BAB 24

797 52 12
                                    

Mereka jalan beriringan, menuju ke pantai. Sepanjang jalan juga lah Mikhael terpaksa tadah telinga mendengar bebelan daripada Yara. Gadis itu merungut penat kerana perlu hiking sedikit untuk tiba di pantai tersebut.

"Hael, kita stop kejap boleh?" pinta Yara yang termengah.

Lelaki disebelahnya itu akur. Kasihan pulak dia tengok wajah kepenatan itu. Nampak sangat tidak aktif bersukan. Tapi kalau disebut, mahu makin panjang bebelan nanti. Sudahnya, Mikhael diam sahaja tanpa mencari gaduh.

Mikhael melutut di hadapan Yara yang sedang berhenti untuk berehat. Tali kasut sneakers milik Yara yang terurai diikat olehnya. Gadis itu memang cuai. Dia sudah masak dengan tabiat Yara yang tidak reti mengikat tali kasut dengan kemas.

Malah, semua kasut dia yang bertali, diikat oleh Tengku Yazid untuk dipakai. Dia hanya capai dari rak dan sarung ke kaki sahaja sebelum keluar. Bila ikatan terurai, dia lebih sanggup biarkan daripada mengikat sendiri. Kerana sudah terbiasa memakai kasut yang sudah kemas diikat talinya.

"Terima kasih. Saya tak perasan dia tercabut." ucapnya kepada Mikhael yang sedang mengemaskan ikatan.

"Tak apa. Lepasni, biar saya je yang ikat tali kasut awak sampai bila bila." ujarnya seraya ikatan tali kasut gadis iti diketatkan.

Yara angguk. Geram nak peluk sahaja tubuh kekar itu. Sabar Yara, dua minggu sahaja lagi. Lepas tu boleh peluk puas puas.

"Comel la awak ni." pujinya tanpa sedar.

Mikhael kembali tegak. Keningnya bersambung dengan pujian Yara.

"Comel kenapa?" ada ke muka cengey macam ni cakap comel. Pelik pelik.

"Saya suka bila awak dah mula gelarkan diri awak-saya dengan saya. Rasa comel. Rasa macam Mikhael yang cengey dekat kampung dulu, dah jadi kucing parsi dengan saya." usai berkata dan memerli, Yara ketawa halus.

"Jangan nak kutuk kutuk. Tengah berusaha untuk jadi soft ni. Support please." Mikhael berkata dengan wajah pasrah. Rasa tak tenang bila ditegur begitu kerana soft bukanlah gayanya.

Sekonyong-konyong, Yara melepaskan tawa. Suka dengan versi Mikhael yang soft tak berapa nak soft. Mereka kembali melangkah. Beberapa minit kemudian, radio buruk tidak berbayar kembali bersuara.

"Awak nak bawak saya pergi mana sebenarnya? Saya dah letih berjalan ni, Mikhael." rungutnya sambil mengipas wajah sendiri dengan tangan.

"Sabar la, hidup perlu pengorbanan."

"Pengorbanan mende." rungutnya perlahan tetapi dapat didengar oleh Mikhael.

Mikhael yang mendahului Yara berhenti di sisi, badan menghadap Yara dibelakang. Nampak la gadis itu berpeluh peluh.

"Ini dulu masa sekolah mesti selalu ponteng sukan merentas desa." kutuknya selamba kepada gadis itu.

Automatik kaki Yara berhenti. Dia cekak kedua belah pinggang kepada Mikhael.

"Hello. Tolong sikit. Saya dapat naib johan okay. Every year." Yara membanggakan kejayaanya masa lalunya.

Bibir Mikhael tersenyum sinis.

"Kenapa tak johan? Haa, maksudnya stamina awak kurang mantap la tu." Mikhael tidak mahu membiarkan Yara menang. Biarkan dia terus bangga dengan 'naib johan' sampai bila bila.

Automatik bibir muncung sedepa dek kerana dikutuk oleh Mikhael.

"Ish, diamlah. Awak ni sejak dua menjak ni makin menjadi jadi eh." marahnya dengan nada tidak puas hati.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now