Chapter 3

11.5K 375 4
                                    

Hanisa sedang duduk di buaian buatan ayahnya di halaman rumah.Rumah ibubapanya ini bukanlah 100% kampung.Di bahagian hadapan rumah ni diperbuat dari kayu.Di bahagian belakang pula konkrit.

Hanisa termenung memikirkan perbualannya dengan sepupunya,Abang Adam.

*Flashback*
Hanisa dan Adam duduk di bangku ataupun pondok kecil di tepi rumahnya itu.Pemandangan kampung ni sangat menenangkan Hanisa.

"Hani.."panggil Adam.

"Ye,Abang Adam"balas Hanisa lalu berpaling menghadap Adam.

"Hani,masih ingat tak waktu abang kata,abang sayang Hani tu?"tanya Adam dengan hati-hati.Dia takut tersalah langkah.

Otak Hanisa segera berputar mengingati perkara lalu.

"Ohh,mestilah Hani ingat.Kenapa abang tanya?"Hani hairan.Adam macam menyorokkan sesuatu darinya.Tapi,Hanisa tidak mahu menuduh.

"Erm,abang..abang betul-betul..maksudkannya.."Tergagap-gagap Adam bicara.

"Haa? Hani tak faham lah.Abang cakap la betul-betul.Jangan lah gagap-gagap macam ni"balas Hanisa sedikit tegas.

Adam terdiam.Dia tahu Hanisa betul-betul tak faham dengan jelas apa yang dia katakan.

"Abang kata abang maksudkan bila abang kata abang sayang Hani"Lancar sahaja percakapan Adam.

"Ouh,lain kali cakap terang-terang.Hani tahu la yang abang sayangkan Hani.Mana ada abang yang tak sayang adik kan?"Jawapan Hanisa memberikan Adam maklumat yang Hanisa tidak faham apa yang dia betul-betul maksudkan.

"Hani..dengar sini elok-elok"lembut sahaja suara Adam.

Hanisa membetulkan posisinya betul-betul menghadap muka Adam.Dia hanya menunggu butir bicara yang bakal keluar dari mulut Adam.

"Abang,sayangkan Hani lebih dari abang sayangkan adik.Abang sayang Hani macam Hani ni kekasih abang.Abang cintakan Hani.Abang tak boleh hidup tanpa Hani"ayat-ayat itu terbit di hujung bibir Adam.

Hanisa terdiam.Sekarang dia faham kenapa Adam tergagap.Dia faham segala-gala yang Adam terangkan.

"Hani..Hani.."tergagap-gagap Hanisa mahu berbicara.Dia tidak tahu mahu membalas apa.Hati dia runsing.Kepalanya berserabut.

"Hani...kita kahwin"Kata-kata Adam membuatkan Hanisa terkedu.Segera dia berpaling memandang wajah Adam.

"Abang dah gila ke?!"marah Hanisa.Dia cukup bengang dengan Adam yang membuat keputusan tak betul tu.

"Abang sayangkan Hani.Abang nak Hani jadi milik Abang seorang"desak Adam.

Desakan Adam membuatkan Hanisa rimas.Dia tidak suka didesak!

"Abang,Hani ni baru habis study.Minggu depan baru Hani nak kerja.Lepastu Abang ajak Hani kahwin pula.Hani pening la Abang.Macam lah Mak Lang dan Pak Lang bagi Abang kahwin dengan Hani?"Geram Hanisa mendengar keterangan Adam.Gila ke ape nih?!

"Abang tak kisah.Hani tak payah kerja pun.Soal Mak ayah,Hani tak payah risau.Biar abang yang settle kan.Yang penting,kita kahwin ye sayang?"Adam tetap berkeras.

"Hani tak nak kahwin dengan Abang! Abang faham tak?!" Hanisa terus melangkah menaiki tangga rumah lalu memasuki biliknya dan segera mengunci pintu.

Hanisa merebahkan badannya ke atas katil.Fikirannya serabut.Otaknya runsing.Perasaannya bercampur baur.Apa yang perlu dia lakukan? Ya,betul.Hanisa sayang Adam.Tapi,itu tak lebih dari sayang seorang adik kepada seorang abang.Bagaimana Adam boleh terfikir nak keluarkan soalan cepu emas itu?

Kedengaran bunyi ketukan pintu bilik tidurnya.Hanisa bangun untuk membuka pintu.Tatkala dia mahu memegang tombol pintu,Suara Adam bergema.

"Walau apa pun yang terjadi,Hani tetap akan jadi milik abang.Kita tetap akan kahwin sayang.Ingat tu!"Gertak Adam sebelum berlalu.Hanisa semakin takut.Dia takut dia diapa-apakan oleh Adam.Ya Allah,jauhkanlah aku dari kejahatan!
*End Flashback*

"Kak!Amboi jauhnya termenung.Ingatkan Iman ehh?"Iman mengusik kakaknya itu

Hanisa hanya tersengih memandang Iman yang berada di sebelahnya itu.Iman ni je lah satu-satunya adik yang dia ada.Dia dah tak ada adiknya.Hari tu dia ada adik perempuan tapi ajal dia awal.Dia dah pergi jumpa pencipta tanpa dia melihat dunia.Adik..adik tunggu akak kat syurga tau?

"Termenung lagi,Akak ni ade problem ke? Cer citer dekat Iman.Maybe Iman boleh tolong hilangkan stress akak ke?"pelawa Iman.

Selama ni hanya kepada Iman dan Along sahaja yang menjadi tempat Hanisa meluahkan perasaan.Jarang sekali Hanisa meluahkan perasaannya kepada ummi.Maklumlah mereka hanya 3 beradik.Dan Hanisa merupakan satu-satunya anak gadis dalam keluarga tu.Kiranya anak perempuan tunggal lah.

Setelah selesai sesi meluah perasaan,Iman segera mengangguk.Walaupun dia baru berumur 22 tahun,banyak masalah Hanisa yang dia dah selesaikan dengan bantuan Aqeem aka Along.

"Ish! Abang Adam tu gila ke?"Iman juga berpendapat seperti Hanisa.

"Tapi,kalau dia jadi abang ipar Iman,Iman rasanya tak rela kut"balas Iman ditambah juga dengan gaya geli dia.

"Kenapa Iman?"Hanisa juga ingin mengetahui sebab Iman tidak mahu Adam menjadi Abang iparnya.

"Ehh? Tak ada apa lah kak.Ok lah kak.Iman nak pegi buat assigment ni,nanti prof bising pulak"Iman segera mengatur langkah masuk ke rumah selepas menyedari yang dia terlepas cakap.

Hanisa pula masih lagi bersyak wasangka dengan sikap Iman yang tiba-tiba itu.

Saya sayang awak Cikgu!Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon