Chapter 18

8K 311 2
                                    

Petang hari itu,digunakan sebaiknya oleh Hanisa untuk melihat kawasan rumahnya.Di dalam rumah itu,terdapat 5 buah bilik,bilik tetamu,bilik utama,bilik kedua,bilik ketiga dan bilik...baby.Hanisa pun pelik.Kenapa ada bilik baby dekat sini? Tapi,Hanisa tak mahu bertanya kepada Shahziell sebab dia boleh agak jawapan Shahziell nanti.Boleh malu nanti! So,jangan ambil risiko!

Di dapur pula,memang sebijik macam dapur idaman Hanisa!Ada kabinet berwarna merah.Meja makan berwarna coklat.Ada meja macam rancangan masakan di tv tu! Wah,memang macam mimpi!

Beralih ke ruang tamu tingkat bawah.Ada tv yang sederhana besar.Sofa berwarna putih.Hanisa suka sofa putih yang ada bulu-bulu halus macam ini sebab rasa ringan je waktu duduk.Ada meja kopi yang sederhana.Karpet bulu warna royal blue! Kenapa rumah ni macam perfect sangat ni?!

Tingkat atas ada ruang kerja.Ruang kerja tu macam ruang tamu juga.Tapi tak ada tv.Macam ruang untuk baca buku.Buat kerja.Tenangkan fikiran ke apa.Dekat situ ada sofa yang sama macam ruang tamu bawah tadi.Ada karpet warna coklat.Rak buku yang totally penuh dengan buku-buku.Bolehlah baca nanti.

Last sekali,Hanisa paling suka dekat halaman rumah! Ada tanah kosong! Excited betul Hanisa tengok ada tanah kosong di luar rumahnya.Bolehlah dia tanam pokok ros,melur,orkid,kaktus,keladi dan macam-macam lagi! Best nya lah rumah ni!

"Kau buat apa dekat luar ni?"Hanisa terkejut mendengar Shahziell menegurnya.Hanisa memang dari tadi asyik melihat kawasan luar rumah sambil duduk di kerusi meja yang tersedia di luar.

"Saja ambil angin.Kenapa kau tanya?"Shahziell terus menarik sebuah kerusi bersebelahan Hanisa lalu melabuhkan punggungnya.

"Hani..aku nak tanya sikit boleh?"Shahziell mahu tahu sedikit tentang diri Hanisa.

"Kau nak tanya apa? Kau jangan nak tanya mengarut ehh? Aku karate kau karang!"Awal-awal lagi Hanisa dah bagi amaran.Memanglah,Shahziell ni kalau tak bagi warning,karang dia tanya aku pasal anak kang! Tak ke mati aku nak menjawabnya!

"Rileks ahh.Aku belum tanya lagi.Kau kerja dekat mana?"Hanisa menarik nafas lega.Nasib baik logik.Kalau tak..hurm..tak payah tanya lah.

"Aku kerja dekat Smk Sri Damai tu.Aku jadi cikgu Bi.Kau pula?"Teruk betul mereka berdua ni.Kahwin dah sebulan tapi satu maklumat pasal masing-masing pun tak tau.

"Aku jadi cikgu mathematics.Tu je lah yang kau perlu tau"Cis! Kurang perkasam betul Ziell ni! Buang masa aku je bagitau kau aku kerja dekat mana,cikgu apa.Huh!

"Ziell,esok boleh tak aku nak keluar?"Shahziell menjeling ke arah Hanisa.Keluar? Nak buat apa? Tak nak duduk dengan aku ke?

"Nak buat apa?"Serius sahaja suara Shahziell membalas.Gulp! Seram pula bila Shahziell jadi macam kene rasuk ni.Aku kena lah minta izin.Karang tak minta dapat dosa!

"Aku..aku nak keluar pergi rumah sewa aku.Nak pergi ambil kereta.Kalau tak,macam mana aku nak pergi kerja?"Shahziell mengangguk tanda faham.Baru je syaitan nak hasut supaya ada rasa cemburu.Tapi,dah hilang dah.

"Biar aku hantar kau"Terbeliak mata Hani.Shahziell nak hantar? Ayooo!'Susah lah ini macam!

"Err..kalau aku pergi sendiri..Tak boleh ke?"

"Tak Boleh!"Suara Shahziell mula menjadi tinggi.Mahu pecah gegendang telinga Hanisa.Suara Hanisa pun tak macam tu tau! Walaupun selalu melalak sumbang tapi still berpada-pada.

"Hish! Sakitlah telinga aku! Kalau nak jawab pun,jawab lah dengan berhemah! Kau nak aku sakit jantung ke? Lepastu mati cepat,senanglah kau nak jadi duda"Geram betul Hanisa.Haa..Ambil kau! Ayat kuasa 3 bertambah resepi tomyam NekWan sekali aku bagi!

Terkedu Shahziell mendengar ayat Hanisa.Tak mungkinlah Shahziell akan biarkan isterinya itu pergi sebelum dirinya.Tak sanggup dia berjauhan dengan Hanisa.

"Ok.Sorry.Aku just nak hantar kau sebab aku nak beli barang rumah.Lusa kan dah nak start kerja,mana sempat nak keluar beli barang"Kali ni suara Shahziell tersangatlah lembut ibarat awan di atas langit.Hahaha.Cubalah kalau setiap hari Shahziell cakap lembut macam ni.Mesti Hanisa akan melting!

"Haa..lain kali cakap macam ni.Tak ada lah kes aku sakit jantung ke apa.Erm..oklah.Kalau kau kata nak beli barang dapur,Aku ikut je"Buat masa sekarang mungkin mereka masih lagi bertolak ansur.Harap perkahwinan ni tak retaklah.Ziell..janganlah buat kerja gila macam dalam drama tau? Aku tak sanggup..

»«»«»«»«»«»«

Mereka berdua bersiap pada pukul 1 petang untuk pergi membeli barang.Kereta Hanisa sudah pun mereka ambil awal pagi tadi.Nasib baik tak ramai orang pagi-pagi ni,boleh lah bawa kereta dengan senang lenang.

"Hani! Cepatlah! Kau ingat kau tu anak raja ke nak tunggu orang beratur sambil pegang pedang?"Hish Ziell ni! Sabarlah! Kau tu buat plan mengejut,pastu nak suruh aku cepat-cepat pula!'Huh! Aku jadi Chucky kang! Ambil pisau pergi kejar kau satu taman ni!

"Dah siap dah! Kau ni..5 minit pun tak boleh tunggu ke?"Tergopoh-gopoh Hnaisa keluar lalu mengunci pintu rumahnya.Nasib baiklah jarak rumah-rumah dekat sini jauh-jauh.Kalau tak,boleh retak rumah diorang dengar Hanisa dengan Shahziell ni bertekak!

Tanpa membuang masa,Hanisa masuk ke dalam kereta.Kereta Shahziell terus laju meluncur di jalan raya.

Sampai sahaja di pasar raya,Shahziell menarik sebuah troli di situ.Dahi Hanisa berkerut.Banyak sangat ke barang yang dia nak beli?

"Ziell..barang kau nak beli tu banyak ke?"Hanisa mengemukakan soalannya apabila Shahziell berada disebelahnya.Shahziell melihat wajah Hanisa.Kenapa lah kau ni banyak cakap sangat Hani?

"Aku guna je troli ni.Manalah tau banyak.Kau ni banyak bunyi pula!"Hanisa mencebik.Tanya pun salah ke?Shahziell ni datang bulan ke apa? Setiap hari asyik nak marah orang je.Hanisa yang perempuan ni pun tak macam Shahziell.

Ketika mereka sedang memilih barang yang mahu dibeli,mata Hanisa terpandang sesusuk tubuh yang dikenalinya.Ehh? Tu bukan ke..ish! Tak mungkinlah!

"Ziell..tu bukan ke..perempuan yang nak langgar aku hari tu kan?"Mata Shahziell dikecilkan unutk melihat gadis yang dikatakan oleh Hanisa.Tapi malangnya,Shahziell tak dapat mengesan siapakah wanita itu.

"Mana?"Hanisa pula berasa geram.Eh,mamat ni! Aku minta suruh tengok,kau tak nampak pula.

"Kau ni rabun ke apa? Tu...perempuan yang tengah pilih syampu tu"Sambil Hanisa bercakap,Mulutnya dimuncungkan ke hadapan.Shahziell yang disebelahnya itu hanya memandang.Iee!! Geramnya aku! Dah lah cantik,cute pula tu!

Dengan sekelip mata,Hanisa merasakan pipinya berasa hangat.Jantungkan berdegup laju.Pipinya dicium oleh Shahziell! Wajah Hanisa mula merona merah.Iee!! Apa ni main curi-curi pula nih!

Shahziell tersengih melihat isterinya kian malu.Shahziell juga terkejut dengan tindakannya tapi dia tak menyesal pun.Hehe.Siapa suruh goda aku,Kan dah dapat..

"Kau ni dah kenapa kiss pipi aku pula?!"Hanisa mencubit lengan Shahziell dengan kuat.Geram betul dia! Shahziell!!!

"Sakitlah!'Kau ni ada keturunan ketam ke? Kiss je kut.Tu pun nak berkira ke? Tak baik berkira dengan suami sendiri tau"Shahziell mula membuat ayat meluat yang dibenci oleh Hanisa.Ergh! Stop it!'Menyampah tau tak?

"Hai,Ziell"Suara yang tak diundang menjengah ketika mereka berdua sedang 'bergurau'.Shahziell tergamam.Hanisa terkedu.Wanita yang dikatakannya tadi ada dihadapannya!Lisa hanya tersenyum sinis di hadapan mereka.Siapa minah kampung ni?

What' happen next? Haa..kenelah tunggu next chapter.Hehe.Keep read and vote!!

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now