BAB 21

739 53 2
                                    

Dua bulan yang dirisaukan selama ini berlalu dengan pantas tanpa terasa. Setelah dua bulan berlalu, khidmat Yara di rumah kuda Pak Osman dan sebagai penyewa di homestay umi sudah tamat. Berat rasa hati untuk pergi meninggalkan kampung ini. Hari ini, dia akan pulang semula ke Penang bersama Tengku Yazid. Sebaik dia melangkah pergi dari situ, bermakna segala keseronokkan di situ hanya menjadi kenangan manis sahaja.

Selesai mengunci pintu homestay, Yara statik di laman rumah. Dia hanya berdiri dan merenung dengan pandangan pilu. Mata meliar ke segenap kawasan yang sudah menjadi kenangan untuknya sepanjang dua bulan ini.

"Yara? Are you done?" Tengku Yazid yang berada di bawah menegurnya yang sedang termenung sendiri.

Yara menoleh dan menjawab.

"I'm done." balas Yara seraya mula menuruni anak tangga kayu itu.

"Kita pergi rumah umi dulu boleh, pa?" Yara mengajak Tengku Yazid untuk bertemu dengan wanita itu buat kali terakhir.

"Of course, dear." laju papa membalas.

Lantas, banglo setingkat milik Puan Kalsom dituju bersama papa. Dia perlu berpamitan dengan wanita itu dahulu sebelum berangkat pulang. Sebaik memasuki laman rumah umi, wanita itu sudah sedia menanti dirinya bersama dua anak lelakinya di depan rumah.

Cepat cepat Yara turun daripada kereta dan mendapatkan umi yang sudah murah dengan air mata di pipi.

"Umi..." serunya hiba.

"Ya, sayang." Tubuh genitnya di tarik masuk ke dalam dakapan umi. Belakang gadis itu diusap penuh makna.

"Yara minta diri dulu umi. Yara akan rindu umi." ujarnya menahan sebak.

"Umi pun akan rindu jugak puteri umi ni." dahi Yara dikucup lembut.

"Umi jangan la nangis. Nanti Yara nangis juga." ujarnya sambil mengerdip kelopak mata yang mula memanas.

"Yelah. Umi tak qiyau."

Yara senyum kecil bila umi sudah mengahapus air mata.

"Bila bila, mai la singgah rumah umi lagi. Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk anak umi ni."

Kepala yang disangkut pada bahu Puan Kalsom, diangguk lemah. Pelukan dileraikan oleh Yara.

"Insha'Allah. Terima kasih sebab tumpangkan Yara dua bulan dekat sini. Yara hargai sangat sangat. Halal kan makan minum Yara, umi." belakang tangan wanita berusia itu dikucup lembut.

"Sama sama. Umi halal kan semua. Bawak keta baik baik nah." pesan umi memandangkan dia memandu sendiri.

"Doakan Yara."

Giliran Mikhael dan Maleeq diberi tumpuan.

"Adik balik dulu abang abangku sekalian. Terima kasih sangat sangat dekat awak berdua sebab banyak tolong saya. Maaf kalau saya susahkan awak berdua selama ni." ucapnya bersama senyuman nipis sambil berseloroh.

Maleeq ketawa mendengar dirinya digelar abang. Mikhael juga senyum segaris dengan panggilan tersebut.

"Takdak hal la Yara. Balik sana nanti, jangan lost contact tau. Nanti saya rindu nak tengok larian biri biri awak." kata Maleeq yang berdiri di sebelah Mikhael.

"Larian biri biri?" Yara tidak mengerti.

"Dia tengah kutuk kau. Itu pun tak faham ke?" sampuk Mikhael sambil menepuk belakang leher adiknya.

"Ish! Sampai hati." marah Yara bila dia percaya kata kata Mikhael.

"Hehehe maaf." tutur Maleeq ikhlas.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Onde as histórias ganham vida. Descobre agora