Chapter 8

8.9K 348 8
                                    

Hanisa duduk di atas katilnya sambil termenung.Tentulah dia termenung tentang perkara yang dibincangkan oleh keluarganya.Kenapa takdir dia macam ni?Kenapa jodohnya ditentukan oleh wasiat? Kenapa Hanisa tak boleh memilih jodohnya sendiri? Kenapa dia perlu berkahwin dengan orang yang bukan pilihan hatinya? Along boleh saja kahwin dengan pilihan hatinya.Kenapa tidak Hanisa?

Kenapa Hanisa kena hidup dengan orang yang dia tidak kenal? Ops..! Sorry.Dia 'tersangat' kenal dengan bakal suaminya itu.Kenapa kena dia?Dalam banyak-banyak orang dalam dunia ni,kenapa mamat tu juga yang jadi jodoh aku?

*Flashback*
Pn.Daria memasuki bilik anak daranya itu.Wajah Hanisa hanya sayu.Mungkin runsing memikirkan masa depannya.

"Hani.."Panggilan Pn.Daria menyedarkan Hani dari lamunannya.

"Eh? Ummi.."Hanisa memang tak sedar kehadiran Pn.Daria.

"Hani runsing ye? Ummi faham.Dulu ummi pun macam Hani.Waktu nak kahwin dengan ayah,Ummi rasa macam nak lari dari rumah je.Tapi,ummi fikir pasal maruah Nekwan dengan Tokwan.Jadi,ummi terima je lah ayah.Tak sangka pula kami berdua memang dah dijodohkan"Pn.Daria rasa,inilah masa yang sesuai untuk dia memberi nasihat tentang perkahwinan kepada anak daranya.

"Ummi..Hani rasa..Hani setuju.Semua ni sebab PakCik Aman.Walaupun,Hani tak kenal pun dia tu siapa.Tapi,kalau lelaki tu dah jodoh Hani,Hani terima je"Kata-kata membuatkan Pn.Daria mengucap syukur.Terbuka juga hati anak daranya itu.

"Ummi bangga dapat anak macam Hani.Kuat semangat.Oklah.Ummi nak keluar dah ni"Pn.Daria mengatur langkah ke arah pintu bilik Hanisa.

"Ibu.."

"Ye?"Pn.Daria berpaling apabila Hanisa memanggilnya.

"Siapa nama bakal suami Hani?"Hanisa juga ingin tahu siapa gerangan manusia yang bakal menempuh hidup bersamanya.

Pn.Daria tersenyum

"Nama dia..Muhd Arman Shahziell"Pn.Daria terus keluar dari bilik itu.
*End Flashback*

What?! How a small world! Huhu.Sekarang menyesal pula kerana setuju tadi.Takkan lah Hanisa bakal menjadi isteri kepada insan yang bernama Muhd Arman Shahziell!

Sebut nama je,dah naik meluat dah.Ieee!!!
«»«»«»»«»««»«»«»»»

Mereka berdua sebulat suara tidak mahu bertunang.Katanya,buang duit sahaja.Dan...mereka juga membuat keputusan mahu berjumpa pada hari pernikahan sahaja.

Tiba-tiba telefon Hanisa berbunyi menandakan ada sms masuk.

"Hani! Kenapa tak bagitahu abang Hani nak kahwin?"-Adam.

Hani naik meluat membaca mesej itu.Sejak hari Adam meluahkan perasaan terhadapnya,dia sudah mula membenci Adam.Nak balas ke tak ehh? Hmm..balas je lah.Biar dia rasa!

"Abang Adam,Hani nak kahwin dah"-Hani

"Hani lupa ke pada janji kita?"-Adam

"Janji?"-Hani

"Kita dah janji nak kahwin kan sayang?"-Adam.

"Hani tak pernah janji nak kahwin dengan abang.Abang yang berjanji.Bukan Hani"-Hani.

"Hani..abang sayang Hani.Hani kahwin lah dengan abang"-Adam.

"Too late"-Hani.

Hanisa terus menutup telefonnya.Sakit hati pula bermesej dengan orang gila.Iee!!

Tiba-tiba telefon Hanisa berdering.Hanisa melihat nama yang tertera.Cepat-cepat dia menekan punat merah.Orang gila call,siapa yang nak angkat?

Telefon itu berdering tanpa henti.Tiba-tiba telefon itu berhenti berdering.Aikk? Pandai pon diam.Habis kredit la tu.Hahaha.

Telefon Hanisa berdering lagi.Kini,Hanisa betul-betul geram.Dia menekan punat hijau tanpa melihat nama pemanggil.

"Abang nak apa lagi?!!"Jerit Hanisa sekuat mungkin.Kemarahannya tak dapat dibendung lagi.

"Woi! Aku tahu lah suara aku ni hampir sikit je nak dekat dengan lelaki,tapi jangan lah panggil aku abang!"marah suara di sebelah sana.Eh? Adam tukar suara juga ke?

Perlahan-lahan Hanisa melihat nama yang tertera di skrin.Hanisa tersengih.

"Hehe.Sorry beb.Aku ingat sepupu aku tadi"Rasa bersalah pula marah Adriana macam tu.Maafkan aku minah!

"Ha? Sepupu kau? Kenapa dengan dia? Marah betul kau dekat dia?"Hanisa mengeluh.Dia memang tak boleh sorok apa-apa dari Adriana.Adriana dah macam ada sixth sense dengan Hanisa.

"Dia..dia marah bila tahu aku nak kahwin"Perlahan sahaja suara Hanisa.Adriana lah satu-satunya kawan baik yang dia boleh cerita masalah.

"Kenapa dia nak marah pula? Kau girlfriend dia ke?"Adriana pula dah jadi polis part-time.

"Dia suka aku.."

"What?!"Jeritan Adriana membuatkan Hanisa menjauhkan telefon dari telinganya.Taulah terkejut.Tapi,tak payah lah over sangat.

"Kau ni!Sakit telinga aku!"Hanisa hanya mampu membebel.

"Sorry.Habis tu kau pun suka dia ke?"Soalan Adriana tu macam nak kene penampar.Memang tak lah aku nak suka dia!

"Kau gila ke? Karang Si Mamat Jiwa tu terajang aku karang"Tanpa Hanisa sedar dia hampir mengaku yang Shahziell itu suaminya.

"Kau suka Ziell ehh?"Adriana serkap jarang.Hanisa dah menggelabah.Alamak!Mulut! Kenapa laju sangat?!

"Iee! Memang tak ahh! Dah lah aku nak tolong mak aku kat dapur"Adrina ketawa.Macam tak tau Hanisa menggelabah.

Selepas memutuskan talian,Hanisa berfikir.Kenapa aku cakap Ziell akan terajang aku? Aku suka dia ke? Hish! Mengarut betul.Aku terima dia bukan maknanya aku suka dia!
«»«»«»«»«»«»»»»»«»

Adam makin gelisah apabila tahu Hanisa bakal bernikah.Ni tak boleh jadi!Tiba-tiba mata Adam tertacap pada seorang gadis muda.Macam budak baru.Jom test nak? Emosinya tentang Hanisa tiba-tiba melayang.

Dia berjalan ke arah pelajar kecil itu.Dia mengekori sahaja pelajar itu.Muka dah lah macam mat salleh.Geram! Rambut pelajar yang panjang mengurai itu diusap sedikit.

Amna segera pusing belakang apabila rasa rambutnya diusik oleh seseorang.Siapa ni?!

"Awak ni siapa?"tanya Amna sambil menjauhkan dirinya dari Adam.

Adam hanya tersengih dia mendekati Amna perlahan-lahan.Amna juga berjalan mengundur.Siapa dia ni? Kenapa dia ikut Amna?

Tiba-tiba kaki Amna dah tak boleh berganjak ke belakang.Dia di jalan mati! Sekarang Amna sedang bersandar di dinding.Adam semakin menghampiri.Amna resah.Die segera lari dari situ.Tapi,malangnya tubuhnya yang kecil itu sangat mudah ditarik oleh Adam.

"Lepaslah! Kau ni siapa?!"Jerit Amna sekuat hati.Dia tak gunakan kesopanan yang dia ada.

"Diam! Kalau kau nak selamat,baik kau diam"gertak Adam.Amna sudah takut.Kenapa perkara sebegini berlaku kepada dirinya? Tak sampai 2 minggu dia di sini,dia sudah menempuh dugaan.Ya Allah,Tolong lah aku!Abah!Abang! Tolong Amna!

Muka Adam seici lagi mahu dekat dengan wajah Amna.Tiba-tiba,belakang Adam ditarik oleh seseorang.Seorang lelaki muda yang juga sebaya dengan Amna.Dia menumbuk muka Adam.

"Abang Adam ni tak pernah berubah kan?! Ada saja gadis-gadis yang abang nak jadikan mangsa!Abang Adam patut bersyukur yang Iman tak beritahu Mak Lang dengan Pak Lang pasal perangai Abang ni! Jadi proff pun tak guna kalau tak ada otak!"Segera Iman menarik tangan Amna dan membawanya jauh dari Adam.

Adam yang terduduk mengelap hujung bibirnya yang berdarah akibat tumbukan padu Iman tadi.

Saya pulak yang sakit hati dengan Adam ni.Hehe.Harap enjoy my story.Teruskan membaca!

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now