Chapter 14

8.6K 359 7
                                    

Raif berjalan mencari tempat duduk di perhentian itu.Tangannya memegang pinggan nasi dan juga secawan air laici.

"Mana lah tempat duduk ni?Banyak pula orang hari ni.Ooo..yela.Cuti sekolah kan?"Mata Raif masih lagi merayau-rayau mencari destinasinya.

Tiba-tiba matanya ternampak susuk tubuh yang amat dikenalinya.Seseorang yang sudah hampir 2 tahun dia tak berjumpa.

"Ehh? Tu bukan ke..bukan ke..Aza?"Mata Raif masih lagi melihat pada gadis yang sedang kusyuk memakan roti.Ketika gadis yang bernama Aza itu mendongak,Raif tersenyum.Dia pasti itulah orangnya!

"Assalamualaikum.."Hanisa memandang jejaka dihadapannya ini.Matanya terbeliak.Mulutnya ingin berkata sesuatu tapi suaranya enggan keluar.

"Raif!!"Mahu sahaja Hanisa memeluk Raif tapi sempat dikawal perasaannya yang kian bergolah ingin meloncat melihat insan di hadapannya ini.

Raif terus duduk di hadapan Hanisa.Dia juga tak sangka bakal bertemu kekasih dalam hati dia ni.

"Hahaha.Kau terkejut kan aku ada dekat sini?"Raif hanya ketawa melihat muka Hanisa yang dah teruja itu.Aza..Aza..tak pernah berubah kau ni..

"Weh! Gila aku tak terkejut! Kau macam mana?Sihat?"Hanisa memandang tepat ke wajah Raif.Ya Allah,Terima kasih bagi aku jumpa Raif lagi!

"Alhamdulillah..Sihat je aku ni.Aku tak rasa pula aku ada kanser jantung ke apa"Raif ketawa dengan ayatnya sendiri.Melihat Hanisa ketawa,Raif mula rasa bahagia.

"Raif..Sorrylah aku tak dapat datang majlis pertunangan kau tu.Aku busy."Hanisa berasa sebersalah.Dia tak datang majlis pertunangan kerana sibuk dengan kerja di sekolahnya.Cikgu..cikgu.

"Tak apa.Lagipun..Majlis tu..dibatalkan.."Mata Hanisa terbeliak.Dia seakan tidak percaya mendengar kenyataan itu dari mulut Raif.

Raif menjeling memandang Hanisa.Raif mengeluh perlahan.Dia pasti yang Hanisa tidak percaya apa yang diberitahunya.Semua ni sebab kau Aza!

"Kenapa? Apa yang dah jadi?"Melihat muka Hanisa yang ikhlas itu,Raif menjadi serba-salah.Patut ke aku beritahu dia perkara sebenar?Aku dah bersedia ke?

"Sebenarnya..aku..err..Sebenarnya aku yang batalkan"Hanisa bertambah terkejut.Gila ke Raif ni?!

"What?! Apa yang dah jadi dengan kau dan Rina? Dulu waktu U kau orang sweet sweet je.Kenapa jadi macam ni pula?"Hanisa memang tak percaya.Raif yang dia kenal bukanlah seorang yang berani menentang.Raif seorang yang menghormati maruah orang lain.

"Semua ni sebab..."Tak sempat Raif menghabiskan kata-katanya,Shahziell pula datang menjengah.

"Sayang..Siapa ni?"Shahziell menjeling tajam kepada jejaka yang berada di hadapan isterinya.Geram sahaja hati ni.Rasa macam nak pergi tumbuk je mamat ni.

Hanisa terdiam.Shahziell ni buat kedatangan mengejut pula.Jangan kata dia jealous sudah.Ehh? Dia bukan cintakan aku pun.Kenapa dia nak jealous pula?

"Aza..siapa ni?"Raif pula mula membara di hati apabila melihat lelaki itu selamba memeluk bahu Hanisa dan duduk betul-betul rapat dengan buah hatinya.

"Err..Ziell..ni Raif.My bestfriend waktu dekat U.Raif..this is.."Belum lagi Hanisa menghabiskan tutur bicaranya,Shahziell menghulurkan tangannya kepada Raif.

"I am her really lovely,caring,responsible and the sweetest husband ever in this world"Shahziell tersengih melihat muka Raif mula berubah.Ada hati nak try bini aku.Huh! Mission Failed!

Hanisa yang mendengar ayat 'sweet' Shahziell itu,seperti mahu muntah pula.Yelahtu.The lovely,caring,reponsible and the sweetest husband ever! Dalam mimpi jelah dapat.Dalam realiti? Annoying!

Raif menyambut tangan Shahziell yang dihulukan kepadanya.Husband?! Hanisa dah ada suami?! Aza! How can you do this to me?!

"Haah..ni husband aku.Aku dah kahwin..Semalam.Sorry tak invited kau"Raif terkejut.Kenapa banyak kejutan sangat hari ni? Semalam? Aku hanya terlambat semalam!

"Err..Aza.Aku minta diri dulu lah.Aku ada hal.Busy sikit"Raif terus bangun dari tempat duduknya.Seleranya untuk makan terus hilang.Makanan yang dibelinya tadi,dibiar tanpa berusik.Hatinya sakit mengenangkan Hanisa sudah bersuami.

Hanisa mahu menghalang Raif tetapi Raif jauh lebih pantas dari dirinya.Sayu sahaja Hanisa memandang Raif.Jumpa lagi Raif..

"So,sayang.Nak makan apa?"Tangan Shahziell yang memeluk Hanisa,dieratkan lagi.Hanisa menjeling Shahziell di sebelahnya.Menyampahnya!

"Iee! Apa sayang-sayang? Nak kene tumbuk ke?"Hanisa terus menepis tangan Shahziell.Shahziell hanya memandang Hanisa kosong.Cemburunya masih lagi bersisa.Namun,dijauhkan dari dirinya.Sekarang,dia macam dah ada persaing!

"Nak peluk pun salah"Shahziell hanya memandang depan dan tidak mengendahkan Hanisa.Hanisa mula berasa geram.Boleh tak kalau seminit je dia ni sweet?!

"Tak boleh.Dah lah.Aku nak pergi toilet"Hanisa terus melangkah menuju ke tandas.Hatinya masih lagi sakit dengan annoying Shahziell.Tak sangka dia punya annoying dah naik level dah.Ergh!!

Hanya mata Shahziell yang menghantar Hanisa pergi.Hatinya kusut.Hani..Hani..kau janganlah tinggalkan aku.

Raif..kau ni siapa? Kenapa kau nampak rapat dengan Hani? Hurm..

«»«»«»«»«»«

Pn.Husna resah.Tangannya tak habis-habis membelek telefon bimbitnya.Amna yang dari tadi melihat ibunya resah,hanya memandang kosong.

Sejujurnya,dia juga risau melihat Abangnya dan Kakak iparnya belum tiba di rumah.Takut juga berlaku apa-apa kepada mereka.Dah lah minggu depan mereka punya majlis akan berlangsung.

"Ibu..ibu janganlah macam ni.Amna risau tengok ibu"Amna meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"Ibu risau lah Amna.Ibu takut jadi apa-apa dekat dia orang.Ibu tak sanggup"Amna mendekati ibunya.Tangannya menggosok belakang ibunya perlahan.Amna juga sama seperti ibunya.

"Ye ibu.Amna pun risau juga.Apa kata ibu call Abang.Mana tahu dia orang dah nak sampai ke?"Amna memberi cadangan.Tak sanggup melihat ibunya resah sebegitu.Pn.Husna melihat anak daranya itu.Anak daranya itu tahu sahaja cara untuk menenangkan dirinya.

"Ibu dah call.Tapi abang tak angkat.Ibu nak buat apa ni?"Amna mengambil telefon bimbitnya.Lalu dicari nama Hanisa.

"Nah ibu.Amna call Kak Hani.Maybe Kak Hani angkat ke"Tangan Pn.Husna segera mengambil telefon bimbit itu.Ya Allah..Angkatlah nak..

»«»«»«»«»«»«»«»

Hanisa melihat cermin di tandas itu.Nasib baik tak ada orang sangat di situ.Hanisa membetulkan, shawlnya yang mula senget itu.Tiba-tiba,telefonnya berdering.Laju sahaja Jari jemari Hanisa menjawab call itu.

"Assalamualaikum..Amna.Kenapa call"Hanisa juga pelik adik iparnya call waktu-waktu macam ni.

"Waalaikumussalam..Hani.Ni ibu ni.Hani dengan Ziell dekat mana? Dah sampai ke belum? Ibu risaulah bila Ziell dengan Hani tak sampai lagi"Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Pn.Husna.

"Ibu! Hani dengan Ziell berhenti solat sekejap.Ibu jangan risaulah.Nanti kita orang sampai"Kata-kata Hanisa melegakan hati Pn.Husna.Alhamdulillah..Nasib baik tak ada apa-apa.

"Lega ibu dengar.Pesan dekat Ziell bawa kereta elok-elok"Suara riang Pn.Husna mula kedengaran.Hanisa merasa bahagia melihat ibu mertuanya itu kembali seperti sediakala.Walaupun mereka baru mengenali,tapi Hanisa dah anggap Pn.Husna ibunya.

"Ok ibu.Hani nak gerak dah ni.Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"Hanisa memutuskan perbualannya.Kenapa ibu call aku? Kenapa tak call Ziell? Iee..Nak kene mamat tiga suku ni! Dengan mak sendiri pun,tak nak angkat call ke? Siap kau!

Hai guys! Welcome back.Hehe.Saya tengok dah makin ramai orang baca cerita Hanisa dengan Shahziell ni.Thank you! Maaflah kalau chapter kali ni tak best.Sebab baru nak freshkan otak.hehe.Jangan marah..Oklah.Teruskan baca and vote!

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now