BAB 4

972 71 16
                                    

ENTOPIA BUTTERFLY FARM, PENANG

Lengan sasa Yazdan dirangkul erat oleh Yara. Yazdan hanya membiarkan walaupun banyak mata memandang. Lagipun Yara kalau berjalan tak pegang tangan orang memang tak sah. Kerja nak berkepit saja. Katanya love language. Padahal takut jalan di khalayak ramai. Sebab tu nak berkepit. Macamlah Yazdan tak tahu perangai adiknya itu.

Mereka jalan beriringan mengelilingi taman rama-rama itu. Beginilah lumrah hidup seorang Yara dan Yazdan. Walaupun terkadang macam anjing dengan kucing, tapi masing-masing punya love language tak nak kalah. Mengalahkan orang bercinta.

Manakan tidak, mereka hanya hidup berdua. Jadi apa pun yang berlalu mereka saling melengkapi.

"Yara pergi duduk situ, along nak ambik gambar." satu sudut yang dipenuhi rama rama ditunjukkan kepada Yara.

Menang ngam kalau bergambar dekat situ. Dapat pula jurukamera power macam Yazdan Alias. Surr...

Yara pantang apabila dipelawa bergambar. Laju sahaja dia menonong ke arah yang dimaksudkan Yazdan. Dia mengambil port yang sesuai. Macam macam gaya dia buat.

Dia yakin kalau along yang ambil gambar mesti semuanya perfect! Untung siapa jadi isteri along. Memang tak akan ada ruang untuk mogok sebab gambar tak cantik punya.

Yazdan fokus mengambil gambar. Button snap ditekan lama. Jadi, apa sahaja yang adiknya buat, pasti ditangkap oleh kamera. Memang aesthetic la gambar Yara hari ni.

Khusyuk mengambil gambar adiknya, tanpa sedar, dia rasa sayu memandang Yara yang teruja bermain dengan rama-rama dari lensa kamera. Senyuman bahagia yang terukir di bibir adiknya, ketawa halus itu sangat membahagiakan hatinya. Dia bersyukur Yara Alyssa ditakdirkan untuk menjadi adik seorang Yazdan Alias.

Seketika, dia terdetik di hati.

Macam mana hidup Yara tanpa dia suatu hari nanti? Macam mana kalau ditakdirkan dia pergi dahulu tanpa sempat melihat adiknya berjaya? Mampukah Yara segirang sekarang ini? Dialah satu-satunya abang, kawan gaduh, pendengar dan penghibur Yara. Apa akan jadi pada Yara jika dia tiada? Pasti Yara akan sunyi tanpa dirinya.

Demi Allah dia tidak sanggup untuk meninggalkan gadis polos itu sendirian.

"Along, sini!" panggil Yara.

Yazdan tersentak dari lamunan apabila namanya dipanggil Yata. Dia mengukir senyum nipis.

"Ye, along datang." balasnya sambil membuka langkah.

"Along, tengok ni. Cantik kan. Macam Yara tak?" Yara menunjukkan seekor rama rama bewarna biru hitam yang sedang hinggap di kelopak bunga.

"Cantik. Tapi taklah secantik Yara." usiknya selamba.

Mencerlung mata Yara memandang Yazdan.  Dia tidak puas hati. Maksudnya dia tak cantik lah?

"Sebab Yara lagi cantik dari dia." hidung adiknya dicuit. Yazdan ingin menyelamatkan diri.

"Alasan." bidas Yara.

Yara melanjutkan kegiatan bersama kupu kupu yang berterbangan itu.

"Adik, along rasa along dah tahu kerja apa yang sesuai dengan adik." melihat keseronokkan Yara bermain dengan rama rama dia yakin cadangan dia ini paling sesuai untuk adiknya.

"Apadia?" Yara menanti jawapan.

__________________🦋_________________

Aplikasi Netflix dibuka. Lincah tangan menekan button remote, mencari hala tuju drama yang bakal ditonton. Sepanjang menanam anggur sambil menunggu results, begini sahaja rutin harian. Makan, tidur, tengok Netflix, keluar jalan jalan, repeat.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now