Chapter 27

7.9K 324 6
                                    

Shahziell tersedar dari tidurnya apabila azan subuh berkumandang.Dia melihat di sebelahnya.Nampaknya Hanisa masih lagi nyenyak tidur dibuai mimpi.

Hari ini mereka perlu pulang ke Kuala Lumpur.Esok dah nak kerja kan?

Shahziell menggoyangkan tubuh isterinya perlahan-lahan.

"Hani..Hani..bangunlah.
Solat subuh"Hanisa membuka matanya tetapi berat betul.matanya untuk bangun.Tiba-tiba suara ayahnya sayup-sayup kedengaran.

"Hani..kalau kita tak nak bangun solat subuh,maknanya syaitan tengah bergayut dengan mata kita"

Hanisa terus bangun dengan segera.Dia tak sanggup kalau syaitan bergantung di kelopak matanya.Shahziell pula berkerut di dahi.Isteri aku ni dah kenapa?

"Dah cepat pergi ambil wuduk.Pastu kita solat sama-sama"Hanisa hanya mengangguk dan keluar dari bilik untuk menuju ke bilik mandi di dapur.

Setelah menunaikan solat bersama,Shahziell mengangkat tangan untuk berdoa.

"Ya Allah Ya Tuhan Kami,Kau ampunkan lah dosa-dosa kami.Kau panjangkanlah umur kami.Kau murahkanlah rezeki kami.Kau berkatilah hubungan kami berdua sebagai suami isteri.Kau kurniakanlah kebahagiaan dan kegembiraan kepada kami berdua Ya Allah.Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.Amin"Shahziell meraup mukanya setelah doa habis diucap.

Air mata Hanisa mula bergenang.Dia tidak sangka yang Shahziell mengingati hubungan mereka ketika solat.Sedangkan Hanisa tidak langsung mempedulikan hubungan ini.Dia terasa sangat berdosa.

Shahziell terkejut melihat isterinya menyalami tangannya sambil menangis.

"Ehh? Kau dah kenapa ni? Kenapa menangis?"Panik Shahziell dibuatnya.Dia paling benci kalau orang yang dia sayang menangis.

"Aku nak minta ampun dengan kau.Aku banyak salah dengan kau.Selama ni aku tak pernah kisah pasal perasaan kau.Aku selfish.Aku tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri pun.Aku minta maaf"Bersungguh-sungguh Hanisa meminta ampun.Dia tak mahu lagi menambah dosa kepada suaminya.

Shahziell hanya tersenyum.Bahagia apabila isterinya berkata sebegitu.

"Dah-dah tak payah nangis.Kau tak ada salah pun dengan aku.Kalau kau ada pun aku dah lama maafkan.Kau janganlah macam ni.Bagi aku,kau dah sempurna dah"Hanisa memeluk Shahziell dengan erat.Bahagianya dalam dakapan suami sendiri.

Shahziell pula hanya membalas pelukan Hanisa.Dia tahu hati wanita Hanisa perlu dijaga sekarang.

"Tak payah nangis dah.Nanti tak lawa dah.Cuba senyum sikit"Jati Shahziell mengelap air mata Hanisa itu.Hanisa tersenyum dan cuba mengukir senyuman paling manis buat suaminya.Dia dah bertekad untuk belajar menerima suaminya.Dia tak nak jika dia tak dapat cium bau syurga nanti.

"Haa..macam tu lah.That's my wife"Shahziell mencuit sedikit hujung hidung Hanisa.Tindakannya membuat Hanisa ketawa sedikit.Hanisa rasa bahagia.Ya..Hanisa bahagia dengan Shahziell
»«»«»«»«»«»«»«»«»

Lisa menarik nafas sedalam-dalamnya.Dia tekad dengan keputusannya.Keputusannya ini akan berikan kebaikan kepada dirinya di dunia dan di akhirat.

Walaupun jikalau,kerjaya nya menjadi model akan hilang.Namun,dia tak hirau.Lisa bersungguh-sungguh untuk mengubah dirinya menjadi manusia yang lebih baik di masa hadapan.

Kakinya mula melangkah masuk ke butik yang diberi nama "Muslimah Fashion".Di situ terdapat banyak design baju yang menutup aurat dan juga berfesyen.

Sekarang persepsinya tentang orang ynag bertudung bertukar.Dahulu dia ingat orang yang memakai tudung ini kolot.Namun,dia faham perasaan mahu bertudung.

Setelah membeli beberapa helai baju blouse labuh,jubah dan beberapa helai tudung,Lisa melangkah pulang ke rumahnya.Dia nekad mahu berubah ke arah yang lebih baik.Dia akan jadi Lisa yang baru!
»«»«»«»«»«»«»«»«»«
Hanisa sudah pun terlelap di dalam kereta.Perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur memakan masa berjam juga.Sampai sahaja di rumah,sudah pun jam 8 malam.Shahziell melihat isterinya itu.Lena betul tidurnya.Nak kejut ke tak nak?

Tanpa menunggu jawapan,Shahziell segera mencempung Hanisa masuk ke dalam rumah.Diletaknya Hanisa perlahan-lahan di biliknya.Hanisa ni memang tidur mati.Rasa kalau letak bom dekat sebelah pun tak bangun.

"Hani..aku sayang kau tau? Ingat tu"Shahziell terus merebahkan dirinya di sebelah Hanisa.Beg mereka dibonet kereta dibiarkan.Fokusnya hanya pada Hanisa.

Dia bersyukur apabila Hanisa mula menerima dirinya.Terima kasih Hani..aku sayang kau.
»«»«»«»«»«»«»«»
"Bagitahu aku Hani dekat mana?!"

"Aku kata aku tak tahu,aku tak tahu lah! Abang Adam ni tak faham ke?!"marah sungguh Iman dengan abang sepupunya itu.

"Aku tak ada masa lah!'Aku just nak tahu dia dekat mana itu je"Adam cuba mengumpan Iman untuk mengetahui di mana Hanisa tinggal dan bekerja di mana.

"Abang Adam dengar ehh.Kak Hani dah kahwin.Dia dah jadi isteri orang.So,dia bukan lagi tanggungjawab family.Kak Hani tanggungjawab suami dia.Kalau Kak Hani nak pergi mana,semua tu suami dia tahulah! And..Abang Adam jangan nak kacau diorang.Iman tahu siap abang!"Hormatnya kepada Adam dah lama hilang.Cuma di hadapan keluarga dia berlembut sedikit.

"Kau nak buat apa dekat aku hah?!"Tengkingan Adam membuatkan Iman semakin marah.Amarahnya tak dapat disimpan lagi.Hampir sahaja timbukan padu Iman mahu mengenai wajah Adam tetapi dihalang oleh satu suara.

"Iman! Stop it!"Terkejut Amna melihat Iman mahu bergaduh dengan Adam.Dia tak mahu lelaki durjana ini menganggu Iman.

"Dah Iman.Jom kita gerak.Jangan duduk dekat sini.Banyak syaitan!"Segera Amna menarik hujung baju Iman.Dia mahu membawa Iman jauh dari lelaki ini.

Adam pula masih lagi geram kerana tidak mendapat jawapannya.Sakit di hatinya kian membara.
»«»«»«»«»«»«»«
"Iman,berapa kali saya nak cakap dekat awak? Jangan duduk dengan dia.Dia tu dah gila!"Sampai sahaja di hadapan kereta Iman,Amna bersuara.Dia tidak mahu Iman termasuk dalam apa-apa masalah.

"Sorry,saya geram je dengan Si Adam tu.Ada ke dia tanya pasal Kak Hani? Memang tempah maut lah namanya!"Amna hanya menggeleng kepalanya.Dia tahu niat Iman baik,tapi caranya itu salah.

"Dah.Awak kata nak hantar saya balik kan?"Iman segera mengangguk.Baru dia teringat yang dia perlu menghantar Amna ke rumah.

"Lupa pula.Hehe.Ehh? Kalau kita singgah rumah Kak Hani dengan Abg Ziell,ok tak?"Amna segera mengangguk tanda setuju.Dah lama juga dia tidak menjenguk abang dan kakak iparnya.

Tanpa mereka sedari,ada mata yang memerhati tingkah laku mereka.
»«»«»«»«»«»«»«»«»
Pulang sahaja dari sekolah,Hanisa terus menuju ke dapur.Dia mengeluarkan air sejuk di dalam peti sejuk.Cawan yang diambil dituangkan air ke dalamnya.Ketika Hanisa mahu mengambil air di dalam cawan itu,tangan seseorang pula yang lebih pantas.

Guess who? Mestilah jejaka hero malaya ni! Huh!

"Iee!! Ambil lah air sendiri!"geram Hanisa melihat air di dalam cawan diteguk rakus oleh sang suami.

"Thank you my dear"Selepas meneguk,Shahziell memberi kembali cawan itu kepada Hanisa.What?! Kosong? Arghh!!!!

"Ziell!!!!"Mendengar jeritan isterinya,Ziell terus berlari ke tingkat atas.Kang tak pasal-pasal,Ada pisau melayang.Ngeri!!

Ganas betul Hani ni! Hehe.Thanks sebab baca kisah Hani dengan Ziell ni.Kalau perasan memang setiap hati saya asyik cakap terima kasih je.Haha.Rasa bahagia pula ada orang baca novel ittew.Hahah.Keep read and vote! plus comment.

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now