Chapter 20

8.2K 326 2
                                    

Shahziell berasa sedikit kesal kerana tak dapat menghantar isterinya ke sekolah.Tak apalah,esok masih ada.Kaki Shahziell sedang melangkah ke kantin memandangkan sekarang waktu rehat.

Dari jauh,Shahziell dapat melihat Sufi sedang melambaikan tangan kepadanya.Disebelah Sufi pula ialah Adriana.Seorang guru mathematics muda.Adriana ni memang guru yang dedikasi.

"Hai Ziell! Wah!Makin segak kau ni kan? Ada sesiapa tolong jaga kau ke?"Tajam sahaja jelingan mata Shahziell kepada Sufi.Sufi pula sudah ketawa terbahak-bahak melihat wajah Shahziell yang mula cemberut itu.

"Apalah korang ni? Pening aku tengok tau tak? Haa..Ziell.Macam mana kahwin? Syok tak? Sorrylah aku tak dapat datang wedding kau.Busy dengan sekolah ni lah.Ergh!"Shahziell hanya tersenyum melihat Adriana mula mengomel.Adriana ni dah jadi jirannya dari kecil lagi.Tapi,sewaktu mereka berumur 9 tahun,keluarga Shahziell berpindah ke area lain.Walaupun,rumah mereka berjauhan,tetapi mereka masih lagi dapat bertemu ketika di sekolah.Kelas mereka ketika sekolah rendah memang sama.Tapi,masuk sekolah menengah,Adriana masuk ke kelas rancangan khas.Yelah,budak 5A ni!

"Hahaha..Best je.Nothing sad pun"Adriana mencebik.Malulah tu! Macamlah aku tak kenal kau Ziell! Mereka bertiga ni mula rapat pada hari pertama mereka mula bekerja di sini.Sehingga satu sekolah menggelarkan mereka 3 serangkai.Setiap masa mereka pasti bersama.Namun,tiada langsung secolet perasaan lebih dari kawan diantara mereka.

"Ala..macam kau tak kenal si Ziell ni Yana.Semua benda dia nak rahsia.Nama bini pon tak nak bagitau.Takut sangat ada orang pergi culik isteri dia tu"Omel Sufi dengan perlahan.Tak mahu semua orang dia itu mendengar perbualan mereka.

Tiba-tiba deringan telefon Adriana menghentikan perbualan mereka.Adriana mengambil telefonnya lalu dilihat nama yang tertera di skrin telefonnya.Sebuah senyuman terukir di bibir Adriana.Segera dia menekan punat hijau.

"Hello beb! Kenapa kau call aku ni? Rindu ehh? Hahaha"Adriana tidak mempedulikan wajah-wajah jejaka yang sedang melihatnya sekarang.Siapa lagi kalau bukan Shahziell dan Sufi! Mereka hanya menggelengkan kepala.Adriana ni kalau jumpa geng perempuan,memang hilang dah tali persahabatan.

"Yana..aku nak tanya sikit ni.Sekolah kau nama dia..Smk Bukit Hijau kan?"Hanisa bertanya dengan hati-hati.Harap apa yang dia tanya tadi betul.Dapat juga dia bekerja di satu tempat yang sama dengan Adriana.

"Haah.Kenapa?"sejurus pertanyaan itu,sebuah jeritan kecil berbunyi di sebelah sana.Sakit telinga Adriana mendengar jeritan langsuir Hanisa.Kalau pergi audition AF ni,Confirm tak dapat.Huh!

"Weh,Hani! Kau dah kenapa main jerit-jerit ni? Kau nak aku jadi pekak cepat ke?"Marah Adriana tak dapat dibendung lagi.Sufi dan Shahziell juga terdengar jeritan dari kawan Adriana itu.Terkejut juga mereka.

"Yana! Aku dapat surat tukar dekat sana!"Hanisa dah mula teruja.Akhirnya apa yang dia idamkan kini akan tercapai! Dah lama dia mahu bekerja di tempat yang sama dengan Adriana tetapi tak kesampaian.

"What?! Ahhh! Weh! Bila kau nak tukar?"Adriana juga tak menafikan perasaan gembiranya.Tak sabar nak bergosip dengan Hanisa lagi.Lepas ni dah dapat bestfriend perempuan pula.Asyik lelaki je,boring juga kan?

"Lusa.Kau tunggu aku tau? Tak sabar nak jadi cikgu baru balik.Hehe"Hanisa mula tersengih sendirian.Gembiranya dah memuncak-muncak.

"Orait.Jumpa lusa nanti ok? Bye!"Adriana mematikan talian telefonnya.Senyuman di bibirnya masih lagi tak padam.Dah macam angau bercinta dah.

"Kenapa kau dah macam orang gila dah ni?"Shahziell mengerutkan mukanya.Pelik juga Adriana ni sengih sorang-sorang.Kene sampuk ke apa Yana ni?

"Nanti korang tau lah"Kata Adriana sambil senyuman masih mekar di wajahnya.Hani..aku tunggu kau ni!!!
»«»«»«»«»«»«»«
Shahziell turun ke bawah apabila mendengar senduk dan kuali berlaga.Ada perang ke kat dalam rumah aku ni? Bising je aku dengar dari tadi.

Kakinya melangkah dengan berhati-hati menuruni tangga.Matanya sempat melirik ke arah tubuh Hanisa yang sedang memasak sesuatu di dapur.

"Kau masak apa tu?" Oh mak kau meletup,kebaboom! Mahu luruh jantung Hanisa disergah sebegitu.Nasib baik latahnya tak keluar.Kalau keluar,tak tahulah nak letak muka dekat celah mana.Celah tong gas lah kut.

"Kau ni dah kenapa? Tak boleh ke kau tanya aku elok-elok? Kalau aku tercampak sudip kat kau,kan susah.Hish!"marah Hanisa sambil menyambung menggaul nasi goreng kampung yang dimasaknya tadi.Sakit pula hati ni.Tapi,ditahan je.Kalau masak dalam keadaan marah,nanti masakan tak sedap.

Shahziell hanya tersengih.Lembik juga bini aku ni rupanya.Ingatkan tough sangat.

"Sayang juga kau kat aku ehh?"Ayat Shahziell membuat Hanisa yang baru menutup api dapur menoleh ke belakang.Sayang dia? Kenapa pula dia terfikir macam tu?

"Tak kuasa aku.Baik aku sayang dekat Mono ke.Daripada sayang dekat kau.Tapi,itu tak bermakna aku sanggup nak bunuh kau.Tapi,kalau kau ada niat nak bagi aku jadi arwah,siaplah kau! Aku jadi pontianak pastu pergi cekik kau!"Tawa yang Shahziell simpan rapi tadi akhirnya terkeluar juga.Dah kata kan yang Hani ni memang berimaginasi tinggi.Takkanlah aku sanggup nak bunuh kau Hani.Kalau kau jadi pontianak sekali pun,kau tetap cantik di mata aku.

"Apa yang kau mengarut ni? Ada apa-apa ke aku boleh tolong?"Niat Hanisa mahu marah tadi,terus terbantut.Reda rasa geram dan marahnya itu.Nasib baik Shahziell nak tolong dia,kalau nak tambah perasa nasi goreng ni,baik tak payah.

"Tolong ambil pinggan dengan cawan.Haa..sudu pun.Pastu letak atas meja makan"Shahziell menuruti arahan isterinya.Hatinya rela membantu isterinya yang sudah berpenat lelah memasak makan malam mereka pada hari ini.

Selesai sesi makan malam,mereka berdua duduk di sofa lalu menonton televisyen.Entah kenapa malam ni punya cerira macam tak best je.Hmm..

"Hani,esok aku hantar kau ehh?"Hani segera melihat Shahziell yang berada di sebelahnya.Erm..nak terima ke tak eh?

"Tak payah lah.Sebab esok aku nak ambil barang dekat sekolah.Nak bawa balik rumah terus.Lagi satu esok budak kelab Bi nak buat jamuan sempena pertukaran aku ni"Shahziell mengerutkan dahinya.Pertukaran? Pertukaran apa pula ni?

"Kau tukar sekolah ke?"Hanisa mengangguk laju.Lupa pula nak beritahu Shahziell.Teringat dekat Adriana je.Sorry Ziell!

"Haah.Aku kene tukar lusa nanti.Dekat Smk Bukit Hijau.Kau tahu kan sekolah tu?"Perlahan-lahan senyuman terukir di wajah licin Shahziell.Mestilah aku tahu Hani.Aku tahu sangat nama sekolah tadi.

"Entah.Tak tau pula"Sengaja Shahziell menipu Hanisa.Nanti-nanti Hanisa tahulah kebenarannya.Hani..aku tunggu kau tau?

»«»«»«»«»«
Hari ni hari pertama Hanisa akan jadi guru di Smk Bukit Hijau.Tak sabarnya nak jumpa Adriana! Bolehlah gosip-gosip dekat sekolah nanti.

Hanisa akan pergi ke sekolah itu bersama Adriana.Yelah,dia bukannya tahu pun jalan ke sana.Karang sesat,macam mana?But..don't worry.Ziell dah bagi kebenaran dah.Pelik juga Ziell ni rajin pula nak serah bini dia dekat orang lain.Hurm..whatever lah.

Kedengaran bunyi hon kereta,menandakan yang Adriana dah sampai di rumahnya.Hanisa melihat ke luar.Jelas terpampang kereta Toyota Vios putih Adriana ada di hadapan rumahnya.

"Ziell..aku nak pergi dah ni.Kau tak pergi sekolah lagi ke?"Hanisa menjengah masuk ke bilik dan melihat Ziell sedang terkial-kial memakai tali leher.Hanisa hanya menggeleng.Dah besar panjang pun tak reti pakai tie ke?

Tanpa menunggu lebih lama,Hanisa menggapai tali leher yang ada di tangan Shahziell.Ditariknya Shahziell agar menghadapnya.Kedudukan mereka terlalu rapat hingga membuatkan Shahziell terkedu.

Tangan Hanisa ligat memakaikan tali leher pada kolar baju Shahziell.Hanisa tak ada rasa gemuruh pun.Kerana dia dah lali memakaikan tali leher kepada Along dan Iman setiap hari.Wangian perfume yang dipakai Hanisa menusuk ke hidung Shahziell.

Wajah Hanisa yang berseri itu ditenung lama.Lawanya lah kau ni Hani.Tangannya hampir sahaja mengusap pipi Hanisa.Tetapi,Hanisa sudah menyelesaikan kerjanya.Ala tie,kau ni spoil lah!

"Haa..dah siap.Senang je.Aku pergi dulu tau"Hanisa menggapai tangan Shahziell lalu diciumnya.Hanisa hanya tersenyum lalu berlalu pergi keluar dari rumah.Hanisa meninggalkan Shahziell yang sudah pun terdiam.Tangan yang dicium Hanisa dilihat berkali-kali.Terima kasih Hani..

Sekolah baru! So,sekarang ni kan dah mula sekolah.Jadi,kita buat bab pasal sekolah pula.Hehe..Apa jadi lepas ni? Haa..teruskanlah baca kisah Shahziell dengan Hanisa ni ye?

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now