Chapter 16

8.5K 362 2
                                    

"Assalamualaikum.."Kedengaran suara garau yang amat dikenali oleh Amna.

"Waalaikumussalam! Tunggu sekejap"Amna berlari untuk menggapai kunci rumahnya.Rumahnya memang selalu berkunci.

"Haa..buka pun.Ingat tak nak bagi Abang dengan Kak Hani masuk"Amna hanya tersengih.Abang Ziell ni main sindir-sindir pula.Hanisa hanya tersenyum.Malas nak balas cakap Shahziell hari ini.

"Memang pun.Ikutkan hati jahat Amna,Amna bagi Kak Hani je masuk.Abang duduk luar"Amna terus berlari ke arah ibunya apabila Shahziell seperti mahu mencekiknya.Bahagia pula tengok mereka berdua ni.Ehh? Hanisa pula yang bahagia?

"Hani..Hari ni kamu duduk dekat bilik Ziell tau.Bilik Ziell dekat atas bahagian kanan"Pn.Husna memberi direction kepada Hanisa.Yelah,first time masuk rumah family kedua.Karang tak tahu,boleh sesat dalam rumah sendiri.Hehe.Mengarutlah kalau rumah sederhana ni pun boleh sesat.

"Abang ni angkatlah barang Kak Hani.Kesian dekat Kak Hani"Shahziell memandang Amna lalu beralih kepada Hanisa.Kesian? Kesian apanya? Yang bawa kereta,aku,Yang tak tidur tadi,aku,Yang tak makan dalam kereta tadi,aku.

Hanisa dah rasa nak gelak kemenangan dah.Tapi,dia berlakonlah sikit.Tak nak lah nampak sangat terujanya melihat Shahziell bakal mengangkat beg bajunya.

"Ehh,tak payahlah.Kesian dekat abang.Dah drive jauh-jauh.Biarlah Kak Hani bawa sendiri"Amna mencebik.Shahziell sudah pun menjelir lidah kepada Amna.Tiba-tiba,rasa menyesal pula buat baik tadi.Nak tarik balik boleh tak?

Mereka berdua mendaki tangga bersama-sama.Sampai di bilik,mereka meletakkan beg masing-masing.Masa itu digunakan oleh Hanisa untuk membelek bilik 'bujang' Shahziell.Hurm..not bad.Kemas je semua benda.Nasib baik Shahziell bukan macam Iman dan Along yang memang tak reti jaga bilik.

"Pandai juga kau jaga bilik ehh? Ingatkan pemalas juga"Shahziell tersenyum sinis + bangga.Ok macam mana yang panggil tu? Senyum Singga?

"Kau ingat aku ni macam binatang dekat Zoo ke? Tak reti jaga kebersihan?"Hanisa memutarkan bola matanya ke atas.Dah start dah dia punya bangga diri.Ni yang buat Hanisa malas nak puji lebih-lebih.Bunyi azan maghrib nyaring kedengaran.Shahziell mengatur langkah ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.

Hanisa pula mengemas baju-bajunya sementara Shahziell solat maghrib.

Hanisa mula melangkah keluar dari bilik.Bosan pula mengadap muka Shahziell je.

"Nak pergi mana tu?"Shahziell menduga Hanisa.Setelah solat,Shahziell baru mahu berbual dengan Hanisa.Tapi,pergerakan Hanisa mematahkan semangatnya.

"Nak pergi usha mamat-mamat dekat luar.Kut-kut ada yang terkenan di hati"Sengaja Hanisa berkata sebegitu.Muka Shahziell yang sudah berubah itu sudah cukup membuktikan yang Shahziell cemburu.Tahu cemburu rupanya Mr.A ni..Hahahahhahaha.

Kaki Hanisa terus melangkah tanpa mempedulikan muka Shahziell yang dah masam mencuka.Cuka pun tak semasam wajahnya.Kau uji aku ye Hani? Kau tunggulah..

Hanisa terlihat ibu mengaji di biliknya bersama Amna.Tiba-tiba,Hani terkenangkan kenangannya ketika belajar mengaji dengan ummi dan ayah.Setiap butir huruf diajar dengan penuh kasih sayang.Rindunya waktu mengaji sama-sama dulu.Sekarang ni,dah jarang sangat mengaji sama-sama.Semua anak-anak dah besar.Dah bekerjaya.Mana lah ada waktu nak belajar mengaji sama-sama ni?

Shahziell terlihat isterinya berdiri tegak sambil melihat ke suatu arah.Dia pun menjenguk ke arah yang dipandang isterinya.Shahziell hanya tersenyum melihat Hanisa berminat mempelajari ilmu agama Islam ini.Yelah,remaja sekarang kurang mendekatkan diri dengan Islam.

"Nanti kita try mengaji macam tu sama-sama.Kau nak?"Hanisa memandang wajah Shahziell seakan tidak percaya.Biar betul ni? Hanisa tak pernah menyangka yang Shahziell mahu menawarkan diri mengaji bersama dirinya.

"Nak..tapi aku punya tajwid bukannya betul sangat pun"Itulah sifat Hanisa yang paling Shahziell tahu sejak sekolah lagi.Hanisa ialah seorang yang tak malu memberitahu sesuatu perkara tentang kekurangannya. Walau apapun yang dia lemah,dia akan mengakuinya.Dia bukannya bodoh sombong.

"Tak apa.Kita belajar la sama-sama.Ayahkan imam kampung.Bolehlah ajar"Hanisa tersenyum.Dia amat bersyukur memiliki suami yang alim dan taat pada perintah Allah seperti Shahziell.Hanisa tahu Shahziell seorang yang fasih mengaji.Tapi dia tak pernah dengar pula.

»«»«»«»«»«»

Alhamdulillah..segala-galanya dah selesai.Majlis menyambut tetamu,disambut dengan meriah.Walaupun tak lah grand macam orang lain,tetapi terlalu sempurna untuk Hanisa.

Hanisa melangkah longlai ke biliknya.Badannya tak tertampung letih hari ni.Ngantuknya!!!
Selesai mandi,Hanisa terus merebahkan dirinya di katil.Wah!Nikmatnya! Segala penat lelah Hanisa dah mula hilang.Lenguh di badannya ini ibarat macam angkat satu lori beras tau!Tanpa Hanisa sedari,matanya mula tertutup.

Shahziell baru sahaja mahu melangkah naik ke biliknya.Dia juga rasa perkara yang sama seperti Hanisa.Tiba-tiba ada suara menegurnya.

"Hai Ziell!"seorang wanita muda yang berusia seakan Shahziell berdiri di hadapannya.Lisa?! Apa dia buat dekat sini? Nak hancurkan majlis aku ke?

"Kau nak apa?"Shahziell membalas dengan sinis.Tak sangka Lisa sanggup lagi tunjuk muka dekat sini.Huh!

"Ala U ni,I nak jumpa U la.Mana wife U,I nak jumpa dia"Lisa masih lagi dengan gediknya.Dengan baju kebaya berwarna merah terang,Kasut tumit tinggi setinggi-tingginya.Tak ikut tema betul Lisa ni.Orang tema putih,pakailah putih!

"Nak buat apa jumpa dia?Kau jangan ingat nak kacau dia,Aku tahu..Siap kau!"Gertak Shahziell sebelum melangkah ke tingkat atas.Hatinya panas berhadapan dengan perempuan tak cukup kain itu.

Lisa hanya mencebik.Hanya matanya yang menemani bayang-bayang Shahziell yang mula hilang itu.

"Kau sombong dengan aku ye Ziell?Kau tunggulah nanti..Kau takkan dapat rasa erti bahagia dengan isteri kau!"Hati jahat Lisa mula memainkan peranan.Sakit di hati Lisa masih tidak hilang bila tahu Shahziell dah berkahwin! No! Kaki Lisa terus melangkah pergi ke tempat lain.

»«»«»«»«»«»«»

Apabila pintu dibuka,Shahziell melihat sesusuk tubuh yang sedang tidur berpalingnya.Sebuah senyuman terbentuk di bibir nipis Shahziell.Kesian Hani..penat sangatlah tu.

Shahziell menggapai tualanya yang tersangkut di penyangkut lalu masuk ke dalam bilik mandi.Badannya yang memang panas,bertambah panas apabila mengenangkan pertembungannya dengan Lisa tadi.

Shahziell melabuhkan punggungnya di katil bersebelahan dengan Hanisa apabila dia selesai membersihkan diri.Shahziell merenung Hanisa.Tenang sahaja wajah Hanisa ketika ini.Tiada riak marah,riak geram yang sangat comel bagi Shahziell.Tangan Shahziell mula menyentuh pipi Hanisa.Rambut Hanisa yang sedikit jatuh ke depan,dibetulkan.Terima kasih sudi terima aku Hani..

Tiba-tiba Shahziell teringat akan Lisa.Memori tentang pertunangan yang tak kesampaiannya.Sakit di hati masih lagi berparut.

*Flashback*
Shahziell berasa resah apabila hari ini merupakan hari dia bakal menjadi tunang orang.Apabila majlis mahu dimulakan,Lisa sudah pun duduk di pelamin yang disediakan.

Apabila masa untuk ibu pihak lelaki menyarungkan cincin,Terdapat suara garau yang tak dikenali.

"Lisa! Jangan bertunang dengan dia! I still love you!"Shahziell tergamam apabila melihat seorang lelaki yang berbadan tegap memotong majlis itu.

Lisa pula terkedu.Kakinya segera turun dari pelamin itu,Tindakannya membuatkan semua orang di dalam rumah itu,memandang drama itu.Lisa memeluk lelaki yang melarangnya bertunang dengan Lisa.

Hati Shahziell mula menggelegak.Siapa lelaki ni? Kenapa dia kacau majlis tunang ni?

"I'm sorry,Ziell.He is my boyfriend.I love him.I'm so sorry,Ziell.I nak batalkan pertunangan ni!"Hati Shahziell mula retak.Otaknya kusut.Setelah penat lelah dia mencari duit untuk menyediakan hantaran dan majlis ini,seorang wanita merangkap sepupunya menghancurkan segala-galanya hanya dengan satu ayat.
*End Flashback*

Sejak itu, Shahziell mula berdendam dengan Lisa.Disebabkan Lisa,Shahziell dan keluarga mendapat malu.Disebabkan insan bernama Lisa,Arwah abah menghidap serangan jantung! Lisa Imelda Rose,Aku benci kau!

Hai,hari ini saya nak kutuk Lisa pula.Muahahah *gelak jahat* Jangan lupa voted and keep read!

Saya sayang awak Cikgu!Onde histórias criam vida. Descubra agora