Chapter 32

8.9K 327 2
                                    

Hanisa tak dapat mengawal perasaannya sekarang ini.Shahziell sedang tak sedarkan diri dan sudahpun di hantar ke hospital dengan ambulans.

Mata Hanisa tertacap pada dalang rancangan jahat ini.Sungguh dia tak sangka abang sepupu yang dia sayang sanggup berbuat begitu kepada suaminya sendiri.Adakah Abang Adam tak
ada hati perut?!

Melihat pihak polis mahu membawa Adam masuk ke kereta,Hanisa segera meminta kebenaran untuk bercakap dengan Adam sebentar.

"Kenapa Abang buat macam ni?! Abang tahu tak yang Ziell tu suami Hani?!"Marah Hanisa sekuat hatinya.Hanisa amat kecewa dengan sikap Adam.Sungguh tak berhati perut!

"Semua ni sebab kau Hani! Sebabkan dia,kau tak layan aku.Kau tak nak jumpa aku.Kau tak nak balas mesej aku.Semua sebab dia!!"

"Astagfirullahalazim! Abang! Abang tahu tak Ziell tak tak tahu apa-apa pasal hal ni! Hani yang tak balas mesej abang,bukan sebab Ziell! Sebab Hani tak nak!"

"Dia memang patut mati!Bila dia datang sini,semua orang suka dia! Dia curi semua perkara yang aku ada! Dia dah curi hati kau!'Dia memang tak patut hidup!"

Hanisa terkedu.Begitu dalamnya dendam Adam kepada suaminya.Apalah salah suaminya itu?

Hanisa segera membiarkan Adam dibawa oleh pihak polis.Dia dah tak sanggup bercakap dengan orang yang gila seperti Adam itu.
»«»«»«»«»«»««
Shahziell membuka matanya.Sakit di kepala membuatkan dirinya mahu jatuh.Dia lihat disisinya adalah insan yang dia sayang.Yang dia cintai.

"Sayangku Hani.."

Hani terus mendongak memandang ke arah Shahziell yang memanggilnya.Dia hampir tertidur menunggu Shahziell bangun.

"Abang!"Hanisa memeluk suaminya erat.Seakan dia tak mahu suaminya jauh dari dirinya lagi.

Shahziell tersenyum.Dia membalas pelukan isterinya yang tercinta itu.Sungguh dia rindu akan pelukan hangat Hanisa.

Shahziell merasa bajunya kian basah.Tangannya menolak Hanisa menghadapnya.

"Sayang? Kenapa nangis ni?"

Hanisa meraih tangan suaminya itu.

"Hani minta maaf sebab tak beritahu abang, yang Abang Adam suka dekat Hani.Maafkan Hani sebab abang jadi macam ni.Hani ni memang isteri tak berguna!"

Shahziell mengusap wajah isterinya.Disapu air mata jernih itu perlahan-lahan.

"Dah..sayang tak payah nangis macam ni lagi.Takdir Allah,kita tak dapat nak elak.Dan setiap perkara yang berlaku itu mesti ada hikmah.Macam sekarang,kita tahu yang Adam tu dengki dengan abang sebab dapat isteri yang baik macam sayang ni"
Shahziell mencuit hidung isterinya.Hanisa hanya ketawa kecil diperlakukan sebegitu.
Haih..bahagianya apabila bercinta selepas bernikah.
»«»«»«»«»«»«»«»«»«
Hanisa hanya mendengar taklimat yang diberi oleh En.Fakir,GPK Pentadbiran itu.Nampaknya ada kelas tambahan bagi pelajar tingkatan 5 minggu ini.And..guess what?

Hanisa ialah salah seorang guru yang terlibat! Huh! Baru je nak relaks hujung minggu ni,tapi ada kerja pula.Nak buat macam mana kan? Dah itulah namanya pengorbanan seorang guru.

Hari Sabtu,Pukul 8 pagi hingga 12 tengahari.English dan Mathematics.

Math?! Wah! Harap dapat gabung dengan Adriana.Yuhuuu!!

"Cik Hanisa dan Encik Shah...ziell"

What?! Dengan Ziell? Ala..kenapa dengan suami sendiri? Bukannya Hanisa tak suka digandingkan bersama suaminya.Tapi,kalau digandingkan dengan orang lain kan lagi bagus.Suami sendiri dah tengok 24 hours dah..

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now