Chapter 21

7.7K 316 2
                                    

Kereta Adriana laju membelah jalanraya yang penuh dengan kenderaan yang mahu menggunakan jalan itu juga.Hanisa sangat gemuruh.Berdebar-debar dan juga teruja.Semuanya bercampur baur dalam hati Hanisa.

"Kau tak nervous ke Hani? Aku tengok kau rileks je.Siap sengih-sengih lagi"Risau Adriana melihat sahabatnya dan bakal kawan sekerja dengannya tersengih sorang-sorang.

"Tak ada apa lah.Aku nervous gila ni.Harap-harap murid dekat sana boleh terima aku"Adriana tersenyum.Ni baru betul Hanisa yang Adriana kenal.

"Kau tak payah risau lah.Takkanlah diorang tak terima cikgu secantik selawa secomel kau ni"Tawa Hanisa dan Adriana bergema di ruang kereta itu.Adriana memang suka memuji orang.Sebab itu,dirinya mudah rapat dengan orang yang baru dikenali tak kira muda atau tua.

"Eh,Hani.Kereta Audi tadi tu kereta siapa?"Akhirnya keluar juga soalan yang mahu dikemukakam oleh Adriana.Puas dia pendam soalan itu.

"Kereta suami akulah.Kenapa kau tanya?"Hanisa fokus memandang Adriana yang sedang memandu.Dia juga mahu tahu kenapa Adriana bertanyakan tentang kereta Shahziell.

"Tak ada apalah.Aku macam pernah nampak kereta tu.Tapi,aku salah orang kut.Kan ramai lagi orang dekat sini pakai kereta Audi"Hanisa mengangguk tanda mengerti.Yelah kan.Takkan lah Shahziell tu je yang banyak duit boleh beli kereta tu kan?

Sampai sahaja di perkarangan sekolah,Hanisa mula takut.Harap-harap orang-orang dekat sini menerima kehadirannya ini.Hanisa hanya mengekori Adriana masuk ke bilik guru yang berada di tingkat bawah.

"Hai Yana! Ehh?Siapa ni?"tanya seorang guru muda yang berwajah manis.Cantik pula tu.

"Saya Hanisa.Panggil Hani je"Hanisa tersenyum kepada gadis tadi.Gadis itu membalas senyumannya.Baik-baik orang dekat sini.

"Ha..Ima.Ni Hani.Dia cikgu baru dekat sini aka bff aku ni.Hani..ni pula Ima.Housemate aku.Dialah yang sewa dekat bilik kau lepas kau lari dari rumah sewa tu"Tangan Hanisa segera mencubit lengan Adriana.Sedap je kau kenakan aku ye Yana? Mentang-mentang ni first day aku.Huh!

"Ouh..Hani.Aku panggil kau-aku jelah.Tak biasa nak panggil saya-awak ni.Lagipun kau rapat dengan Yana kan?"Hanisa hanya membuat gaya OK dengan jari runcingnya.

"Good.So,jom aku tunjuk tempat kau"Hanisa hanya membuntuti Ima ke tempat duduknya.

"Ni tempat kau.Sebelah kau ni tempat Cikgu Shah.Depan kau ni pula tempat duduk Cikgu Rozita tapi dia cuti bersalin.Sebelah dia pula tempat kosong.Sebenarnya tu tempat Cikgu Taufik.Tapi,dia dah pindah dah.So,buat masa sekarang tempat tu kosong lagi"Hanisa mengangguk.Cikgu Shah,Cikgu Rozita tak ade,tempat kosong.Ok masuk dalam kepala.

"Haa..panjang pun umur korang.Hani!'Sini kejap"Dari jauh Hanisa dapat melihat Adriana sedang berbual dengan dua orang jejaka.Tapi,Hanisa tak nampak wajah mereka.Kakinya melangkah ke arah Adriana.

"Hani..ni lah Sufi.Yang ni pula Shahziell"Hampir terkeluar mata Hanisa melihat suaminya berada di hadapannya.Ziell?!'Hampir pengsan Hanisa ketika itu.Shahziell kerja dekat sini?! What?!! Hanisa rasa mahu lari patah balik dekat sekolah lamanya.Walaupun di sekolah ni dia boleh jumpa Adriana selalu tetapi hidupnya tak akan tenang kalau nampak Shahziell di sini.Tidak!!!!

Shahziell tersenyum kecil melihat mata Hanisa membulat.Rancangannya berjaya! Comel betul mata Hanisa jadi bulat macam tu.Mesti Hanisa rasa nak pukul-pukul Shahziell sekarang ni.Memanglah.Hari tu Hanisa tanya tahu tak sekolah ni,Shahziell cakap tak tau.Memang akan kena jugalah ni.

"Hai,saya Sufi.Sayalah kawan kamcing diorang dua ni.Masih lagi single dan handsome"Sufi mula membanggakan dirinya.Adriana sudah mulai meluat.Dah faham dah perangai Sufi ni.

"Saya Shahziell.Diorang berdua panggil saya Ziell.Tapi,cikgu lain panggil Shah"Mata Hanisa mengecil memandang Shahziell.Ada senyum sinis terbentuk di bibir Shahziell.Kurang hajar kau Ziell! Kau balik rumah nanti,tau lah aku kerjakan kau!

"Hani..mulai hari ni kau officially dah masuk group kita orang.Dekat sekolah ni,kitaorang bertiga memang satu geng.Ehh,lupa pula.Kau panggil je Ziell ni Ziell.Tak payah panggil Shah.Itu nama poyo dia je tau? Dia lah yang duduk sebelah kau tu"Shahziell tersengih melihat mata Hanisa kian membeliak.Mesti tak percaya kan? Boleh lah buli Hani ni selalu.Hehe.

"Oo..ok.Yana..Sufi..dan...er...Ziell"Mata Hanisa tajam merenung wajah Shahziell.Adriana dan Sufi mulai pelik dengan sikap mereka berdua ni.Diorang macam saling mengenali.Tapi,tak nak mengaku.Hurm..macam ada agenda je.

"Hani..ni kau punya jadual mengajar hari ni.Harap kau bersedia nak mengajar hari ni.Kau pergilah rehat dulu dekat sana.Biasa-biasa kan diri kau dengan tempat duduk tu."Ayat Adriana membuatkan jantung Hanisa mahu tercabut.Kau suruh aku pergi duduk dekat dengan Singa Buas ni?! Tak nak lah Yana!!!

Shahziell pula sudah pun senyum kemenangan.Bolehlah kenakan Hanisa selalu.Hanisa..sedialah nak tempuh dugaan.Hehe.

Mahu tak mahu Hanisa berjalan ke arah tempat duduknya dan diekori oleh Shahziell.Ergh!!'Ikutkan hati,aku nak piat-piat telinga dia.Nak wrestling dia macam WWE buat tu.Geramnya aku!!

Duduk sahaja di tempatnya,Hanisa hanya mengemas tempat duduknya.Tak pernah sekali pun dia menoleh ke arah Shahziell.Hani tahu Shahziell sedang memandangnya.

Shahziell hanya melihat tingkah laku Hanisa yang serba tak kena itu.Tau pun gabra! Melihat Hanisa yang tak mahu memandangnya,Shahziell mula menegur Hanisa.

"Hai,awak Hani ehh? Cikgu baru kan?Nama saya Shahziell.Panggil je Ziell"Tergelak kecil Shahziell menegur Hanisa.Sengaja mahu membuat Hanisa geram.

Hanisa yang mendengar Shahziell menegurnya berhenti dari meletakkan barang-barangnya tadi.Kau tegur aku ye? Meh aku balas!

"Nama saya Hani.Cikgu Shah ehh? Maaflah saya tak perasan.Cikgu Shah ni macam saya pernah nampak lah.Macam ada seorang mamat tu,dia tu mengada-ngada,poyo,dan segala-gala yang negatif ada dekat dia.Ada ke dia tak bagitau isteri dia yang dia kerja dekat tempat yang sama isteri dia kerja.Ish ish ish.Cikgu Shah jangan ikut perangai mamat tu tau.Kesian dekat isteri Cikgu Shah tau?"Amik kau! Kau saja je buat darah aku menggelegakkan?

Shahziell hanya ketawa kecil mendengar Hanisa membebel kepadanya.Ingatkan Hanisa nak marah straight,rupa-rupanya dia sindir dulu.Haha.Hani..Hani.Kau ni cute kau tau?

"Yelah,sorry.Sorry aku tak beritahu kau pasal aku kerja dekat sini.Manalah aku tau kau tukar sini.Janganlah marah dekat aku dah.Kita kosong-kosong eh?"Kosong-kosong? Banyaklah kau punya kosong-kosong.Nasib baik mood Hanisa baik hari ni.Kalau tidak,Shahziell yang dia akan terkam dulu.

"Kenapa kau tak bagitau kau kerja dekat sini? Saja nak buat aku angin ke apa? Ke..kau nak makan pasir malam ni?"Shahziell tersengih kecil sambil merenung wajah isterinya.Nasib baiklah isteri dia ada dekat sebelah sini.Bolehlah pandang muka ni setiap hari.

"Sorry.Aku nak beritahu tau ni.Dekat sekolah ni,tak ada seorang pun tahu kau tu isteri aku dan aku ni suami kau.Tapi,yang dah tahu aku kahwin is Sufi and Yana only.Ok? Aku tak nak heboh sangat sekarang ni.Nanti bila dah sampai waktu,aku bagitaulah dekat sekolah ni"Hanisa mendengar dengan tekun.Memang ciri-ciri seorang cikgu tu dah ada dekat Shahziell.

"Tapi,Yana dah tau aku dah kahwin.Tapi,aku rasa dia tak tahu kau tu suami aku"Shahziell hanya mengangguk.Niatnya mahu memberitahu perkara ini kepada Yana dan Sufi agar mereka tak salah faham.

Jauh di hujung bilik guru itu,Sufi dan Yana sedang melihat mereka berdua.Mereka juga seperti mengesyaki ada sesuatu di antara mereka.

Hello? It' me.Hehe.So,harap korang pun boleh rasa geram Hani dekat Ziell.Saya pula rasa nak cubit Ziell tu.Haha..Alamak! Over pula.Keep read and vote!

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now