BAB 15

904 72 1
                                    

Segelas susu segar diletakkan ke atas meja sebelum tubuh dilabuhkan ke atas sofa. Bantal kecil yang sememangnya satu set dengan sofa itu diletakkan ke atas paha, tangan dibawa tongkat dagu. Alat kawalan jauh ditekan beberapa kali, mencari saluran yang menarik. Beberapa saluran ditukar, masih tiada rancangan yang menarik minat dia. Agaknya industri filem sekarang tengah ketandusan idea untuk drama baru.

Sudahnya, Yara menutup semula TV. iPhone yang terletak sebelah gelas susu itu dicapai laju. Aplikasi Tiktok ditonton. Banyak juga content content baharu yang menarik. Sedang asyik jari menggeser skrin, muncul satu video yang agak menarik perhatian dia.

Video seorang wanita sedang review warung bakso yang dibuka berdekatan kawasan homestay Yara. Laju ruang comment dibaca. Satu persatu komen yang tertulis dilihat. Ramai yang mengatakan warung tersebut murah dan sedap. Melihat kuantiti bakso yang disediakan di dalam video itu automatik perut Yara menyanyi sakan.

Setelah dikaji, jarak antara warung itu dengan homestay, 5 minit sahaja. Memandangkan hari ini dia malas hendak memasak, Puan Kalsom juga tiada di rumah kerana sibuk dengan majlis kenduri di kampung sebelah, jadi Yara bercadang untuk makan di warung itu sahaja.

Jam di skrin telefon dikerling. 5.00 petang. Waktu yang sangat sesuai untuk bersantai. Lantas, dia bingkas bangkit dan masuk ke bilik untuk bersiap. Tubuh hanya menyarung seluar palazzo, jersey lengan panjang dan shawl malas semata.

Selesai mengunci pintu, Yara mengambil sandal Korean bewarna Beige yang dibeli melalui aplikasi Tiktok. Baru aesthetic dan comel. Penuh berhati hati dia menuruni anak tangga kayu itu. Baru beberapa langkah dia menapak turun dari anak tangga, Yara ternampak Mikhael sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Dia berhenti dan memerhati seketika.

Melihat lelaki itu hanya mengenakan tracksuit dan jersey, maknanya Mikhael baru pulang daripada berjogging. Apa yang dia tahu, lelaki itu memang aktif bersenam. Pantang ada masa terluang, mesti dia akan membuat aktiviti yang menyihatkan badan.

Berbeza dengan Yara, pantang ada masa terluang, memang katil la menjadi peneman sepanjang hari. Malas nak penatkan diri sendiri. Gaya hidup sihat sangat tidak sesuai dengan dirinya. 

Habis skodeng Mikhael, dia jongket kedua belah bahu tanda malas peduli lebih lebih. Airpod dipakai, lagu dimainkan. Malas nak panjang cerita, dia memilih untuk meneruskan niatnya sahaja tanpa menganggu lelaki itu. Biarkan Mikhael dengan kegiatannya dan Yara dengan kegiatan sendiri.

Kaki melangkah santai untuk menuju ke warung. Healing sambil mencari makan. Macam biasa, dia malas hendak drive jadi dia berjalan kaki sahaja ke warung sana. Boleh la juga bakar kalori dan lemak yang terkumpul ni.

Hidup Yara memang penuh dengan kemalasan, dia tak nafikan. Sebab kalau rajin itu, bukan Yara Alyssa namanya. Kalau boleh, sepanjang hidup dia hanya mahu tidur sahaja. Penat hendak melayan dunia tipu tipu.

Satu lolipop perisa anggur dikulum di dalam mulut. Dengan tangan dihayunkan, dia menikmati suasana. Tanpa sedar, langkah yang tadi santai, kini mula melompat kecil dengan riang mengikut melodi lagu. Tatkala itu, rancak dia menyanyi sepanjang perjalanan. Yara seolah berada di dalam dunianya sendiri.

"I like shiny things, but I'd marry you with paper rings. Uh huh, that's right!
Darling, you're the one I want, and
I hate accidents except when we went from friends to this. Uh huh, that's right! Darling, you're the one I want."

Seronok melompat mengikut rentak lagu, sekelip mata sebelah kakinya terpeleset tanpa sengaja. Yara hilang pertimbangan tetapi sempat ditarik seseorang membuatkan tubuhnya kembali berdiri kukuh. Kalau tidak, jadi badak berendam dalam sawah jawabnya.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now