Chapter 9

8.9K 334 2
                                    

Sufi berjalan ke meja Shahziell.Shahziell sedang sibuk menanda buku latihan pelajar-pelajar.

"Sibuk nampak? Nak kacau boleh?"Shahziell hanya menjeling ke arah Sufi.Kacau mood aku je mamat ni!

"Kalau kau tak tanya pun,kau still akan kacau aku kan?"Sinis sahaja jawapan Shahziell.

Sufi hanya ketawa.Dia dah lali dengan mulut berpuaka Shahziell tu.Yang peliknya,dengan family dia,mulut Shahziell semanis kurma.Dengan Sufi sahaja mulut dia lancar tiada tapisan.

Sufi dan Shahziell kenal dari zaman U lagi.Tak sangka pula ikatan persahabatan mereka kukuh.Mereka berdua merupakan top 2 cikgu muda yang handsome.Tapi,Sufi masih tak boleh melawan ketampanan Shahziell.Ditambah pula dengan sifat Shahziell yang caring dan komited dengan kerja membuatkan Shahziell sentiasa di atas.Cemburu?

Sufi tak pernah langsung cemburu dengan Shahziell.Baginya,dia bekerja di sini bukannya mahu beradu ketampanan.Dia bekerja untuk mencari rezeki yang halal.Mendapat perhatian pelajar dan guru,adalah satu bonus baginya.

"Dengar cerita,kau nak kahwin.Betul ke?"Soalan Sufi membuatkan Shahziell memandangnya tanpa berkelip.

"Apa? Betulkan apa yang aku cakap?"Sufi pula hairan dengan perangai misteri Shahziell ni.

"Haah.Tapi, boleh tak kau slow kan volume suara kau tu?"Sufi mengangkat keningnya.Kenapa nak kena slowkan voice pula?

"Kenapa pula?"Mahu tak mahu,Sufi masih juga mengikuti arahan Shahziell.

"Aku tak nak cikgu-cikgu termasuk pelajar-pelajar kat sini tahu"Aik? Kenapa macam tu pula?

"Haa? Weh,perkara yang baik harus disebarkan"Shahziell menjulingkan matanya ke atas.Sufi ni memang slow.Tapi,tak apa lah.Shahziell masih sayangkan Sufi sebagai kawan.

"Aku bukannya apa.Aku takut sebelum aku nikah,kereta aku kene ketuk lah.Kerja sekolah aku kene sabotajlah apa lah.Nanti aku dah selesai kahwin.Baru aku war-warkan"Sufi hanya mencebik.Mengada betul Shahziell ni.Macam lah dia tu artis terkenal Malaysia.

"Eii! Perasan gila kau ni? Kau ingat kau tu anak raja?"Ketawa Shahziell akhirnya terkeluar.Sufi tak pernah gagal menjadi bahan jenaka bagi Shahziell.

"Biasalah..Aku ni kan cikgu yang paling cute dalam sekolah ni"Sejurus selepas kata-kata Shahziel,Sufi membuat gaya mahu muntah.

Kadang-kadang,Sufi pun pelik.Shahziell ni kalau mengajar memang garang gila.Tak siap kerja mate dia,tahulah kau yang matahari akan jadi kawan kau nanti.Kalau tak faham macam mana nak jawab soalan,Shahziel akn terangkan dengan cara tersangat lembut.Mungkin sebab itu,ramai pelajar sekolah yang mendapat markah tinggi dalam matapelajaran mate terutamanya pelajar perempuan.Sufi hanyalah cikgu pendidikan jasmani.Sebab itu,badan dia lagi tegap dari Shahziell.Shahziell juga tak menafikannya.

"Tapi,aku just nak cakap yang aku tak boleh datang kenduri kau nanti"Sayu sahaja suara Sufi.Sedih mungkin.

"Ala..kenapa pula? Siapa yang nak jadi pengapit aku?"Shahziell pula yang berasa sedih.

"Sorrylah.Aku kena balik kampung time tu.Orang kampung buat kenduri tahlil untuk arwah mak aku"Shahziell mengangguk.Dia tak boleh nak halang Sufi dari balik kampung.Sufi bukannya manusia yang boleh dibelah badan jadi dua.

"Tak apa lah bro.Aku faham.Nanti kirim salam aku dekat family kau ehh?"

«»«»«»»»»»»»««

Iman segera melepaskan pegangan tangannya di tangan Amna apabila mereka sampai di taman di depan kampus mereka.

"Sorry..saya tak sengaja"Amna hanya tersenyum.Dia amat bersyukur insan dihadapannya ini sudi membantunya.Kalau tak...

"Tak apa.Erm..nama saya Nur Amna Shahwina.Boleh panggil saya Amna.Awak?"Amna memulakan perbualan di antara mereka selepas mereka duduk di bangku di taman itu.

"Nama saya Muhd Azreel Haiman.Panggil saya Iman je."Iman tersenyum.

Dia tak tahu kenapa dia selesa berbual dengan gadis itu.Padahal sebelum ini,mana-mana gadis yang mahu mendekatinya,pasti ditolak tanpa banyak bicara.

Mungkin kerana sifat yang dimiliki Amna tidak gedik.Walaupun dia tidak bertudung,namun pakaiannya tidak mencolok mata.

"Terima kasih lah Iman.Sebab tolong saya tadi.Saya pun tak tahu nak buat apa tadi.Ikutkan hati saya nak nangis je"Amna ketawa kecil dihujung ayatnya.Terkedu Iman melihat senyuman Amna yang manis itu.Ish! Iman..kawal diri.

"Sama-sama.Lagipun kebetulan saya lalu dekat area situ.Jadi saya tolong jelah cegah kemungkaran"Ayat Iman membuatkan Amna berfikir yang Iman ni seorang yang menjaga batas dalam pergaulan.

"By the way,siapa orang yang kacau saya tadi?"Amna memandang tetap pada wajah tampan milik Iman.Cute nya mamat ni!

Iman hanya menunduk.Dia tahu Amna sedang memandang ke arahnya.Tak sanggup dia melihat wajah putih bersih Amna itu.

"Tu,proff Adam.Awak budak baru ke dekat sini?"Iman kembali memandang wajah Amna.Pandangan mereka bertembung.Cepat-cepat Iman memaling ke arah lain.

"Haah.Baru seminggu and a plus saya dekat sini.Jadi saya tak kenal lagi orang-orang dekat sini"Iman hanya mengangguk kepalanya.

"Awak ambil course apa?"Iman memberanikan dirinya untuk bertanya.

"Saya jurusan undang-undang.Awak?"Amna bertanya kembali ke Iman.

"Ouh! Same course with me"Wajah Amna mula bercahaya apabila mendengar jawapan Iman.

"Really? Class awak apa?"Amna setia menunggu jawapan dari mulut Iman.Dia amat berharap yang Iman satu kelas dengannya.

"Kelas C."Amna tersenyum kegirangan.

"Wah!Saya pun kelas C! Boleh lah kita jumpa selalu ye?"Permintaan Amna membuat Iman rasa sebersalah.Kepala Iman hanya mengangguk.Dia tak tahu kenepa dia hanya rasa positif di sisi Amna.

Amna tersenyum ikhlas.Amna rasa dia dah jumpa kawan dan 'superhero' dirinya!
»«»«»«»«»«»«»

Adriana menelefon Hanisa.Ada perkara mustahak yang perlu di beritahu.

"Hello beb!"Adriana duduk di meja makan di kantin sambil order air teh ais kegemarannya.

"Haa..kenapa call aku ni? Macam tau-tau je aku tengah rehat"Adriana hanya tersengih.Seketika itu,pembantu kantin datang membawa air yang diordernya tadi.

"Aku nak tanya kau sikit"Adriana menhirup sedikit airnya.Hmm..lega anak tekak.Haa...

"Tanya apa?" Hanisa mula bosan.Tak suka kalau Adriana main tarik-tarik tali dengannya.

"Kau kenduri lagi 2 minggu kan?"Adriana bertanya dengan nada serius.

"Haah.Kenapa?"Hanisa mula berkerut di dahi.Dah kenapa pulak Adriana ni main soal-soal?

"10 Disember kan?"Adriana bertanya lagi.Dia ni memang tak reti jawab soalan guna ayat penyata ke?

"Ye.Sayangku Yana.Kau dah kenapa tanya aku macam detektif ni?"Hanisa mula tak sedap hati.Adriana,Please jangan buat aku sakit jantung boleh?

"Ala..beb.Sorry..aku tak dapat datang la wedding kau"Kata-kata Adriana bagaikan satu mimpi bagi Hanisa.

"What?!'Kenapa?..Ala..tak nak la aku kahwin tak ada kau"Hanisa mula membuat perangai.

"Kau jangan nak mengada-ngada.Aku kena pergi khusus dekat Perak 2 minggu pula tu.Kau suruh la Tyah ke,Sara ke.Jadi pangapit kau"Adriana juga sedih dengan kenyataan iti.Sahabatnya nak kahwin tapi time tu juga la kerja nak ada.Hmm..nak buat macam mana,Kita hanya mampu merancang,Allah yang menentukan.

"Ala..Yana! Nanti aku rindu kau macam mana?"Adriana hanya tersenyum.

"Kalau kau rindu aku,kau pergi peluk suami kau"Adriana ketawa terbahak-bahak.Hanisa memuncungkan bibirnya.Peluk Si Mr.A tu? Err..iyerk!

"Tak nak aku peluk Mr.A tu"Adriana hanya tersenyum hambar.

Sebenarnya,dia tak tahu pun siapa Mr.A tu.Hanisa tak pernah beritahunya.Yang dia tahu nama lelaki itu Ziell.Macam pernah dengar tapi,dia tak ingat.Harap Ziell tu tak dera kawan aku sudah!

Fuhh..penatnya menulis.Idea kadang2 ada.kadang2 terbang plk.Hahaha.Keep read and voted!

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now