Chapter 26

7.8K 355 11
                                    

Hampir terkeluar mata Nekwan apabila melihat pasangan suami isteri ini balik ke rumah dengan pakaian yang kotor dan basah.

"Ya Allah,kamu pergi mana sampai basah ni?"Tanya Nekwan yang ketika itu berada di tanah sawah padinya.

Hanisa dan Shahziell berpandangan sesama mereka.

"Ziell ni Nekwan.Dia nak mandi dalam sawah.Haha"Terbahak-bahak Hanisa mengenakan Shahziell.Amboi Hanisa,aku yang selamatkan kau dari kena makan dengan lintah tadi okay? Ehh? Lintah makan orang ke?

"Ziell pula! Hani ni Nekwan.Dia nak jumpa lintah!"Sejurus selepas itu,satu tumbukan manja hinggap di perut Shahziell.Kurang ajar kau ni Ziell!!

"Macam-macamlah kamu berdua ni.Lintah? Pengsan Hanisa tu nampak lintah.Daripada kamu pergi jumpa lintah tu,baik pergi main-main dengan Bimba"Mendengar cadangan Nekwan,muka Shahziell berkerut.Bimba? Siapa tu? Artis? Anak jiran sebelah?

Tapi lain pula reaksi Hanisa,gembira dia mendengar nama Bimba.Pakaiannya yang kotor itu tak dipedulikan.Sekarang matanya hanya pada Bimba.

"Bimba!! Miss you my love!"Perasaan cemburu mula memenuhi setiap sudut di hati Shahziell.My love? Siapa tu? Kenapa si Bimba tu Hanisa punya love? Bukannya aku?

"Ziell,pergilah ikut Hani tu.Hani tu dari kecil lagi asyik main-main dengan Bimba.Dia dengan Bimba pun tak dapat beza dah"Nekwan ketawa.Kenapa Nekwan ketawa? Nekwan tahu tak yang Hani tu dah kahwin? Bimba tu nak dekat dengan Hanisa buat apa?.

"Bimba tu siapa Nekwan?"

"Lah..Bimba tu kerbau Nekwan.Nekwan bela dari Hanisa kecik lagi.Dah lah pergi cepat dekat belakang tu.Karang hilang pula Hanisa tu"

Mahu ketawa Shahziell mendengar kata-kata Nekwan.Kerbau? Aku cemburu sebab kerbau? Bimba..aku takbik kau sebab bagi aku jealous.

Dengan pantas,Shahziell mengekori Hanisa.
»«»«»«»«»«»«»««
Adam stress.Kertas-kertas di hadapannya di pandang kosong.Kenangannya bersama Hanisa mssih terngiang di memorinya.Walaupun hampir 3 bulan Hanisa berkahwin dengan Shahziell,tapi hati Adam masih tidak tenang.

"Hani..abang rindukan Hani.."

»«»«»«»«»«»«»««
Shahziell hanya melihat gelagat isterinya bersama Bimba.Rupa-rupanya Bimba ni kerbau jantan yang Nekwan bela dekat tepi sawah.Kenapalah Shahziell boleh jealous sebab Bimba ni?

"Bimba!'Kenapa Bimba dah besar ni? Kita dah janjikan nak kurus? Kenapa tak kurus lagi ni? Penat Hani tak makan nak kurus.Bimba ni..mesti Nekwan bagi makan sedap-sedap kan?Kesian dekat Hani.Hani tak ada pun orang nak bagi makan sedap-sedap.Kan Bimba? Bimba rindu Hani tak? Apa? Tak rindu? Ala..tak sayanglah Bimba ni!"Shahziell hanya tergelak melihat Hanisa seperti berbual dengan Bimba padahal Bimba tu buat bodoh je.Macam orang gila pula tengok Hanisa macam tu.

Tak dapat makan sedap-sedap? Hurm..aku rasa betullah apa yang Hani cakap.Walaupun aku suami dia,aku tak pernah bawa dia makan dekat luar.Projek Memikat Isteri! First,ajak keluar makan! Pasti akan dilaksanakan.hehe.

"Ziell..jom lah balik.Nak mandi ni.Lagipun Bimba dah tak nak main dah.Sombong dah Bimba sekarang!"Ketawa Shahziell melihat tingkah laku Hanisa.Sebijik macam sentap dengan Bimba.

"Ala..Bimba nak main dengan Ziell kan? Tak apa nanti Ziell main dengan Bimba tau.Main dengan Hani memang tak best"Hanisa segera mencubit pinggang Shahziell.Sesedap mi goreng je kau kutuk aku! Kau ingat kau bagus sangat!

Shahziell ketawa melihat Hanisa marah.Comel je bila Hanisa marah.Macam barbie doll!
»«»«»«»«»«»«««
Raif merenung dinding di bilik tidurnya.Kenapa Lisa tu yang dia nampak? Ye..Lisa tu cantik.Baik.Tapi..entahlah.Raif rasa sesuatu bila duduk dengan gadis itu.

Walaupun Lisa bukanlah gadis solehah yang menjadi idaman Raif seperti Hanisa.Tetapi,sedikit sebanyak wanita itu membuatkan hati Raif tenang.Hatinya gembira melihat wajah putih bersih Lisa.

Adakah ini cinta?
»«»«»«»«»«»«»«»
Selesai mengenyangkan perut dengan makanan,Hanisa membuatkan keputusan untuk tidur.Nekwan pula sudah pun tidur awal.Walaupun baru pukul 10 malam,Nekwan dah pun terlena.

Ketika Hanisa merebahkan dirinya di atas katil,dia dapat mendengar pintu bilik dikuak.Siapa lagi kalau bukan Shahziell?

Hanisa langsung tak mempedulikan Shahziell.Matanya hanya pada bantal dan katil empuk itu.Hanisa menutup matanya perlahan-lahan.Mimpi,wait for me!!

Shahziell hanya melihat isterinya tidur.Sebuah senyuman terukir di bibirnya.Kesian Hanisa.Penatlah tu.Setelah menyangkut tuala,Shahziell bergerak perlahan-lahan ke arah Hanisa.

Wajah Hanisa yang lena itu ditenung dengan pandangan yang lembut.Rambut Hanisa diusap dengan tangannya.Pipi Hanisa disentuh perlahan.Bibir Hanisa disentuh.Lama Shahziell merenung bibir mungil itu.Tanpa dia sedari,mukanya semakin rapat dengan wajah Hanisa.Semakin rapat dan rapat sehingga..

Cupp~

Bibir mereka bertemu.Shahziell seperti tak percaya dengan tindakannya ini.Ada aura dari Hanisa yang membuatkan dirinya berbuat sebegitu kepada Hanisa.

Tiba-tiba Shahziell menghentikan perilakunya.Dia meraup mukanya lama.Ya Allah,apa yang aku dah buat ni? Walaupun dia isteri aku,aku tak boleh paksa dia macam ni! Astagfirullahalazim.Maafkan aku Hani..
»«»«»«»«»«»«»
Pada malam itu,Hanisa membuka matanya.Seketika itu tepat jam 3 pagi.Hanisa tak dapat tidur disebabkan apa yang Shahziell lakukan.Ketika itu,dia tersedar tetapi dia cepat-cepat menutup mata.

Hanisa menyentuh bibirnya.Itu adalah kali pertama bibirnya disentuh atas kehendak sendiri.Hanisa mengaku jantungnya berdegup laju ketika Shahziell mengucupnya.Dia juga terkejut. Tapi,dia juga tak tahu kenapa tangannya ibarat lumpuh dan tidak mahu menolak Shahziell.Hangatnya kucupan Shahziell masih lagi terasa.

Hanisa hampir sahaja mahu membalas kucupan suaminya, akan tetapi suaminya yang terlebih dahulu menghentikan segalanya.Mata Hanisa melirik ke arah Shahziell.Shahziell sedang tidur dengan nyenyak menghadapnya.Tangan Hanisa mengusap pipi suaminya.Perlahan-lahan bibir suaminya dikucup lembut.Hanisa tersenyum melihat wajah Shahziell.

Wajah ini yang mencintainya.Wajah ini yang mahu memiliki cintanya.Kenapa ego kau tinggi sangat Hani? Dia cintakan kau,tapi apa kau buat?Kau buat tak tahu je.Padahal dari zaman sekolah lagi kau dah tahu dia suka kau.Kenapa kau layan suami kau macam ni Hani? Kau tak kesian dekat dia ke?

"Ziell..aku tahu..kau memang cintakan aku dari sekolah lagi.Aku dah terbaca surat dekat bawah meja kau dulu.Sebab tu aku buat keputusan supaya ummi dengan ayah pindah lepas sehari habis SPM.Aku tak nak jatuh cinta dengan kau.Tapi,sekarang aku tahu aku salah.Kau memang cintakan aku.Aku akan cuba buka hati aku untuk kau.Aku akan cuba sayang dan cinta kau.Goodnight my husband"

Hai! So,macam mana this chap? Sweet tak? ke Pahit? Chap kali ni pendek ckit.Kenapa pendek? Hurm..entahlah.Otak tak bersambung pulak hari ni.Hehe.Thanks utk siapa yang baca,vote dan masukkan citee ni dekat reading list korang! Love you all! Keep read and support cite ni tau.Barulah semangat nak curahkan idea banyak-banyak!

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now