Chapter 6

9.8K 369 4
                                    

Encik Badri berdiri di hadapan rumah 2 tingkat di depannya sekarang.Rumah 2 tingkat yang bertemakan english.Arwah encik Zakir memang suka perkara moden english ni.Maklumlah,dia bertemu dengan jodohnya di negara orang juga.

Encik Badri membetulkan baju kemejanya dan memperkemaskan dirinya sebelum memberi salam.

"Assalamualaikum!"Ucap Encik Badri dengan lantang.

Shahziell yang mendengar salam itu,terus membalasnya.Shahziell sudah memaklumkan kepada Pn.Husna yang Encik Badri mahu hadir.

Encik Badri melangkah masuk ke dalam rumah agam 2 tingkat itu.Sunyi sungguh keadaan rumah ini tanpa Encik Zakir.Bayang-bayangnya masih lagi terngiang-ngiang.

Setelah mereka semua berkumpul di ruang tamu,Encik Badri mengeluarkan fail yang dipegangnya dari tadi.

"Saya datang ke sini kerana ingin menyampaikan sesuatu"Encik Badri berhenti dan melihat ke arah 3 orang insan di hadapannya ini.

"Apa dia Badri? Macam penting bunyinya."balas Pn.Husna.Dia pun berdebar-debar menunggu apa yang mahu diperkatakan oleh Badri.

"Saya datang nak menyampaikan wasiat arwah En.Zakir"Badri berkata-kata semula.

"Abah ada buat wasiat?"tanya Amna yang dari tadi hanya diam.

Badri mengangguk.

"Arwah En.Zakir ada buat wasiat untuk setiap ahli keluarganya.Saya mulakan dengan Pn.Husna ye?"Mata Badri menghala ke arah Pn.Husna pula.

Pn.Husna hanya mengangguk.

"Arwah En.Zakir mahu menyerahkan ladang strawberi yang diusahakan di Cameron Highlands kepada Pn.Husna.Erm..ada apa-apa pertanyaan setakat ini?"Badri menanyakan kepada mereka bertiga.Mereka menggelengkan kepala.Mereka sudah sedia tahu yang Abah ada ladang di Cameron Highlands.

"Seterusnya,adalah untuk Shahziell.Arwah menyerahkan syarikat Z's House yang juga berada di Cameron Highlands.Seperti mana yang Shahziell tahu,syarikat arwah menjual cenderamata kepada pengunjung Cameron Highlands"Badri menjelaskan perkara itu dengan terang.

"Dan terakhir sekali,untuk Amna.Arwah memberikan Amna Rest House yang dibelinya yang berada di Cameron Highlands.Rest House tu tempat untuk pengunjung bermalam ataupun berehat"Badri menutup fail yang berisi wasiat itu lalu memandang mereka semua.

"Sepanjang penerangan saya,ada soalan ataupun bantahan yang mahu dibuat?"Pertanyaan Badri membuatkan mereka semua berfikir.

"Abah memang ada tanah di Cameron Highlands je ke?"tanya Amna.Soalan itu memang timbul dihatinya tadi.

"Tidak.Banyak lagi cawangan arwah.Tapi,arwah menjelaskan yang tanah di Cameron Highlands itu yang paling maju"Terang Badri panjang lebar.

Amna mengangguk tanda faham akan penerangan itu tadi.

"Oh! Ya,sebelum saya terlupa.Arwah ada buat lagi satu wasiat dan ini berkaitan dengan...Muhd Arman Shahziell"

Shahziell terus menegakkan kepalanya apabila namanya disebut.Abah buat wasiat untuk dirinya? Apakah isi wasiat itu? Kalau pasal tanah,tadi kan dah bagitahu.Hurm..

"Boleh saya bacakan isinya?"Badri meminta kebenaran Shahziell.Risau sekiranya Shahziell tidak mahu privasinya diketahui.

"Ya,saya benarkan"Shahziell membalas dengan berhemah.

"Untuk anakku Muhd Arman Shahziell..
Abah tahu kamu mesti terkejut mendengar ada wasiat untuk kamu seorang.Abah sebenarnya dah lama berhajat tentang perkara ini.Abah hanya menunggu masa sahaja.Abah rasa waktu untuk abah pergi dah sampai.Abah harap Ziell dapat penuhi impian abah ini.

Anakku Shahziell..
Abah mahu kamu kahwin dengan anak kawan abah.Abah berkenan dengan sikapnya itu.Lagipun,abah teringin nak merasa berbesan dengan mereka.Walaupun,abah rasa abah tak sempat merasainya.Nama kawan abah itu ialah..Yussof Zilham dan Daria Habihah.Ibu tahu siapa mereka.Nama anaknya pula..Nurul Azathul Hanisa.Lagipun,mereka hanya ada seorang sahaja anak gadis.

Abah tahu permintaan abah ini akan membuatkan Ziell terkejut.Abah harap Ziell tak menghampakan abah.Abah tahu Ziell anak yang baik.Ziell tak pernah derhaka dekat abah atau ibu.Namun,tolonglah terima permintaan abah ini.Abah sayang Ziell,Amna dan Ibu..
                                      ~Abah~"

»«»«»«»«»«»««
Hanisa hanya membaringkan dirinya di katil rumah sewanya.Nasib baik rumahnya tidak jauh dari sekolah.Kalau tidak,jenuhlah nak pergi ke sekolah.

Ouh ya,Hanisa tinggal bersama lagi dua orang insan.Nasib baik ada bilik kosong di rumah itu.Biliknya itu tak kurang besar juga.Dua orang insan yang berkongsi rumah dengannya bernama Sara dan Tyah.Mereka ini merupakan pelajar satu U dengan nya dulu.Sama course juga sebenarnya.Nasib baik mereka memang mengalukan kedatangan Hanisa.Kalau tak,rasanya jadi pengemis tepi jalanlah..

"Hani! Jom turun makan!"jerit Tyah.Tyah pernah kata waktu dia kecil dia pernah tertelan microphone.Tu yang suara dia kuat semacam tu.

"Ye kejap! Nanti aku turun!"Sahut Hanisa dengan nada yang sama.Mahu tercabut anak tekak jerit macam tu.

Selepas makan malam,Hanisa duduk di sofa ruang tamu sambil menonton cerita hindustan yang bertajuk "3 Idiot".Sara yang buka cerita ni.So,Hanisa layan je la.Cerita ni mengisahkan tentang 3 sahabat yang terpaksa menempuhi bermacam-macam dugaan.Tapi mereka masih bersama.Aww!! Sweetnya friendship!

Sedang dia asyik menonton filem,tiba-tiba Iphonenya diminta untuk diangkat.Melihat nama yang tertera,Hanisa terus menjawab.

"Assalamualaikum..Kenapa ummi call Hani malam-malam buta ni?"Terkejut juga Hanisa apabila menerima panggilan dari ibunya jam 12 malam ni.Biasanya,ummi sudah pun tidur dibuai mimpi.

"Waalaikumussalam"Suara garau yang membalas membuatkan Hanisa seram sejuk.Eh? Siapa ni? Takkan ummi sakit tekak kut? Tadi okay je.Ke ummi tukar suara nak jadi Ramli Sarip pula?

"Ni ayahlah.Ummi tengah tengok hindustan"hampir tergelak Hanisa dibuatnya.Tak pernah terfikir pula ayah yang menelefonnya.Ayah biasanya hanya akan call kalau ada benda penting.

Ehh? Ummi pun layan hindustan juga? Wah! Terbaiklah ummi! High five sikit! Hehe..

"Ouh,ayah..Ingat siapalah suara macam Ramli Sarip ni.Hahaha.Kenapa Ayah call? Malam-malam pulak tu?"Hanisa kembali fokus pada tajuk awal perbincangannya.

"Ayah nak kamu balik sini esok,boleh?"Suara ayah bertukar menjadi serius.Ish! Ayah suka buat suara macam ni.Saja mahu buat Hanisa rasa seram sejuk.

"Aik? Tadi kan baru je dari sana.Hani baru je balik.Takkan esok nak kene pergi sana balik.Kenapa ayah?"Banyak betul persoalan dan alasan yang keluar dari mulut Hanisa.

"Ayah dengan ibu nak bincang sesuatu ni.Penting! Jangan lupa balik.Lagi satu,ambil je MC hari Isnin tu"Ok.Ini memang betul-betul pelik.Tak pernah pula ayah menyuruhnya mengambil cuti semata-mata untuk sesuatu hal yang penting.Mesti perkara ni really-really important.

"Hal apa ayah sampai nak kene ambil cuti ni?"Hanisa tak sabar nak tahu apa benda penting yang ayahnya nak bagitahu.Kalau tak dapat yang panjang,dapat tajuk pun jadilah.

"Esok Hani tahu lah.Oklah Ayah nak tidur.Assalamualaikum"balas Ayah dengan pantas.

"Ok..Waalaikumussalam.."Hanisa memutuskan taliannya.Hmm..apa yang ayah nak bincang sangat ni? Penting gila ke? Apa benda yang penting sangat tu?Along nak percepatkan perkahwinan dia ke? Erm..macam tak mungkin.Iman nak sambung oversea ke? Tak mustahil..Ieee..serabutnya!!

Haaa! Agak-agak korang tau x hal penting tu? Hehe.Ok lah.Stay read dan voted!

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now