Chapter 19

7.7K 305 0
                                    

Otak Hanisa mula berfikir sesuatu.Macam mana minah ni boleh kenal Ziell?Ouh..lupa.pula tadi Ziell cakap tu sepupu dia.Hanisa mengetuk kepalanya sendiri.

*Flashback*
"Ziell..U buat apa dekat sini? Ni siapa pula?"Hanisa mengerutkan dahinya.Ziell ni kenal ke perempuan ni? Kau tanya aku siapa? Aku isteri dia lah!

"Sepatutnya aku yang tanya kau,kau buat apa dekat sini? Suka hati akulah nak keluar dengan sesiapa pun! Not your business!"Shahziell meninggikan suaranya.Cakap dengan Lisa ni kena tak ada kesopanan.Bukan dia faham pun.Huh! Gila!

"Ala..U ni..tu pun nak marah-marah.I nak tahu je..I kan your girlfriend"Tangan Lisa mula melingkar di lengan Shahziell.Senyuman sinis terukit di wajah Lisa.Siap kau perempuan!

Gulp! Mata Hanisa mula membulat melihat tangan Lisa memegang lengan Shahziell.Terdapat satu perasaan yang hadir dalam hati Hanisa.Apakah perasaan ni?

"Erm..Ziell..aku pergi bayar dulu ehh? Erm..Nice to meet you..err"ayat Hanisa tergantung kerana tidak mengenali nama wanita dihadapannya ini.Tangannya dihulurkan kepada Lisa.

"Lisa Imelda Rose but you can call me Lisa.You?"Lisa menyambut huluran tangan itu sambil tersenyum.Tergugat ke perempuan? Hahha.Ziell is mine!

"Ouh..Lisa..I am Hanisa.Oklah.Saya minta diri dulu ye?"Kaki Hanisa terus melangkah pergi tanpa menoleh kebelakang.Tak sanggup rasanya melihat kebahagiaan mereka itu.Biarlah aku pergi,biarlah diorang berbual.

Mata Shahziell terbuntang melihat Hanisa melangkah menjauhi dirinya.Hani! Jangan tinggalkan aku!!

"Sayang..jom teman I shopping dekat sana"Rimas rasanya apabila Lisa berbuat sebegitu.Rasa macam duduk dalam penjara!

"Lepaslah! Kau ni dah kenapa? Kau nak shopping pergilah cari jantan lain!"Tangan Shahziell merentap kasar tangan Lisa.Ditengkingnya Lisa ketika orang sedang ramai.Memang ada mata-mata yang melihat 'drama' ini,tapi Shahziell tak peduli.Matanya sekarang hanya ada Hanisa!

Lisa tersentak di tengking oleh Shahziell.Matanya melirik melihat Shahziell berlari ke arah Hanisa.Tak apa Ziell..kali ni kau terlepas.

"Hani!!"Hanisa menoleh ke belakang apabila seseorang memanggilnya.Yana?

"Yana!! Weh,rindu gila dekat kau!"Hanisa terus memeluk sahabatnya itu.Lamanya tak jumpa Adriana! Rasa macam setahun tak jumpa.

"Kaulah! Lepas kahwin terus tak jumpa aku.Sentaplah!"Hanisa hanya ketawa.Tak pernah berubah Adriana ni.

"Husband kau mana?"Pertanyaan Adriana membuatkan Hanisa terkedu.Ziell? Dia pun tak tahu Ziell di mana.Dia berjalan terlalu laju hingga tidak menoleh ke belakang.

"Ada area sini kut.Hehe.Tadi aku dengan dia berpecah sekejap"Adriana hanya mengangguk tanda memahami situasi Hanisa.Teringin juga Adriana mahu melihat wajah jejaka yang selalu diceritakan oleh Hanisa.
*End Flashback*

Shahziell hanya melihat Hanisa yang duduk di bangku luar.Teringin sekali dia pergi ke arah Hanisa.Dia tak mahu Hanisa salah faham.

Kakinya melangkah mendekati Hanisa.Hatinya berdebar mahu bercerita segala-galanya kepada Hanisa.Tapi,dia tak mahu berahsia lagi.

"Hani..aku nak cakap dengan kau boleh tak?"Hanisa mendongak melihat Shahziell yang berdiri di hadapannya.Sejak hari pertama dia menjejakkan kaki di rumah ini,bangku halaman rumah memang sudah jadi tempat dia release tension.

"Cakap je lah"Shahziell duduk di kerusi bersebelahan Hanisa.Dia menarik nafas sebelum berterus terang.

"Lisa tu..memang sepupu aku dan bekas bakal tunang aku"Terangkat kening Hanisa.Bekas bakal tunang? Apa ni? Kenapa Shahziell tak kahwin dengan dia? Kenapa kahwin dengan aku? Kalau tak mesti Shahziell dah bahagia dengan Lisa yang memang ada iras-iras model.Dengan wajah yang putih,tinggi lampai.Memang secocok diorang ni.

Shahziell menceritakan segala-galanya kepada Hanisa.Daripada A sampai Z diceritanya.Tiada satu part pun hilang.Kecuali..tentang perasaan dirinya.Shahziell hanya bercerita tentang Lisa sahaja.
»«»«»«»«»«»«»«»«

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan pada tahun baru ini.Hari di mana semua pelajar akan merungut kerana perlu meninggalkan gadget dan segala syurga teknologi di rumah.Sekarang mereka perlu mengadap buku setiap hari.

Tapi..jangan kata pelajar sahaja,cikgu pun sama.Bagi cikgu yang bujang,memang mudah nak bersiap ke sekolah.Tak payah pening-pening.Tapi lain pula kepada cikgu yang dah berumah tangga.Setiap pagi mesti dibuat sarapan untuk keluarga.Menyediakan persiapan ahli keluarga ke sekolah.

Samalah juga dengan Hanisa.Namun,Hanisa memang jenis yang bersiap awal.Setiap malam pasti digosok pakaiannya yang mahu dipakai pada esok hari.Tapi berlainan dengan Shahziell,pagi-pagi tu baru nak gosok baju.Shahziell biasanya akan bangun sebelum subuh.Dia akan gosok bajunya,mandi selepas itu dia akan solat sunat sebelum solat subuh.Setiap orang ada perangai dan sikap masing-masing.

Sampai sahaja di sekolah,Hanisa memakirkan keretanya di tempat parkir kereta.Hari ini,semuanya berjalan lancar.Semuanya indah belaka tetapi..dengan tiba-tiba.....

"Cikgu Hani!"Panggil seorang guru lelaki yang berwajah kacak bernama En.Farish.Muka memang lah jambu macam Choi Min Ho,tapi dah berkahwin.So,janganlah bagi diri anda cair melihat senyumannya itu.

"Kenapa Cikgu?"Farish datang mendekati tempat duduk Hanisa.Dah kenapa lah si Farish ni datang.Tak pernah-pernah nak tegur aku.Tiba-tiba nak tegur pula.Azam tahun baru kut.

"Pn.Fauziah suruh cikgu Hani ke biliknya di pejabat"Hanisa segera menganggukkan kepalanya.Tapi jauh di sudut otaknya,dia berfikir kenapa guru besar sekolah itu mahu berjumpanya? Hanisa ada buat salah ke? Takkanlah baru first day sekolah dah kena marah.

"Ouh..ok.Thanks cikgu Farish"Terpempan Farish melihat wajah manis Hanisa tersenyum.Iee!! Lawanya lah Cikgu Hani ni! Aip,Ingat isteri dekat rumah lah!

Sampai sahaja di bilik Pn.Fauziah,Hanisa dipersilakan untuk duduk di kerusi hadapan meja.Pn.Fauziah hanya tersenyum.Ramai guru di disini menyenangi sikap Pn.Fauziah yang suka tersenyum itu.

"Cikgu Farish kata Puan nak jumpa saya.Ada apa ye?"Straight to the point.Haa..tulah sikap Hanisa.Dia tak suka berkias-kias,tanya dah makan ke belum,apa khabar dan sebagainya.

"Haa..Cikgu Hani.Saya nak bagi surat ni kepada cikgu waktu cuti sekolah hari tu tapi..tak ada kesempatan waktu pula.Jadi baik saya bagi cikgu surat ni hari ni"Kata Pn.Fauziah sambil menghulurkan sampul surat putih yang berisi sepucuk surat.

Hanisa menyambut perlahan-lahan sampul itu.Kenapa Hanisa rasa macam ada something serious nak berlaku? Ish! Hani..tu permainan perasaan je.

Hanisa membuka sampul itu.Setiap perkataan yang dicetak di kertas putih itu dibaca dengan penuh teliti.Tiada satu perkataan pun yang tertinggal.Setiap ayat yang ditulis difahamkan sebaiknya.

Hanisa terkedu.Kepalanya pening sedikit.Apa ni? Kenapa benda ni berlaku in the first day of school?

"Pertukaran guru ke Smk Bukit Hijau? Puan pasti ke tentang surat ni?"Pn.Fauziah mengangguk.Dia tahu guru muda di hadapannya ini terkejut.Tapi,Pn.Fauziah tak boleh buat apa.Itu adalah arahan pihak atasan.

"Ye,cikgu Hani.Cikgu akan mula bertukar pada hari lusa.Supaya cikgu ada masa nak kemas barang-barang.Ouh ya,sebelum saya terlupa.Selamat pengantin baru cikgu"Hanisa hanya tersenyum mendengar ucapan Pn.Fauziah.Tapi,hatinya memikirkan tentang pertukaran itu.

"Terima kasih cikgu.Kalau tak ada apa lagi,saya minta diri dulu"Hanisa segera turun ke bilik guru semula.Patutlah hanya dia sahaja yang tak dapat senarai nama kelas yang perlu dia jadi guru kelas.Rupa-rupanya ada kejutan yang menantinya.Walaupun hati Hanisa berbelah bagi,tapi ada perkara yang membuatkan dia happy tentang pertukarannya.

Hai! Chapter kali ni mungkin agak boring.Maybe.So,saya harap korang semua dapat stay baca cerita saya yang first time everrrr.Hehe.Keep read and vote!

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now