Chapter 25

8K 302 3
                                    

Lisa berjalan perlahan-lahan ke keretanya.Lepas selesai photoshoot,niatnya mahu berehat.Kerja sebagai model bukannya mudah.Setiap hari pasti ada kerja yang harus dilakukan.

Ketika dia mahu membuka pintu keretanya,tubuh Lisa dirempuh oleh seseorang dengan kuat.Tubuhnya yang ramping itu jatuh menyembah tanah.Kepalanya sakit terhantuk pada kereta ketika jatuh.

Dengan hujung matanya,Lisa dapat lihat seorang lelaki merampas beg tangannya.Ya Allah! Apa dah jadi ni? Hampir sahaja mata Lisa tertutup,seorang jejaka datang kepadanya.

"Cik? Cik okay tak ni?"

Lisa tak dapat mengeluarkan sebutir perkataan pun.Kepalanya terasa sangat berat.Tangannya sakit dirempuh tadi.

Tanpa membuang masa,jejaka tadi segera memapah Lisa ke keretanya.Niatnya hanya untuk membantu wanita yang dihadapannya ini.

Lisa hanya memandang sepi.Dia tidak berupaya menhalang jejaka itu.Tetapi,walau siapapun jejaka itu,Lisa hanya mahu berkata.Terima Kasih Awak..
»«»«»«»«»«»«»«»««
Mata Shahziell melilau melihat sekeliling.Jadi inilah Kg.Nipah.Hmm..Lawa je kampung ni.Tenang.Damai.

Hanisa di belakang Shahziell dah tersenyum melihat kampung ini.Setiap laluan yang dilalui pasti akan membuatkan Hanisa teringat akan kenangannya ketika kecil.

"Hani,jom berhenti dekat sini.Aku nak ambil gambar"Lamunan Hanisa hilang apabila Shahziell bersuara.

Tanpa menunggu Hanisa,Shahziell berlari ke arah sawah padi dihadapannya itu.Sawah Padi!!!! Hanisa hanya menggeleng-geleng kepalanya.Macam rusa masuk kampung dia ni.

"Hani cepatlah! Lama aku tunggu ni"Ceh..kau yang jalan laju sangat.Kau tak nampak ke bini kau tengah jalan punyalah sopan santun penuh dengan adab tertib ni?

"Sabarlah! Sawah ni tak lari mana pun"tanpa membuang masa,Hanisa menangkap gambar Shahziell menggunakan telefon pintatnya.

Setiap gaya yang dilakukan oleh Shahziell membuatkan Hanisa tersenyum.Ada gaya buat-buat macho.Gaya cute.Gaya sado.Gaya budak-budak.Haih..macam-macam lah kau ni Ziell..

"Hani sinilah"Hanisa bergerak perlahan-lahan ke arah Shahziell.Kakinya bergerak dengan hati-hati.

Sawah padi ni bahaya sikit.Kalau salah langkah,welcome to lumpur home lah jawabnya.Ketika Hanisa berjalan,Hanisa ternampak ada lintah besar ditepi kakinya.Tapi,di tanah ye bukan di atas kaki Hanisa.

Dengan sepantas kilat,Hanisa menjerit sekuat hatinya lalu berlari ke arah Shahziell.Shahziell pula terkejut isterinya menjerit seperti nampak hantu.Rempuhan Hanisa ke badan Shahziell membuatkan mereka berdua hilang imbangan.Kaki mereka dah tak dapat dicengkam ke tanah dengan rapi.Akhirnya,tubuh mereka berdua bertemu dengan lumpur di sawah padi di Kedah.

Hanisa terkedu.Aku ada dekat dalam sawah padi? Yang penuh dengan 'binatang' ni? Ahhhhh!!!!

"Arghh!!!! Ieeeyerkkk!!!!"Hanisa berlari ke darat secepat yang mungkin.Tak mungkin Hanisa akan biar dirinya di kelilingi binatang yang dia paling tak suka dalam dunia ni!

Berkerut dahi Shahziell melihat Hanisa berlari ke darat lalu menepis-nepis bajunya yang basah dengan gaya geli sekali.Dah kenapa pula dengan minah ni?Dah lah kau bagi aku jatuh pastu kau lari pula.Heh!

Shahziell berdiri perlahan-lahan lalu berjalan ke arah Hanisa yang macam dah nak nangis tu.Jelas nampak mata Hanisa mengenangkan air mata.

"Kau ni dah kenapa? Pergi serang aku macam tu?"Hanisa memandang wajah Shahziell.Alamak! Sorry Ziell!

"Ak..aku..aku minta maaf.Aku..ta..takut"Tergagap-gagap Hanisa memohon maaf.Makin Shahziell pelik.Takut? Aku rasa siang lagi ni,bukannya ada hantu pun?

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now