Chapter 12

9.1K 367 3
                                    

Adam hanya menjeling apabila melihat Hanisa turun ke meja makan bersama suaminya yang sedang memeluk pinggang Hanisa.Hatinya sakit melihat perilaku mereka.Hani..abang sayang Hani..

Shahziell terpandang Adam yang sedang merenung isterinya.Siapa pulak mamat ni? Pandang isteri aku macam nak makan je?Hello! Aku pun belum makan lagi lah!

"Hah! Turun pun pengantin baru.Ingat lama lagi nak turun"Merah muka Hanisa menahan malu.Along saja je mahu mengusik Hanisa.

"Ehh? Kita tak berkenalan secara rapat lagi.Saya Muhd Azqeem Hariz.Panggil Along je.Along Hanisa yang paling sempoi dan sweet pada abad ini"Kata-kata Aqeem disambut dengan gelak ketawa keluarga mereka.Hanisa pula menayangkan muka menyampah.Tapi,tak dinafikan yang Along ni memang sweet bro ever!

"Saya pulak adik kesayangan Hani.Muhd Azreel Haiman.Panggil Iman sudah..Nanti Iman cerita semua rahsia Akak dekat Abang tau?"Iman tersengih kecil melihat kakaknya membulatkan mata memandangnya.

"Okay.Nanti cerita tau"Giliran Shahziell pula mengenakan Hanisa.Iee!!! Ziell! Aku campak kau dekat Bimba kang!(Bimba ialah kerbau jagaan Nekwan Hanisa di Kedah)

Iman memperkenalkan setiap ahli keluarganya.Sampai giliran Adam,Iman terdiam seketika.

"Saya Muhd Adam Khairi.Panggil Adam je.Sepupu Hanisa"Tanpa menunggu Iman,Adam memperkenalkan dirinya sendiri.Shahziel menyambut huluran tangan Adam.Ohh..sepupu..tapi...

Iman mula meluat dengan sikap Adam itu.Dia memang tak suka akan Adam sejak dia nampak Adam mahu melakukan perkara tak senonoh di Universiti.Sejak itu,Iman akan membantu mana-mana gadis yang hampir jadi mangsa Adam.

Tak sangka pula Amna yang mula rapat dengannya.Amna pula tak selesa dengan sikap Adam.Iman dah menceritakan segala-galanya pada Amna.Jadi,dia mungkin akan mula membenci Adam seperti mana-mana gadis yang senasib dengannya.

"Saya Nur Amna Shahwina.Kak Hani panggil je saya Amna.Amna ni satu-satunya adik yang Abang Ziell ada.Hehe"Hanisa melihat Amna.Ayu je budak ni.Tak macam abang dia.Huh! Dah macam makhluk asing planet pluto dah!

Setelah selesai bersarapan,Hanisa duduk di bangku luar rumahnya.Tempat di mana Adam pernah meluahkan perasaannya.Tangan Hanisa tak betah membelai MoNo,kucing parsi belaannya yang berbulu putih bersih.Mono dijaga oleh Hanisa sewaktu Mono masih kecil.Hanisa jumpa MoNo di tepi jalan sewaktu pulang dari sekolah.Sejak dari hari itu,Hanisa menjaga Mono seperti MoNo itu adik nya.

Adam ternampak Hanisa di bangku luar.Dia berniat mahu berjumpa dengan Hanisa.Dia mahu Hanisa tahu yang dia tak suka perkahwinan ini dilangsungkan.

Ketika kakinya mahu mengorak langkah,Sesusuk tubuh tegap datang menghampiri Hanisa.Siapa lagi kalau bukan suami Hanisa!Adam terus membatalkan niatnya.

"Buat apa tu?.."Hanisa memandang Shahziell sambil tersenyum.Entah kenapa dia mahu tersenyum.Mungkin suka apabila Shahziell menemaninya di sini?Mungkinlah..

"Tengah main dengan MoNo.Kan MoNo?"MoNo memejamkan matanya tanda dia amat selesa dengan belaian Hanisa.

"MoNo? Tak ada nama lain ke nak bagi? Pelik betul"Hanisa menjeling ke arah Shahziell.Dah mai dah dia punya ayat.Iee!! Biarlah nak letak nama apa pon,kau nak sibuk kenapa?

"Saja.Kenapa? Salah ehh letak nama MoNo? Tak apalah nanti kita tukar jadi Singa Buas ye?"Shahziell ketawa mendengar ayat sinis Hanisa.Singa Buas? Tapi,kucing ni comel je? Kenapa nak letak Singa Buas?

Hanisa hanya memandang Shahziell.Dah kenapa Mr.A ni gelak? Suka la tu aku bagi nama Singa Buas.Singa tu Mono.Buas tu kau!

"Hani..kenapa habis sekolah je,Kau pindah sini?"Shahziell memandang tepat ke dalam mata Hanisa.Sewaktu dia tahu Hanisa pindah lepas SPM,rasa mahu menangis meraung-raung je!Tak sangka pula dia berjumpa dengan Hanisa disebabkan wasiat abah.

Hanisa berfikir seketika.Kenapa dia tanya aku?

"Saja.Aku nak lari dari kau"Selamba sahaja Hanisa membalas.Padahal,Ummi dan ayah dah beli rumah dekat sini.

"Hah? Kenapa kau nak lari dari aku pula?"

Sebab kau tu,suka kacau aku! Aku nak belajar pun kau kacau! Iee!!

"Tak adalah.Saja je.Kau ni kecut cepat sangat! Ummi dengan ayah dah beli rumah.Sepatutnya aku pindah waktu awal tahun SPM tu,tapi aku mintak ummi dengan ayah tangguhkan.Aku kata lepas aku ambil SPM la"Jawapan Hanisa melegakan Shahziell.Dia ingat sebab dia selalu kacau Hanisa.

*Flashback*

"Hani!"Hanisa berpaling memandang Shahziell yang duduk di belakang tempat duduknya.

"Apa dia?"

"Tak ada apa"Shahziell tersengih nakal.Saja dia mahu mengganggu gadis yang dah membuat hari-harinya ceria.

Hanisa kembali membaca buku di tangannya.Apa lah yang si Ziell ni nak..Aku nak study pun susah

"Hani!"Shahziell memanggilnya lagi sekali.Kali ini lebih kuat.

Hanisa mula berasa geram.Mr.A ni memang nak makan ayat beracun aku nih!

"Kau nak apa hah Ziell?!!"Walaupun,Hanisa meninggikan suaranya.Shahziell hanya tersengih.Itu je tujuannya yang sebenar.Dia suka melihat muka kecil Hanisa marah.Muka dia akan mula merah.Nampak cantik sangat di pandangan mata Shahziell.

"Kau study apa?"Hanisa mengeluh memang tak reti betul nak berkomunikasi dengan Mr.A ni.

"Saya sedang study Fizik ni cik abang.Jangan lah kacau saya.Ye cik abang sayang.."Tanpa Hanisa sedari,dia dah terlanjur memanggil Shahziell 'sayang'.

Shahziell terdiam.Betul ke apa yang aku dengar ni? Hani panggil aku sayang? Aku mimpi ke?

*End flashback*

»«»«»«»«»««»«»«

Mereka berdua menaiki kereta yang sama yang dipandu oleh Shahziell.Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur,Mereka hanya berdiam diri.Mereka berdua lebih gemar melayani perasaan sendiri.

Perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur tidak mengambil masa yang lama.Tetapi cukup lama untuk membuatkan Hanisa tertidur.Hanisa ni memang jenis yang senang tidur dalam kereta.Baru gerak 10 minit,dia dah tersengguk-sengguk.

Shahziell mengambil keputusan untuk berhenti di perhentian yang berdekatan.Shahziell pula berasa mengantuk.Ketika Shahziell mengeliatkan badannya,matanya tertacap pada Hanisa.

Bibirnya mengukir senyuman.Hani..Hani..comel je kau ni kan? Tidur pun comel.Tapi,dulu kau garang sangat.Tak ramai yang berani nak dekat dengan kau.Aku pun pelik kenapa aku yang suka kacau kau?

Pipi Hanisa yang putih mulus itu diusap seketika oleh Shahziell.Bibir mungil milik Haniaa disentuh.Tapi,Hanisa masih lagi tak sedar.Tidur mati lah ni.Shahziell mengamati wajah gadis yang dah mencuri hatinya.

Gadis yang dulunya nerd.Skema.Yang suka sangat dikacau oleh Shahziell.Di mata Shahziell,Hanisa seorang gadis yang baik dan rajin.Hanisa sebenarnya boleh tergolong dalam group budak popular dan lawa.Tapi,sikapnya yang tak rapat dengan lelaki mahupun ada boyfriend membuat kaum adam menganggapnya sombong.

Dulu,Shahziell hampir sahaja mahu menumbuk seorang senior yang memberi Hanisa surat cinta.Shahziell sempat curi-curi baca surat itu.Ayat-ayat itu memang meremangkan bulu roma.

Akibat rasa cemburu,Shahziell mahu mencari senior itu.Tapi,niat Shahziell terhenti apabila melihat Hanisa bertemu dengan senior itu.Jelas sekali Hanisa sedang menolak permintaan senior itu mahu menjadikannya sebagai kekasih.

Shahziell tersenyum mengingat segala kenangan dia bersama dengan Hanisa.Hani..Kau lah matahari aku setiap hari!Disebabkan kau hari-hari aku sentiasa cerah..

Hahaha!Matahari!Saya pula yang over.Berangan sambil nyanyi lagu matahari-hafiz.Hahaha.Keep read and voted!

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now