Chapter 15

8.5K 372 5
                                    

Hanisa melangkah laju menuju ke arah Shahziell yang senang lenang makan buah.Amboi,Bahagianya dia!Sampai sahaja di hadapan Shahziell,Hanisa merenungnya tanpa berkelip.Geramnya masih membuak-buak.

"Apa? Nak buah?"Shahziell menghulurkan buah tembikai yang baru dibelinya tadi.Pelik juga Shahziell melihat muka Hanisa yang macam nak makan orang je.Seram!

Buah?! Kau suruh aku makan buah?! Lawak apakah ini? Hanisa mengetap bibirnya.Kalau tak ketap bibir,mungkin ayat yang akan keluar akan pedas berapi.

"Fon kau mana?"Shahziell mengerutkan mukanya.Dah kenapa nak fon? Nak kata aku ada makwe baru lah tu.Aik? Takkanlah baru kahwin semalam,tapi hari ni aku dah pasang baru.Imaginasi Hani ni tinggi betul.

"Ada dalam poket.Kenapa?"Hanisa mengecilkan matanya sedikit.Kenapa?! Kau tanya aku kenapa?! Sabar je lah dapat laki tak betul macam kau ni!

"Ziell..ibu call.Dia risau kita tak sampai lagi.Kenapa ibu call aku? Kenapa dia tak call kau?"Hanisa lega apabila dia tak menggunakan bahasa kasarnya.Kalau tak,sia-sia je pergi tambah dosa pula.

"Kenapa tanya aku?Aku bukannya ibu.Aku anak ibu.Kau tu menantu ibu.Ada faham?"Ok.Seriously Hanisa rasa nak ketuk je kepala Shahziell tu biar jadi center balik.Ya Allah,terima kasih sebab bagi aku kekuatan untuk menghadapi suami aku yang macam 'insan istimewa' ni.

"Aku tau lah.Kau jangan buat aku ni macam bodoh sangat boleh tak?Ibu tak call kau ke? Kenapa dia call aku?"Hanisa kembali merenung Mr.A di hadapannya ini.Muka je hensem.Tapi...ish,tak nak cakap lah!

"Fon aku habis bateri.Kalau ibu call pun,macam lah aku boleh jawab"Jawapan Shahziell itu memuaskan hati Hanisa.Nasib baik Shahziell bagi jawapan logik.Kalau dua kali dia bagi soalan mengarut,memang dia nak kena kuasa veto Teacher Azathul!

"Jomlah gerak! Nanti ibu risau.Siapa yang susah? Kita juga kan?"Hanisa mula mengarah.Shahziell hanya menuruti kata-kata Hanisa.Malas nak berbalas kata dekat tempat awam ni.Buat malu je.

Ketika mereka mahu melangkah,ada seorang pakcik tua menegur mereka.

"Err..anak berdua ni adik beradik ke?"Soalan pakcik ni memang logik.Sebab kadang-kadang Shahziell pun pelik.Diorang ni suami isteri ke..adik beradik.Panggil pun aku-kau.Ok pakcik.Pakcik dah bagi saya suatu fakta yang menarik.

"Haah pakcik.Ni adik saya.Dia ni degil sikit"Tangan Shahziell segera memaut leher Hanisa dari tepi.Dia mendekatkan muka Hanisa ke badannya.Hanisa mula buat muka menyampah.Tapi,disebabkan pakcik ada dekat depan.Dia sedaya upaya mengukir senyuman.

Kurang ajar punya Ziell! Kau ingat aku nak mengaku ke kau ni suami aku? Huh! Jauh dari otak,jauh sekali aku yang bercakap tau? Pastu kau ingat aku ni Amna ke kau nak main tarik peluk-peluk ni? Aku ni isteri kau tau? Ok sekejap.Aku dah termengaku dia husband aku.

"Ohh,patutlah.Pakcik tengok kamu berdua tadi.Takkanlah kamu ni suami isteri kan.Mana ada suami isteri panggil kau-aku kan?"Pakcik ni mesti banyak tengok drama melayu ni.Tau-tau je yang suami isteri tak panggil kau-aku.Tapi..wujud la pakcik.Ni..kami ni suami isteri yang sah.Tapi,panggil je kau-aku.Baru rare!

Setelah meminta diri untuk pulang,Hanisa dan Shahziell bergerak masuk ke dalam kereta Ziell.Kereta Audinya mula membelah lebuhraya.

Sepanjang perjalanan,mereka hanya berdiam diri.Tak tahu mahu berbual tentang apa.Hanya suara Fara Fauzana kedengaran di siaran HotFm.Kadang-kadang,Hanisa juga tersenyum mendengar lawak yang diberikan oleh Fara Fauzana.

Tiba-tiba lagu kegemaran Hanusa muncul.Hanisa mula teruja.Suara penyanyi itu mula bermain-main di seluruh ruang dalam kereta itu.

If I got locked away
And we are still all today
Tell me honestly
Would you still love me the same?

If I show my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly
Would you still love me the same?

Lagu Locked Away yang dinyanyikan oleh Adam Levine.Hanisa suka dengan lagu-lagu yang dinyanyikan beliau.Bibir Hanisa terkumat-kamit mengikut rentak lagu itu.Kalau Hanisa duduk seorang dalam kereta itu,rasanya dah keluar dah suara langsuir dia.Tapi,Shahziell ada dalam kereta ni.Ish! Ziell ni kacau lah!

Shahziell perasan mulut Hanisa seperti menyanyikan lagu itu bersama.Shahziell seperti dapat menganggak yang lagu ini,lagu kegemaran Hanisa.Memanglah,kalau dah ringtone fon pon lagu ni.Alarm clock pon lagu ni.So?

Tiba-tiba ada pula bunyi yang pelik.Bunyi itu seperti datang daripada seorang daripada dalam kereta ni.Shahziell terus melihat Hanisa.

Alamak!'Perut! Kenapa kau dengki dengan aku? Malulah aku!Sampai hati kau perut.Aku jaga kau dari kecil sampai dah kahwin ni.Tapi,macam ni kau balas perut?Kau sabar boleh tak? Janganlah berbunyi!

Ok.Hanisa dah mula mengarut.Shahziell melihat Hanisa.Ish..ish..ish.Lapar pun,cakap lah.Ni diam je.Saja nak tunggu perut tu melalak minta diisi dulu ke?Tanpa menunggu lagi,Shahziell menghulurkan buah betik yang dibelinya tadi.Dia memang sengaja beli buah betik untuk Hanisa.Lagipun,Shahziell tak makan betik.

Hanisa menyambut huluran itu dengan malu-malu.Gila tak malu?!Dah la perut berbunyi tadi.Mana nak letak muka ni oi!!

"Makanlah betik tu.Lagipun,kalau kau tak makan,siapa lagi yang nak makan?Aku memang tak makan betik"Dahi Hanisa berkerut.Kalau Shahziell tak makan betik,Tak payah la beli.Jangan kata kau saja nak buat-buat sweet prepare makanan untuk aku sudah!

"Kalau kau tak makan,kenapa kau beli?"Shahziell hanya tersengih.Dah kenapa mamat ni? Kena sampuk ke apa?

"Saja.Salah ke? Aku boleh tau la yang kau lapar.Aku ni ada sixth sense dengan kau tau tak?"Hanisa menjulingkan matanya ke atas.Shahziell ni ambil resepi ayat meluat dari Along ke? Sebijik je macam Along.Suka buat ayat yang boleh muntah berbaldi-baldi.

"Eleh.Tapi..thanks sebab beli betik.Macam tau-tau je aku nak makan betik"Tanpa membuang masa,Hanisa mengigit hujung betik itu.Yummy! Berjus gitu.Sedapnya..

Shahziell tersenyum kecil apabila melihat Hanisa makan betik yang dibelinya.Sebenarnya..Shahziell main tipu.Hehe.

*Flashback*
Shahziell berjalan menuju ke rak buku di bilik Hanisa.Tangannya laju membelek buku-buku yang ada di situ.Jelas nampak yang Hanisa ni jenis suka baca buku.

Tiba-tiba sebuah buku log kecil terjatuh,Shahziell mengutip buku itu.Muka depannya tertulis.

"Hani's Personality"

Ok.Menarik betul tajuk buku itu.Shahziell membelek sehelai helaian buku itu.Di hadapan sekali jelas tertulis biodata Hanisa.Boleh la baca.Hehe..

"Nama:Nurul Azathul Hanisa bt Yussof Zilman.
Umur:12 tahun
Sek:Sekolah Kebangsaan Kg.Masjid
M.Fav:Asam pedas,betik,nestum dan sayur+ulam."

Hahaha..Dah dapat tau rahsia.Hehe
*End Flashback*

Hai..saya saje je update banyak-banyak setiap hari.Hehe.Cuti je tak tau nk buat apa.
~Voted
~Keep read
~Kalau nak comment,dipersilakan *Sengih*

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now