Chapter 36

9.4K 290 6
                                    

"Abang.."

"Ye sayang.."

"Nak makan.."

"Makan lagi?!"

"Lapar..."rengek Hanisa.

Sepanjang pregnant,dia asyik lapar dan lapar pastu lapar then lapar after that lapar.Sampai Shahziell pun tak tau nak buat apa dah.

"Sayang nak makan apa?"

"Nak nasi,telur goreng lepastu letak kicap"

Dan..setiap kali Hanisa nak makan,dia mesti minta benda yang kita tak jangka.Ingatkan orang mengandung ni nak makan benda yang kena naik roket baru dapat.Tapi,Hanisa minta benda simple-simple je.

Kadang-kadang dia minta nasi kosong je.Kadang-kadang dia nak makan nasi kosong dengan ikan bilis goreng.Untung dapat bini macam ni.

"Tunggu kejap"

Selesai menyediakan makanan untuk isterinya,Shahziell meletakkan nasi di atas meja.

"Thanks abang!"Hanisa mencium pipi suaminya.

Shahziell hanya tersenyum.Dia tak pernah mengeluh sepanjang menjaga isterinya.Lagipun,dia yang tak benarkan isterinya membuat kerja.

Iee..bini aku ni!!'Dari dekat dah macam panda dah.Asyik makan je.Tapi comel!

Hanisa bersyukur kerana sepanjang tempoh dia mengandung,dia tak pernah mengalami alahan.Rasa mual pun kadang-kadang je.

"Dah siap?"Hanisa mengangguk.Dia berdiri lalu mengangkat pinggan mangkuk untuk membasuh pinggan.

"Hey!"Hanisa terkejut.Dah kenapa Shahziell ni main jerit-jerit pula?

"Kenapa?"

"Kan abang dah kata.Jangan buat kerja.Degilnya isteri abang ni.Nasib baik badan kecil,kalau tak abang dah makan-makan dah tadi tahu?"

"Ala abang..basuh pinggan je kut"

"Nope!"Shahziell menarik pinggan dan cawan di tangan Hanisa lalu di basuh.

Hanisa hanya berjalan ke luar rumah.Ambil angin segar ni.Haih!!!

"Sayang!"

"Iye abang.Ada apa lagi?"

"Jangan duduk dekat luar! Karang masuk angin"

Hanisa mengeluh.Tengok? Over ke tidak Shahziell ni? Duduk luar je kut.

Nak tak nak Hanisa masuk ke dalam rumah.Dia mengambil buku novel di rak lalu dibacanya.

"Haa..baca novel tak apa"

Hanisa menarik nafas lega.Nasib baik yang ni boleh buat.
»«»«»«»«»«»«»«»«»«««
"Ya Allah sayang!!"

Hanisa memandang Shahziell.Kenapa laki aku panggil macam aku ni dilanda bencana je?

"Kenapa?"

"Air ketuban dah pecah!"

Hanisa melihat kain yang dipakainya.Matanya terbeliak.Kenapa aku tak perasan apa-apa?

Tanpa membuang masa,Shahziell menarik Hanisa masuk ke dalam kereta.Beg keperluan Hanisa memang dah tersedia.
»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«

Luluh hati Shahziell melihat isterinya mempertaruhkan nyawanya untuk melahirkan seorang zuriat.

"Puan,teran lagi puan!"

"Arghh!!!"

Tangan Shahziell yang dipegang oleh Hanisa,digenggam kuat.Sakitnya tak terkata.

"Sikit lagi puan,teran lagi"

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now