Chapter 23

7.7K 324 4
                                    

Hanisa berjalan perlahan-lahan menuju ke kelas tingkatan 6 yang berada agak jauh dari bilik guru.Sekolah ni memang nak cikgu-cikgu dia kurus ke?

"Hai Cikgu Hani!"Tiba-tiba ada suara menegur Hanisa.Bulu roma Hanisa mula menegak.Itu memang bukan suara Shahziell.Habis tu suara siapa?Takkanlah penunggu sekolah ni yang tegur? Janganlah tegur aku pagi-pagi ni!Aku nak bagi ilmu dekat pelajar-pelajar je!

Perlahan-lahan Hanisa menoleh ke belakangnya.Hanisa menarik nafas lega.Nasib baik bukan penunggu yang tegur.Fuh..

"Awak nak pergi mana ni Hani?"Sufi tersengih-sengih.Tiba-tiba ternampak Hanisa,jadi tegurlah.Jodoh kuat ni!

Hanisa pula menyampah melihat Sufi asyik tersengih-sengih memandangnya.Mamat ni sengih dah kenapa? Aku hempuk juga dia ni kang.Bagi Hanisa,Sufi ni memang boleh dikategorikan sebagai good looking antara cikgu-cikgu lelaki dekat sini.Maybe sebab badan dia yang berotot,buatkan Sufi ni diminati oleh warga sekolah ni.

But..sorry.Hanisa memang tak minat lelaki yang badan ketul-ketul ni.Hanisa pun tak tau kenapa dia tak suka.Orang lain siap menjerit-jerit excited kalau tengok drama korea,hero dia buka baju.Hanisa pula pergi tutup muka dengan bantal.Apa yang diorang suka pun Hanisa tak tahu.Atau..Hanisa yang pelik?

"Saya nak pergi kelas 6 Jupiter" Sufi mengangguk faham.

"Awak hati-hati sikit tau"Kening Hanisa terangkat.Hati-hati?Itu bukannya pesanan.Tapi lebih kepada amaran!

"Kenapa?"Mata Hanisa memandang tepat kepada Sufi.Setiap butir bicara Sufi ditunggu dengan sabar.

"Budak-budak dekat situ nakal sikit"Hanisa mencebik seketika.Ceh..ingatkan nak cakap budak-budak dekat situ tak betul ke,couple sana sini ke,rupa-rupanya nakal? Rileks lah.Nakal je kut.Aku pun pernah jadi budak sekolah lah.

"Ouh..ok.Thanks bagitahu"Sebuah senyuman diberikan untuk Sufi.

"Awak mengajar apa?"

"Saya mengajar English dengan jadi guru kelas diorang.Ehh? Saya pergi dululah.Karang bising pula diorang tu.Bye"Hanisa segera melangkah pergi.Kalau bual dengan Sufi,boleh jadi setengah jam tahu?

Sufi hanya melihat bayang Hanisa hilang dari pandangannya.Dalam diam,ada sesuatu yang muncul dalam hatinya.Hati lelakinya sedikit terusik dengan sikap Hanisa.

"Hani..saya rasa..saya dah TERsuka awak.."
»«»«»«»«»«»«»«»«
Shahziell masih lagi menulis soalan matematik di papan putih dengan markernya.Sebenarnya,soal Matematik dah lama dia lupakan.Fikirannya sekarang berfikir sesuatu yang membuatkan Shahziell tak boleh fokus langsung kepada pembelajaran.Kata-kata Sufi masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.

"Hani..saya rasa saya tersuka awak.."

Tangan Shahziell mengetuk meja guru dengan kuat.Bunyi kuat yang berpunca dari ketukan itu membuatkan seluruh warga dalam kelas 5Neptun melihat ke arah Shahziell.Semua yang pernah diajar oleh Shahziell tahu sifat sebenar Shahziell.Seorang yang lembut hati dan komited dengan kerja.

"Cikgu..ok ke?"Tanya Maria.Seorang dari murid kelas itu.

"Saya nak pergi toilet sekejap.Arsyad,awak jaga kelas"Kaki Shahziell terus melangkah keluar dari kelas.Tiada langsung senyuman yang terukir di wajahnya seperti selalu.

Sesampai di tandas,Shahziell mencuci wajahnya dengan air dari sinki.Cermin dihadapannya ditenung dengan tajam.Kalau Shahziell ada kuasa laser mata,mesti pecah dah cermin tu.

Hati Shahziell bercelaru.Sufi..kenapa kau tikam belakang aku? Tapi..Shahziell tak patut memarahi Sufi.Sufi juga tak tahu yang Shahziell merupakan suami kepada Hanisa.Plan?

"Aku kena rileks.Berlakon je yang aku tak rasa apa-apa.Lagipun,Aku rasa Hanisa tahu dia punya batas"Shahziell menutup pili air yang dibiar terbuka tadi.Sekarang dia dah ada projek baru.Projek Menghalang Sufi Memikat Hanisa!
»«»«»«»«»«»«»«»«»«»
Adriana berjalan perlahan-lehan ke meja Hanisa.Apa salahnya kalau nak kacau member sendiri kan?Hanisa pula sedang mengipas-ngipas dirinya.Disebelah Hanisa pula,Shahziell sedang menanda buku pelajar.Ok,tak ada something strange.

"Woi Hanisa!"Jeritan Adriana membuatkan Hanisa hampir mencampakkan bukunya.Adriana pula gelak terbahak-bahak di hadapannya.

Hanisa menenung Adriana dengan wajah mahu mencekik,membunuh dan sebagainya.Kurang ajar kau ni Yana!! Nasib baik tak keluar silat Cap Kaki aku! HuH!

"Yana!Kau ni jahatlah! Kau tak nampak ke aku tengah rehat ni?Budak-budak aku ni dah lah buas!"Hanisa memang tak sangka pelajar kelas 6 Jupiter tu memang macam monyet.Ehh,tak.100% Sure they are a monkeys! Tapi,tak semuanya macam tu.Yang peliknya,diorang ni fokus bila belajar.Maybe sebab tu diorang ni antara pelajar cemerlang dekat sekolah ni.

"Sorrylah Hani.Hari ni mood aku nak kacau kau je"Shahziell hanya menjeling sekilas ke arah dua wanita di hadapannya ini.Niat di hati nak berbual dengan Hanisa,tapi Adriana pula kacau.Kau ni memang spoil lah Yana!

"Ziell..buat apa tu?Fokus nampak?"Giliran Shahziell pula diganggu oleh Adriana.Adriana hanya tersengih melihat Shahziell menjelingnya tajam.Nampak sangat yang Shahziell tak mahu diganggu.

"Aku tengah buat kerjalah.Aku bukan macam kau.Makan gaji buta je!"Hanisa terpempan.Ini adalah kali pertama dia mendengar Shahziell bagi ayat perencah maggi kari pedas! Yummy!

"Kau tak payahlah nak buat macam kau ni rajin depan Hani.Hani ni bukannya senang nak kena tackle pun.Kau tunjuklah Tuan Anas Mikael ke..Anak raja Bangladesh ke,memang awal-awal kena reject dengan si Hani ni.Tapi,kalau kau bagi dia orang korea ke,putera kayangan ke,prince dalam disney ke.Sah! Confirm dia nak"Kali ni tangan Adriana jadi mangsa cubitan ketam masak lemak Hanisa.Matanya dijegilkan kepada Adriana.Yang kau pergi buka aku punya kisah silam buat apa?! Yana!!

Shahziell tersenyum kecil.Tak sangka Hanisa ni kuat berangan juga.Ingatkan serius je.Rupa-rupanya ada juga gila-gila tu.

"Ok Cik Adriana Sofeanna.Cukuplah kerja awak di sini.Saya tak mahu awak memecahkan kepala saya.Tapi,kalau awak nak rasa cubitan ketam saya lagi,silakan.Saya amat mengalu-alukannya"Wajah Adriana mula berubah.Siapa yang nak cubitan ketam raja Hanisa ni? Tangan Hanisa ni sepantas kilat tahu?

"Ok.ok.Sorry.Hehe.Nanti aku kacau lagi.Bye!"Terus Adriana lari ke mejanya semula.Nanti Hanisa tarik kang macam mana? Aku tak sanggup!

Hanisa mengeluh.Dah lah Adriana pergi buka risalah hidup Hanisa depan Singa Buas ni.Huhu.Malangnya nasib aku dapat bestfriend macam kau Yana!

"Hani"Panggilan itu sudah cukup buat Hanisa ready untuk dengar segala ejekan Shahziell.Ya Allah,bagilah aku tenaga untuk menghadapi manusia ni.

"Kenapa?Kau nak gelakkan aku ke?Gelaklah.Aku dah kebal dah"Pasrah saja ayat Hanisa tu.Kesianlah pula.

"Tak lah.Aku nak tanya ni"Lega Hanisa dengar jawapan Shahziell.Sekurang-kurangnya dia taklah tanggung malu 7 keturunan berturut-turut.

"Nak tanya apa?Tak pernah-pernah kau tanya aku macam-macam.Hari ni dah tukar pula ke?"Shahziell merenung mata Hanisa sedalam-dalamnya.Apa yang Hanisa katakan tadi memang tak melekat pun di kepalanya.Sekarang fokusnya hanya kepada Hanisa.

Tenungan Shahziell membuatkan Hanisa rasa tak selesa.Dah kenapa dia tenung aku pula ni?

"Kau ada terjatuh hati dekat sesiapa tak dalam sekolah ni?"Err..ni soalan ataupun tanda-tanda cemburu?Kenapa Shahziell tanya macam tu pula?

"Ada.Cikgu Taufik tu lah.Tapi,dia dah kahwin dah.Huhu.Melepas.."Tajam Shahziell menjeling Hanisa.Taufik?! Aku ni siapa?

"Tak apalah.Saja nak kau tahu kau punya status tu"Hanisa menjulingkan matanya ke atas

"Aku tau lah status aku.Kau tak payah bagitahu pun tak apa"Shahziell lega.Hani..hati kau hanya untuk aku tau?

Hai!!Finally sampai pun weekend.Harap enjoy this chap.Walaupun chap ni tak banyak sweet sweet gitu,harap dapat dimaafkan.Hehe.Keep read and vote!

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now