Chapter 7

9.3K 378 3
                                    

Di dalam biliknya,Shahziel merebahkan badannya.Kepalanya serabut memikirkan perbualan dia dan pn.Husna serta Amna.

*Flashback*
Pn.Husna memanggil Shahziell di ruang tamu.Setelah Badri pulang,Shahziell macam tak terurus.Dia banyak termenung memikirkan tentang wasiat arwah abah.

"Ziell..ibu tahu Ziell kusut fikir pasal wasiat arwah abah.Ibu pun terkejut juga bila wasiat tu menyatakan yang Ziell diminta berkahwin dengan Hanisa"Pn.Husna cuba berkomunikasi dengan anak sulungnya.Dia juga suka jika dia dapat berbesan dengan sahabat karibnya itu.Tapi,dia tidak boleh mendesak Shahziell.

"Abang..Amna rasa..Better abang kahwin dengan Hanisa tu.Amna memang tak kenal Hanisa tu siapa.Tapi,Amna dapat rasa yang dia tu orang baik.Lagipun,abang tak nak ke,penuhkan permintaan terakhir arwah abah?"Tutur bicara Amna membuatkan Shahziell tersedar.Bukannya dia tak mahu kahwin,tapi ada perkara yang mengusutkan kepalanya dan hanya dia seorang sahaja tahu sebabnya.

"Ibu..Ziell setuju nak kahwin dengan Hanisa.."
*End Flashback*

Shahziel meraup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.Dia tak sangka itu yang dia balas untuk permintaan arwah abah.Bersediakah dia menjadi suami?Tanggungjawab suami yang besar itu mampukah dia galas?

Sebenarnya,Itulah impiannya.Impian dia untuk kahwin dengan Nurul Azathul Hanisa!

«»«»«»«»«»«»»»»»»

Hanisa menekan punat merah di skrin telefonnya.Dia baru sahaja lepas menelefon Cikgu Laila tentang cuti MC yang dia ambil.

Sekarang baru jam 10 pagi,Hanisa bercadang mahu berangkat pulang pada pukul 10.30.Kedua-dua orang roommatenya sudah pun menghilangkan diri dari awal pagi lagi.Pergi kerja katanya.Yelah,seorang businesswoman yang lagi seorang doktor.Haihh..memang berkerjaya betul kawan-kawan aku ni.

Tiba-tiba telefonnya berdering minta diangkat.Setelah melihat siapakah gerangan orang yang menelefonnya,Dia pun membalas.

"Kak! Kak dekat mana ni? Kata nak balik.Penat Iman pergi ponteng class hari ni"Rungutan Iman membuatkan Hanisa bingung.Ehh? Kenapa Iman nak ponteng class pula ni? Bukannya kita ada perjumpaan PIBG pun.

"Iman ponteng class?! Kenapa jadi macam tu pula?"Suara Hanisa menjadi sedikit tinggi.

"Mana lah Iman tahu.Tiba-tiba je ummi suruh Iman ponteng class hari ni.Katanya Akak nak balik"Hanisa berfikir semula.Ini mesti pasal important thing semalam.Apa yang penting sangat nya?

"Akak ni bila nak gerak? Iman tahu akak tak gerak lagi.Kalau tak,takkan akak boleh berbual pula dengan Iman"tersengih Hanisa mendengar kata-kata adiknya.Adiknya itu macam tahu segala-galanya tentang dirinya.Hehe.I love you so much,Iman!

"Yelah,akak nak gerak lah ni.Tak reti-reti nak tutup call?"Tak pasal-pasal Iman pula menjadi mangsa ayat pedas berapi Hanisa.

"Oklah.Bye.Jumpa nanti.Love you!"Hanisa menutup talian.Matanya menjeling ke jam dinding rumah.Alamak! Dah pukul 10.45 pagi!

«»«»«»«»«»»»«»

Pagi-pagi lagi Shahziell sudah pun bangun untuk menunaikan solat Subuh.Selesai menunaikan kewajibannya sebagai orang Islam,Shahziell berniat mahu menyambung tidurnya.Iyalah hari ni hari Ahad.So,heaven!

"Abang!"Amna menjerit melihat abangnya mahu menyambung tidur.

Shahziell yang mendengar jeritan itu menoleh ke arah pintu.Dia membuntangkan matanya.Dia sedang bermimpi ke apa ni?! Biar betul?! Amna bangun tidur seawal jam 7 pagi?! Boleh masuk dalam Malaysia Book Of Records ni!

"Abang..Cepatlah!"Haa? Apa ni? Cepat apa?

"Kenapa? Nak pergi mana pula nak cepat-cepat ni?"Shahziell masih lagi berniat mahu menyambung tidurnya.

Amna pula semakin geram dengan perangai abangnya ni.Nak kena nih!Amna mengambil bantal peluk abangnya lalu memukul badan Shahziell sebanyak yang mungkin hingga Shahziell kembali segar.

"Ye adikku Amna yang cantik menawan kau memang kebaboom! Nak apa Amna?"Shahziel menggunakan cara lembut.Cara kasar memang tak boleh pakai kalau dengan Amna ni.Dia bukannya nangis.Dia balas balik ada la!

Amna tersenyum kemenangan.

"Abang..abang kan dah janji nak hantar Amna dekat UITM tu.Hari ni dah la hari first.Cepatlah abang!"Amna sedaya upaya menarik tangan abangnya yang sebesar lengannya.

Baru Shahziell teringat.Amna mahu menyambung pengajiannya di Malaysia.Katanya mahu dekat dengan keluarga.

Dengan langkah longlai,Shahziell menggagahkan kakinya mengambil kunci keretanya di ruang tamu.Kakinya diaturkan ke luar rumah.

"Ibu!Amna pergi dulu tau"Amna menyalami tangan ibunya yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.Pn.Husna memang gemar bercucuk tanam.Bukan macam anak bongsunya.

"Ziell,bawa kereta elok-elok"Pn.Husna berpesan juga kepada anak lelaki tunggalnya.

"Ye ibu"Ringkas sahaja jawapan Shahziell.

Shahziell singgah di tanah perkuburan selepas menghantar Amna ke UITM.Tidak lupa juga,Shahziel membawa sebotol air mineral dan juga Yassin di tangannya.Songkok diletakkan rapi di kepalanya.Shahziell mahu berjumpa abahnya.Rindu benar dia dengan abah.

Shahziell mencari batu nisan yang bertulis nama abah.Shahziell tersenyum apabila dia menemui batu nisan yang bertulis "Zakir Hazman bin Leman".

Setelah menyedekahkan bacaan Yassin kepada arwah,Shahziell membersihkan kawasan perkuburan abahnya sambil 'berbual dengan abahnya'

"Assalamualaikum abah..Dah lama kan Ziell tak singgah jumpa abah.Maaflah Ziell busy dekat sekolah.Banyak aktiviti"Shahziel mengusap batu nisan itu dengan penuh kasih sayang.

"Abah..abah tahu tak yang wasiat abah dah dibacakan semalam.Mesti abah tahukan apa yang Ziell rasa.Mestilah Ziell rasa terkejut.Terkejut sangat"Air mata Ziell mula bergenang.Namun,cepat-cepat dikesatnya.

"Tapi,abah..Ziell nak cakap terima kasih sebab jodohkan Ziell dengan Hanisa.Sebab apa abah tanya? Sebab..ish,malulah Ziell"Cara Shahziell bercakap itu serupa sangat dengan orang gila.Tapi,itulah cara untuk berkomunikasi dengan orang yang sudah tiada.

"Abah janji dengan Ziell tau.Simpan rahsia Ziell ni.Ziell cerita dekat abah je.Erm..abah ingat tak waktu Ziell sekolah dulu? Hanisa tu lah "Si 3S".Abah tau kan siapa? Ziell cerita dekat abah je tau.Abah tak tahu yang Hanisa tu "Si 3S" kan?Hehe..Oklah bah.Ziell nak balik rumah dulu.Kesian dekat Ibu duduk rumah sendiri.Nanti kalau ada waktu lagi,Ziell singgah ehh? Sayang abah sangat-sangat.Assalamualaikum.."Ziell mengusap batu nisan itu sebelum melangkah pulang.

«»«»«»«»»»»»»»»»»»

Hanisa terkejut dengan keputusan ibubapanya.Hahahaha.Ini pasti mimpi.Mimpi kan?

"Ummi jangan lah bagi Hani gelak.Lawak sangatlah Ummi tau tak?"Hanisa masih lagi dengan ketawa pura-puranya.

Iman yang setia di sebelah kakaknya sudah pun terkedu.Iman tak terasa sangat 'suprise' yang dibuat oleh ibubapanya itu.Tapi,yang mungkin terkena serangan jantung,pastinya Hanisa.

"Hani,ayah dengan ummi tak buat lawak.Kami serius"Suara garau ayah bergema di ruang tamu itu.

Tawa Hanisa tadi,mati serta-merta.Ini bukan mimpi! Kenapa ni bukan mimpi?! Kenapa?!

"Hani,kami tak boleh nak halang.Ini adalah amanat terakhir arwah PakCik Aman.Kami tak nak kamu dapat dosa pula sebab tak mahu menunaikan hajat seseorang"Ayat Ummi kali ni memang sentap.PakCik Aman? Hanisa tak kenal pun PakCik Aman.Siapakah gerangan insan itu?Ok.Cool down Hani.You can do this.Think Positive.

"Ok.ummi,ayah.Sekarang Hani nak ummi dengan ayah citer dari A sampai Z.Hani tak mahu bersikap kurang ajar.Jadi Hani mohon cerita lah keseluruhan cerita ni"Pn.Daria dan En.Yussof berpandangan sesama mereka.Lalu mereka memandang wajah anak gadis mereka ini.Mereka tahu Hanisa bukanlah anak yang suka membangkang.

Setelah menceritakan segalanya,Hani mengangguk.Dia faham segala-galanya.

"Ok.Ummi,ayah.Biar Hani fikir dulu.Hani nak masuk bilik"Hanisa terus melangkah ke biliknya.Bukan niatnya mahu derhaka,tapi dia cuma perlukan sedikit waktu untuk bersendirian.

Ngee..tak perasan dah lebih 1000 words dh.hehe.Idea laju je keluar mencurah-curah.Keep read and voted!

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now