Chapter 4

10.4K 331 0
                                    

Hari ni Shahziell sedang bersiap-siap mahu berjoging di taman.Sempat dia menjeling pada jam tangannya.Hmm,baru pkol 6.55 pagi.Pukul 7 pagi,keluarlah.Taman permainan berdekatan rumahnya terdapat track jalan untuk joging dan berbasikal.

Ketika Shahziell berjalan menuju ke ruang tamu dari biliknya,seseorang menegur.

"Abang...nak pergi mana tu?"tanya Amna dengan mamai.Dia masih lagi menggosok-gosok matanya dengan tangan.

"Abang nak pergi joging.Nak ikut?"Sengaja Shahziell mempelawa adiknya.Bukannya dia tidak tahu adiknya itu,pemalas.

"Tak apa lah.Abang pergi je.Amna nak mandi"Nampak? Ye la tu nak mandi.Entah-entah sambung membuta balik.Huh.

Shahziel berjalan perlahan-lahan menuju ke taman.Baru ada 4/5 orang di taman itu.Dia pun mula berjoging di sekeliling Taman.Setelah habis tiga round,Shahziell berhenti sebentar di bangku di taman itu.Matanya tertacap pada sepasang pasangan muda.Macam sebaya dengannya,berpegangan tangan.Mereka berjoging bersama-sama.Nampak macam suami isteri.

Alangkah indahnya kalau Shahziell kahwin.Ada juga orang nak dibuat teman joging pagi-pagi ni.Nak harapkan si Amna? Huh! Pergi siram pokok punya la pemalas.Inikan nak ajak joging pagi-pagi.Memang tak ada gaya hidup sihat langsung Amna ni.

Kalau ada isteri,boleh ajak berlumba lari.Joging dekat taman ni,maybe kalau ada isteri, 10 round pun rasenya tak cukup.Ehh? Apa aku melalut ni? Shahziell mengerling ke arah jam tangannya.Baru pukul 8.30.Tak apalah rehat dulu.

Sedang Shahziell mahu mengeringkan peluhnya,tiba-tiba telefon bimbitnya jenama Iphone berdering.Segera punat hijau ditekan.

"Hello.Assalamualaikum,Encik Badri!"Ucap Shahziell sebaik sahaja mengangkat deringan.

"Waalaikumussalam.Ziell.Saya nak datang rumah hari ni.Harap tak keberatan lah"balas Encik Badri,seorang peguam keluarga mereka.

"Ouh,boleh boleh.Tak Ada masalah.Encik Badri nak datang pukul berapa ye?"soal Shahziell.

"Dalam tengahari saya datang"

"Ok.baiklah.Nanti dah sampai inform saya.Assalamualaikum"Shahziel terus mematikan talian itu.Pelik juga apabila Encik Badri nak datang.Biasanya dia datang waktu arwah abah nak jumpa je.Pelik..

«««»«»«»«»

Hanisa mengeluh.Penatnya tak terkata.Aktiviti dekat sekolah ni memang padat betullah.Patutlah cikgu-cikgu sekolah ni slim-slim belaka.Mesti sebab banyak berjalan laju ni.

"Penat,Cikgu Hani?"tanya salah seorang guru senior dalam sekolah itu,Cikgu Rita.

"Haah, cikgu.Banyak betul karenah budak-budak tu tadi.Hari-hari Sabtu ni,aktif betul dia orang"balas Hanisa lalu mengelap peluhnya di bawah khemah.

"Murid-murid sekolah ni memang macam tu.Walaupun hari latihan sukan macam sekarang pun mereka aktif lagi.Saya pun hairan mana mereka dapat tenaga.Kita yang tak buat apa-apa ni yang letih"terang Cikgu Rita kepada Hanisa.Checked!.Info Baru.

"Cikgu Hani,tolong jaga barisan budak,budak pecut"pesan Cikgu Malik,cikgu paling sado dalam sekolah ni.

Terus Hanisa mengatur langkah mendekati pelajar-pelajar yang dicalonkan untuk berlari.

"Okay semua! Ni teacher nak terang.Cikgu nak kamu semua beratur ikut tingkatan.Don't worry.Kamu semua akan lari jugak.Do not to be hurry.Okay?"pesan Hanisa dengan lembut dan tegas.

"Okay,teacher"balas semua murid perempuan itu serentak.

Hanisa tersenyum.Dia tidak menyangka dia bakal menjadi salah seorang guru yang paling diminati oleh murid-murid.Mungkin sikapnya yang juga seperti remaja,membuatkan pelajar-pelajar lebih selesa dengannya.

Tiba-tiba,Iphonenya berbunyi.Hanisa segera memanggil salah seorang pelajar tingkatan 5 di situ.

"Irma,awak tolong pantau dia orang ni kejap tau.Cikgu nak kene angkat call"pesan Hanisa kepada seorang pengawas sekolah yang bernama Irma.

"Ok,Teacher"balas Irma.

Hanisa segera berjalan jauh sikit dari pelajar-pelajar itu.Dia mengeluarkan Iphonenya.Dia tersenyum melihat nama yang tertera di skrin telefon itu.

"Hello minah!"Jerit Hanisa sebaik sahaja dia mengangkat talian itu.

"Weh,kau orang Islam kan?"balas Adriana dengan sinis.

"Hehe..Assalamualaikum ya sahabat.."balas Hanisa dengan nada gurau.

"Waalaikumussalam..haa..pandai pun.Ingat dah jadi cikgu, blur-blur lagi"Ketawa Adriana di hujung ayat.

"Wah!Suka hati kau mengata aku depan-depan ye? Hah! Apa tujuan tuan hamba menelefon hamba?"tanya Hanisa.Lagak seperti Hang Tuah dan Hang Jebat je.Hahaha.

"Hamba datang kemari hanya mahu bertanya khabar.Tapi,nampaknya tuan hamba sihat-sihat sahaja.Siap boleh berlakon-lakon lagi tuh!"Adriana ketawa lagi.

"Kau perli aku?"duga Hanisa dengan suara mendatar.

"Kau terasa ke? Hahaha"Kata-kata Adriana seperti mahu mencetuskan peperangan je.

"Banyak lah kau.Aku tengah busy ni dekat sekolah ni.Ada latihan sukan.Sekolah kau tak buat ke?"tanya Hanisa ingin tahu.Sejak mereka membuat haluan masing-masing,mereka jarang contact.

"Sekolah aku buat esok.Hurm..malas nya lah.Ok lah wei.Abang aku panggil pula.Bye"balas Adriana lalu menutup talian.

"By...e.."Cis! Kurang asam punya member.Sampai hati tak tunggu aku cakap bye.

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now