Chapter 22

7.9K 336 1
                                    

Kini tiba waktu yang ditunggu-tunggu.Kita makan! Penat Hanisa melayan karenah pelajar-pelajar tingkatan satu ni.Macam budak sekolah rendah.Tapi,tak apalah janji diorang bahagia sudah.

Hanisa berjalan sendirian ke kantin selepas mendapat mesej dari Adriana yang mengajaknya makan bersama.Dah ada orang ajak,kita pergilah kan?Sedang Hanisa berjalan bersendirian,terdapat mata yang memerhati.Dia mengekori Hanisa secara senyap-senyap.Hanisa langsung tak merasa ada seseorang mengekorinya.

Apabila tiba di belakang Hanisa,orang itu menarik sedikit tudungnya.Apabila Hanisa pusing ke belakang,orang yang menarik tudungnya hilang.Apabila dia kembali memandang hadapan,terdapat sesusuk tubuh tegap dihadapannya.

Dengan pantas,Hanisa mengetuk dan memukul badan lembaga itu dengan buku yang ada ditangannya.Sekuat hati Hanisa memukul lembaga itu.

"Hani!!"jerit lembaga itu.Ehh? Macam kenal je suara tu?

Hanisa berhenti memukul lalu dia mendongak.Terdapat wajah yang dia nampak setiap hari ada dihadapannya.Ops! Hehe.Sorry!

Shahziell menggosok kepalanya yang diketuk kuat oleh Hanisa.Nak bagi aku hilang ingatan ke Hani ni? Kalau tak sayang aku pun,janganlah buat macam ni.

"Sorry! Tu lah.Siapa suruh pergi kacau aku? Kan dah kena.Padan muka"Hanisa menjelirkan lidahnya.Padan muka Ziell!! Lepas dah segala sakit hatinya pagi tadi.

"Kau nak pergi mana ni?"Shahziell terus menukar topik perbualan mereka.Malas lah nak bergaduh sebab benda kecil ni.

"Nak pergi kantin.Nak makan dengan Yana.Kau tak pergi makan ke?"Soalan Hanisa membuatkan Shahziell mahu ketawa.Tak makan? Hahahha.Salah oranglah Hani.

"Aku tak makan? Heh! Dalam mimpi jelah wei!'Dah jom pergi kantin!"Shahziell menarik tangan Hanisa lalu berjalan bersama-sama.Tetapi,dengan pantas Hanisa merentap tangannya kembali.

Tindakan drastik Hanisa membuat Shahziell terkedu.Langkahnya terhenti.Matanya merenung Hanisa meminta penjelasan.

"Kau gila ke? Kalau kau pegang tangan aku,karang gosip lah satu sekolah ni.Kau nak mati ke?"Shahziell hanya memandang kosong.Dia terus berlalu meninggalkan Hanisa.Sakit hatinya apabila Hanisa berkata begitu.Walaupun betul apa yang dikatakan oleh Hanisa tapi dia sedih..macam Hanisa tak mahu Shahziell memegang tangannya.

Hanisa melihat Shahziell berlalu pergi.Ehh? Dah kenapa mamat ni? Tiba-tiba berubah jadi drastik pula ni.Ahh..lantaklah.Bukan masalah aku pun.

»«»«»«»»«»«»«
Di kantin,mereka berdua makan dengan senyap.Masing-masing tak mahu bersuara.Bila ditanya,hanya membalas 'hmm' ,'haah','ok'.Mereka berdua ni tengah buat kelas Bisu ke?

Yana dan Sufi berpandangan sesama mereka.Baru hari pertama bertemu,mereka dah macam kenal setahun.Perangai masing-masing pun dah nak dekat sama.Apa hubungan korang dua ni?
»«»«»«»«»«»«»«»
Hanisa turun ke bawah selepas menunaikan solat fardhu Isyak.Shahziell pula sedang asyik menonton drama di televisyen.Hanisa menggelengkan kepalanya.Memang tak pernah berubah Ziell ni.

Hanisa ke dapur lalu memasak mihun goreng.Shahziell mendengar isterinya berada di dapur,tetapi dia tidak menoleh.Operasi merajuknya perlu diteruskan.Shahziell juga ingin merasa Hanisa memujuknya.

"Ziell..jomlah makan.Aku dah masak mihun goreng ni"Hanisa memanggil Shahziell untuk makan bersama-samanya.Tetapi hampa,Shahziell hanya berdiam diri.

"Ziell..jamahlah sikit.Penat aku masak"Setelah Hanisa merayu,barulah Shahziell mula makan.Tetapi,senyap.Sunyi.Tiada suara kedengaran.Barulah Hanisa faham yang Shahziell merajuk.
Ala Shahziell ni.Merajuk pula.Macamlah Hanisa pandai pujuk.

Selesai makan Shahziell menonton tv hingga tertidur di sofa.Hanisa yang sedang mengemas dapur pelik melihat Shahziell hanya diam.Merajuk tak reda lagilah tu.

Selesai mengemas dapur,Hanisa bergerak ke arah suaminya.Hanisa hanya tersenyum kecil melihat Shahziell tidur di sofa.Nampak comel betul bila Shahziell tidur.Kalau tak tadi,masam je.

Mata Hanisa melirik ke lengan Shahziell pula.Terkedu Hanisa melihat lengan Shahziell yang lebam akibat dipukul oleh Hanisa.Rasa bersalah menyerbu kedalam diri Hanisa.Hanisa pergi ke dapur dan mengambil sehelai tuala sederhana lalu diletakkan ais di dalamnya.

Hanis pergi ke arah Shahziell.Dia duduk disisi suaminya itu.Lengan Shahziell ditarik perlahan.Tempat lebam tadi,dituam perlahan-lahan dan lembut oleh Hanisa.Matanya sempat melirik ke wajah Shahziell yang begitu tenang ketika tidur.

"Ziell..sorry.Sebab aku terpukul kau tadi.Kesian dekat kau.Sampai lebam kena pukul dengan aku.Yang pasal kau pegang tangan aku tu.Aku minta maaf juga.Aku tahu niat kau baik.Tapi,aku takut mata-mata orang ni.Kau janganlah merajuk.Aku ni bukannya reti nak pujuk-pujuk orang.Sedih aku tengok kau merajuk.Janganlah diam.Bercakaplah dengan aku"Selepas Hanisa 'berbual' dengan Shahziell,matanya mula berat.Namun,tangannya tak pernah berhenti dari menuam lengan Shahziell.Tanpa Hanisa sedari,matanya tertutup rapat.
»«»«»«»«»«»«

Shahziell membuka matanya.Matanya terbeliak apabila melihat Hanisa berada di sebelahnya.Tangan Hanisa di lengannya yang lebam.Tiba-tiba Shahziell teringat kata-kata Hanisa semalam.Dia belum tidur lagi ketika itu.Perlahan-lahan senyum terukir.

"Walaupun,kau kata kau tak reti nak memujuk,tapi setiap apa yang kau cuba.Itu dah sempurna bagi aku Hani"Shahziell melirik ke jam dinding rumahnya.Dah pukul 2 pagi.

Tanpa membuang waktu,Shahziell segera mencempung tubuh Hanisa lalu diangkat ke bilik mereka.Nasib baik Hanisa memang seorang yang ringan.
Selepas meletakkan Hanisa di atas katil,Shahziell terus mengambil wuduk untuk solat tahajjud.Dia mahu berdoa agar kuat dan kukuhkanlah hubungan dan pernikahan ini.
»«»«»««»«»«»«
"Good morning! How was your sleep,dear?"Dahi Hanisa berkerut.Dah kenapa dengan Shahziell ni? Otak dia biul ke lepas kena pukul semalam?

"Kau dah kenapa?Semalam kemain dingin sejuk beku dengan aku.Hari ni seceria mentari pula.Ke..otak kau dah tak center lepas kena ketuk dengan aku?"Shahziell mencebik.Baru sahaja nak happy-happy pagi ni.Hanisa bagi ayat pedas pula.

"Mana adalah.Kau ni..aku nak happy salah.Aku nak dingin pun salah..Habistu aku nak buat apa?"Hanisa tersengih sedikit.Janganlah marah! Hehehe.

"Tak adalah.Pelik juga dengan kau ni.Semalam lain hari ni lain.Ingat ada effect dekat semalam tu"Hanisa mengambil roti lalu disapukan jem strawberi di permukaan roti itu.

Hari ni dah bermula hari kedua menjadi insan bernama guru ni.Hari ni Hanisa pergi dengan keretanya sendiri.Nak naik dengan Adriana.Karang menyusahkan dia pula.Nak naik dengan Shahziell,karang gosip satu sekolah pula.Jadi,nak tak nak.Hanisa naik juga keretanya itu.

Selesai sarapan,Hanisa bergegas mengambil kunci keretanya yang tergantung di tepi pintu itu.Dia mahu pergi ke sekolah dulu sebelum Shahziell.Ketika Hanisa mahu memasuki kereta,dia baru teringat sesuatu.Berkat suami!

Hanisa memasuki rumah semula.Dicarinya Shahziell sekeliling rumah.Rupa-rupanya Shahziell sedang terkial-kial lagi mahu memakai tie.Ya Allah,berapa banyak kalilah nak ajar laki aku ni pakai tie?

"Ziell..bagi sini tie tu"Shahziell hanya menurut kata isterinya tanpa banyak soal.Dia tahu isteri dia akan buat apa.

Laju sahaja Hanisa melilit tali leher itu di leher Shahziell.Mata Shahziell pula tak habis-habis merenung isterinya itu.Mata dah bulat.Kulit putih.Hidung mancung.Lawanya kau ni Hani.

Hanisa menyalami tangan suaminya seperti semalam tetapi,yang berbezanya ialah Shahziell mencium umbun-umbun Hanisa.Hanisa terkedu.Shahziell cium umbun-umbun aku?

"Err..aku pergi dulu.Assalamualaikum.."Jantung Shahziell bergedup laju.Dia tak tahu kenapa dia bertindak sebegitu.Mungkin kerana kasihnya pada Hanisa?

Hai! Last update.Sad moment *nangis* So,jumpa next week.Jangan lupa baca cerita cinta Ziell dan Hani ehh? Voted sekali! xoxo

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now