BAB 5

775 57 10
                                    

Dengan izin Allah, urusan pengebumian Yazdan Alias berjalan dengan lancar. Jenazah juga sudah selamat dikebumikan sebelum zohor tadi. Orang ramai juga sudah beransur pulang. Yang tinggal hanyalah saudara mara terdekat sahaja yang masih sibuk selesaikan apa yang patut dalam banglo itu.

Yara duduk sendirian memeluk lutut di sudut dinding. Dia termenung jauh. Dari hospital semalam, setitik air mata pun dia tidak keluarkan. Dia hanya mendiamkan diri dan memandang semua orang dengan pandangan kosong.

Saudara mara yang melihat keadaan dirinya sekarang mula gelisah. Tapi dia langsung tidak hirau dengan renungan simpati daripada mereka. Dia masih statik di sudut dinding.

Memori bersama Yazdan sesak ditayang di minda. Termasuk memori yang menjadi penyebab kepada semua kejadian ini.

Sesaat, Yasmeen merangkap kawan baik Yara duduk melutut dihadapannya. Kedua belah bahu gadis itu dipegang. Wajah tidak bermaya itu membuatkan hatinya hiba. Kawan baiknya itu langsung tidak menangis. Dia risau kalau benda bukan bukan sedang menghantui diri Yara.

"Yara. Kenapa duduk seorang-seorang kat sini?"

Sepi.

"Kenapa kau tak lepaskan rasa sedih kau? Menangislah Yara, menangis sepuas hati kau. Tolong jangan diam tak beremosi macam ni. Aku risau." Yasmeen memeluk tubuh genit itu.

Dia meleraikan pelukan Yasmeen.

"Aku tak layak menangis." perlahan Yara bersuara.

"Along mati disebabkan aku." sambungnya lagi.

Yasmeen terkedu seketika.

"Apa yang hebat sangat tentang hari jadi?" Yara menyoal diri sendiri penuh sinis.

Bodohnya bila dikenang semula apa yang dia buat semalam.

"Aku tak patut gesa dia balik cepat." ujarnya sambil merenung dingin anak mata Yasmeen.

Yasmeen tersentak. Dia geleng kepala perlahan. Dia perlu lakukan sesuatu. Jika dibiarkan gadis itu akan terkurung dalam sejarah hitam seumur hidupnya.

Fikir Yasmeen, fikir. Lalu,

"Kau ingat kau tuhan? Kau tak boleh buat orang mati, Yara. Kau ingat kau ada hak ke nak halang semua benda ni terjadi?"

Baginya semua ini takdir. Jika Yara tidak berbuat demikian sekalipun, Allah tetap akan mengambil nyawa Yazdan dengan cara lain. Kemalangan hanya perantara.

"Kau tu cuma sebutir debu yang berterbangan tanpa hala tuju, Yara. Sebutir debu. Takkan mengubah penimbang." perit rasa untuk Yasmeen lontarkan kata kata itu.

Sumpah dia tidak bermaksud. Dia hanya mahu Yara melepaskan kesedihan yang sedang dia telan hidup hidup.

Mata Yara mula merah. Dia merenung Yasmeen penuh rasa benci. Dia faham apa maksud kata kata Yasmeen tadi. Sesaat, air matanya mula menitis. Dia menangis.

Tetapi tangisan itu membuatkan Yasmeen menghela nafas lega. Dia menarik tubuh genit Yara masuk ke dalam pelukan. Kepala gadis itu diusap perlahan.

"Yeah. Ini yang patut kau buat. Menangislah Yara. Menangis sepuasnya. Jangan telan benda ni sendiri hidup-hidup. Kau ada papa kau yang masih sayangkan kau. Kuatlah untuk dia Yara. Yazdan pun mesti tak nak tengok kau sengsara macam ni." pujuk Yasmeen. Dia juga sedih dengan apa yang terjadi.

Kalau along betul-betul tak ada nanti apa Yara nak buat?

Kalau along tak ada, adik rindu tak?

Yaz sayang papa dan Yara tau. Sangat.

Kata-kata daripada Yazdan kembali terngiang ditelinganya.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now