Chapter 10

9.2K 372 14
                                    

Adam memandang kembali gambar dia bersama Hanisa.Hanisa adalah sepupunya yang paling baik dan sopan.Sebab itulah,dia jatuh hati kepada Hanisa.Teringat dia sewaktu dia membawa Hanisa jalan-jalan ke sekeliling kampung.

*Flashback*
"Hani,jom pergi jalan-jalan naik basikal dengan abang"Pelawa Adam dengan mesra.

"Okay.Tunggu kejap.Hani pergi cakap dengan ummi dengan mak Lang"Adam mengangguk.

"Ummi,Mak Lang.Abang Adam ajak Hani pergi pusing kampung naik basikal.Boleh tak Hani nak pergi?"Tanya Hanisa yang ketika itu berumur 16 tahun.

"Boleh.Adam!'Bawak anak dara orang elok-elok!"Pesan Mak Lang.kepada Adam.Adam hanya menunjukkan tabik hormat.Seperti memahami maksud ibunya.

Sepanjang perjalanan,tangan Hanisa tak lepas dari memeluk pinggang Adam.Mereka melalui dusun-dusun,kebun-kebun dan juga sawah padi.

Tiba-tiba,Adam hilang kawalan dan mengakibatkan mereka berdua jatuh di jalan tar.Hanisa sudah pun meraung sakit apabila lutut,siku serta dagunya luka.Memang sakit bukan kepalang.Manakala Adam cuma luka di siku.

Adam segera pergi ke arah Hanisa.

"Hani ok tak ni?"Panik Adam dibuatnya.

"Sakit la bang.Tak boleh bangun"Kata Hanisa sambil air matanya mengalir.

Tanpa berfikir panjang,Adam mendukung Hanisa dan meletakkannya di atas tempat duduk pembonceng.Dia menuntun basikal itu perlahan-lahan.

Sampai sahaja rumah,teruk Adam dimarahi oleh Mak Lang.Hingga Hanisa pun kesian melihat Adam.

Disebelah malam,Hanisa membawa semangkuk air suam bersama kain bersih.Hanisa menuam luka di siku Abang Adam.Ketika itu Adam sedang tidur tapi dia tahu Hanisa sedang menuam sikunya.

"Maafkan Hani ye abang.Sebabkan Hani,abang kena marah dengan Mak Lang"Ucap Hanisa perlahan.
*End Flashback*

Sekarang,kenangan itu mungkin tidak akan berulang.Hanisa mungkin sekarang membencinya.

"Adam..dah siap? Jom gerak cepat! Nanti terlepas pula tengok Hani bernikah"pesan Mak Lang.

Adam hanya mengangguk.
»«»«»«»««»«»«»

Shahziell resah di dalam kereta.Mereka bakal menuju ke Pahang.Hai..bakal isteriku..Kenapalah duduk jauh sangat?

Nervous Shahziell tak habis-habis lagi.Dari semalam ibu dan Amna bagi kata-kata semangat.Namun,nervousnya masih ada.

Amna perasan abangnya itu risau.Dia segera menggenggam tangan abangnya.

"Abang jangan risau.Amna ada dengan abang"Shahziell tersenyum memandang Amna.Dia bersyukur dikurniakan seorang adik yang amat memahami.Walaupun,dia suka mengusik adiknya,itu tak pernah merenggangkan hubungan siblings mereka.

Sampai sahaja di signboard Kuantan,Shahziell makin pucat lesi.

»«»«»«»«»«»«»

Hanisa baru sahaja lepas di make-up oleh sepupunya,Ema.Ema ni memang pandai make-up ni.Kalau si Hanisa ni,pandai tepek bedak je lah.

Bagi Ema,tacapkan muka Hanisa adalah yang paling susah dalam hidup dia.Ambil masa dua jam nak tacap muka Hanisa.Bukannya Hanisa ni tak lawa,masalahnya dari Hanisa lah.Baru pakai maskara,air mata dah bergenang.Pakai eyeliner,mata yang berair.Memang lah sampai dua jam nak make-up!

"Thanks,Ema! Sorry tau.hehe"Ema hanya tersenyum.Nasib baiklah Ema ni jenis tak ambil hati.

"Oklah.Aku bagi kau waktu sendiri.Nanti pengantin dah sampai,aku panggil kau"Hanisa mengangguk sebelum melihat Ema keluar dari biliknya.Ema akan jadi pengapitnya hari ni.

Ya Allah,hanya Allah je tahu macam mana rasa nervous Hanisa.Kejap-kejap rasa sakit perut.Kejap-kejap rasa nak nangis.Kejap-kejap rasa nak gelak je sebab dia bakal kahwin dengan Mr.A.

Mr.A..Mr.A..tak sangka.Kau yang akan yang jadi suami aku.Harap kau dapat bertahan dengan sifat aku yang memang tak cukup ni.

Hanisa teringat akan Adriana.Mesti Adriana ada di Perak.Hanisa mengambil phonenya lalu membuat face to face call.Maksudnya,mereka dapat melihat diri masing-masing sambil berbual.Tak tahu la pula apa nama call tu.Tapi,Hanisa panggil face to face je.

"Hai,Hani!'La..kenapa muka monyok je ni?"Pertanyaan Adriana membuatkan Hanisa mahu menangis.

"Yana..rindu kau!Huhu"Hanisa mengetap bibirnya tanda protes.

"hahaha.Kan aku dah kata,kalau rindu aku,pergi peluk Mr.A"ketawa Adriana bergema lagi.Cis,ingatkan boleh hilangkan nervous aku,ni bagi aku makin nervous pula.

"Mana boleh,tak sah lagi."Hanisa menjulingkan matanya.Menyampah pula terkenangkan Mr.A tu.Hish!

"Weh,aku nervous.."Akhirnya Hanisa meluahkan juga isi hatinya.

Adriana tersenyum.Kalau dia berada di posisi Hanisa pun pasti dia nervous.

"Kau nak nervous kenapa? Bukan kau yang nak akad nikah pun?"Hanisa membuatkan muka toya.Buat lawak pula minah senget ni.

"First,aku takut sebab aku akn tukar status.Second,aku harap kahwin dengan Mr.A dapat jauhkan aku dari Abang Adam tu.Third..aku..aku nervous..pasal....malam pertama.."Perlahan sahaja suara Hanisa bila berkata pasal first night.Tapi,cukup kuat untuk Adriana mendengarnya.

Ikutkan hati Adriana mahu ketawa sekuat-kuat hatinya.Tapi,dia tahu perkara itu serius.Suatu hari nanti,dia bakal tempuh juga benda itu.

"Hani..first status bukannya nyawa kau.So,kau tak payah takut tukar status.okay? Second,aku harap-harap Abang Adam tu tak kacau hidup kau dengan Mr.A.Third,Erm..aku nak bagi nasihat.Tapi,aku bukannya tahu pun pasal hal ni.Kau tempuh je lah.Kalau kau tak ready,cakap je la tak ready.Takkan lah dia nak paksa kau"Hanisa terfikir tentang nasihat-nasihat Adriana.Betul juga,takkan lah dia nak paksa aku buat benda yang aku tak suka.Kan?

"Hani! Pengantin lelaki dah sampai!"Hanisa tersentak mendengar suara Ummi memanggilnya.

"Haa..laki kau dah sampai.Cepat keluar.Nnti jangan lupa send dekat aku gambar kahwin banyak-banyak tau!"Hanisa mula mahu menangis.

"Yana..aku sayang kau tau.Ingat tu"Adriana hanya mengangguk lalu menyuruh Hanisa keluar.Mereka berdua memutuskan talian.
»«»«»»»»»«»»»»»«»
"Aku nikahkan dikau Muhd Arman Shahziell bin Zakir Hazman dengan anak perempuanku Nurul Azathul Hanisa binti Yussof Zilham dengan mas kahwinnya rm300 tunai"Kata En.Yussof dengan lancar.

"Aku terima nikahnya Nurul Azathul Hanisa binti Yussof Zilham dengan mas kahwinnya rm300 tunai"lancar sahaja lafaz Shahziell.

"Sah? Sah?"tanya En.Yussof kepada beberapa orang saksi.

"Sah"mereka semua sebulat suara membalas.

"Alhamdulillah"ucap En.Yussof.

Shahziell menarik nafas lega.

Hanisa menurunkan airmatanya sejurus selepas sah disebut.Kini,dia sah menjadi isteri kepada Muhd Arman Shahziell.Jejaka yang dia tak sangka bakal menjadi suaminya.Dari tadi,Hanisa tidak memandang ke arah Shahziell.Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Sekarang ialah sesi pembatalan air sembahyang.Shahziell berjalan perlahan kepada Hanisa.Shahziell mengambil cincin nikah lalu disarungkan ke jari manis isterinya.Hanisa menggapai tangan suaminya lalu disalam penuh syahdu.

Ketika Hanisa mendongak untuk melihat wajah lelaki yang menjadi suaminya,dia terkedu.Ya Allah,inikah rupa Mr.A yang aku menyampah di zaman persekolahan dulu.Handsomenya dia..

Hanisa mengambil cincin lalu disarungkan pula ke jari manis suaminya.Ketika,Shahziell mencium dahi Hanisa,Hanisa dapat merasai hangatnya ciuman suaminya itu.Itulah kali pertama dia dicium oleh seorang lelaki yang bukan ahli keluarganya..

Shahziel masih lagi tak percaya yang gadis berumur 17 tahun pada dulunya,berubah menjadi gadis paling lawa pada pandangan matanya.Hanisa..cantiknya awak..

Wah3! Saya pulak yg rasa bahagia.hehehe..Keep reading!

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now