjaga Yara daripada belakang tanpa gadis itu sedar kerana dia sedang seronok melanggar kereta kereta lain. Hakikatnya, keretanya langsung tidak dilanggar sesiapa kerana Mikhael menghalang di setiap sisi kereta yang dipandu isterinya menyebabkan kereta lain tidak dapat merempuh isterinya sama sekali.

Dalam kesesakkan, tiba tiba tanpa sengaja Mikhael terlanggar kereta seorang perempuan yang mahu merempuh kereta Yara dari arah sisi. Tidak semena mena tersengguk kepala perempuan itu dibuatnya akibat keretanya dirempuh oleh Mikhael. Refleks,

"Ops! Sorry, sorry. Okay ke?" soal Mikhael panik.

Dia berhentikan kereta. Risau juga kalau kalau perempuan itu patah leher. Tak memasal panjang masalah nanti. Gadis itu membetulkan rambut yang jatuh. Dia ukir senyum manis kepada Mikhael sebelum menjawab.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Donde viven las historias. Descúbrelo ahora