Chapter 24

8.2K 337 1
                                    

Sudah hampir 2 bulan Hanisa menjadi guru di Smk Bukit Hijau ini.Dia amat bersyukur kerana murid-murid di sini menghormatinya.Pelajar-pelajar di sini suka bergurau dengan Hanisa terutama pelajar lelaki.Mungkin kerana mereka masih lagi diketegori remaja.Lagipun,guru-guru di sini kebanyakannya sudah berumur.Yang masih lagi fresh ialah Hanisa,Adriana,Ima,Shahziell dan juga Sufi.

Alhamdulillah..sepanjang perkahwinan antara Hanisa dan Shahziell,tiada masalah serius yang berlaku.Semuanya hanya perkara kecil.Sikap mereka berdua yang matang membuatkan tiada masalah yang meeunsingkan hubungan mereka.Dan...yes.Tiada seorang pun yang meluahkan perasaan masing-masing.

"Woi! Termenung je.Aku tanya pun tak jawab"Tersentak Hanisa mendengar teguran yang amat 'berhemah' dari Shahziell.Shahziell ni macam orang sakit tau,setiap masa kerja dia nak marah orang je.Boleh sakit jiwa duduk satu rumah dengan dia.

"Kau tanya apa?"Hanisa terus straight to the point.Malas nak masuk simpang sana,simpang sini.

"Kau ada plan mana-mana ke cuti sekolah ni?"Hanisa mula berfikir.Plan? Ouh ye,cuti sekolah dah start.Biasanya pelajar cuti,cikgu kerja.Tapi,nasib baik cuti 2 minggu.So,seminggu ni kerja.Minggu depan Holiday!! Hooray!

"Aku ingat nak balik Kedah.Pergi rumah Nekwan.Kau pula?"Giliran Shahziell pula memberikan alasan.Sejujur-jujurnya,Shahziell ingat nak ajak Hanisa pergi holiday ataupun lebih kepada honeymoon.Tapi,kalau Hanisa nak balik Kedah..

"Aku ikut kau balik Kedah lah.Lagipun aku tak ada plan apa-apa"Itulah keputusannya.Pasti dia akan menemani Hanisa.Tak mungkin Shahziell akan membiarkan Hanisa memandu berseorangan ke Kedah.

"Great! So,minggu ni kerja kita dah settle.Aku ingat nak pergi Kedah esok.Tapi,kena pergi awal pagi lah.Takut jem pula"Shahziell mengangguk tanda mengerti.Shahziell tak sabar nak pergi kampung di Kedah.Maklumlah,keluarganya hanya ada saudara di Kuala Lumpur dan segelintir di Pahang.Teringin juga merasai pengalaman bertemu dengan sawah padi.Tak sabarnya!
»«»«»«»«»«»«»«
Hanisa duduk di tempat pemandu sambil melihat pemandangan di luar.Sakit hatinya dengan Shahziell tadi masih bersisa.Rasa macam nak tumbuk-tumbuk muka Shahziell macam tumbuk punch bag! Huh.

Mata Shahziell melirik ke arah Hanisa.Dia mengeluh perlahan.Hanisa merajuk lagi lah tu.Susah betul nak pujuk Hanisa ni.

"Ala..Hani.Kau marah lagi ke?Janganlah marah dekat aku lagi.Aku tak nak kau drive.Nanti kau penat.Dah lah Kedah ni jauh"Bagi Shahziell,tindakannya betul untuk kebaikan Hanisa.Tapi,Hanisa tak mengerti niat murninya.

"Aku nak drive je kut.Tapi,kau yang tak kasi.So,balasannya aku tak nak cakap dengan kau sampailah kita sampai,baru aku bercakap"Hanisa masih lagi dengan pendiriannya.Siapa suruh kau tak kasi aku drive? Amik kau!

Shahziell mengeluh.Susah betul Hanisa ni.Memang betullah dia ni memang hati kering.Hati batu.Macam mana nak pujuk ni? Tiba-tiba Shahziell mendapat akal.Hehe.Sengihan nakal melebar di wajahnya.Tunggu ehh Hanisa.

"Weh,aku mengantuk lah.Kau boraklah dengan aku..Huarghh!!"Hanisa masih lagi buat tak tahu.Malas nak ambil tahu pasal Shahziell.

Ready Hani? I Hope you will enjoy this trip!

Dengan pantas,Shahziell memusingkan stereng kereta ke kiri dan kanan.Nasib baik ketika itu,jalan lengang.Memanglah,dah nama pun awal pagi,memang tak ada kereta.

Hanisa mula terkejut.Dia panik.Memanglah panik kalau kereta ni dah tak terkawal! Segera Hanisa memegang tangan Shahziell erat.

"Ziell!!!"Shahziell berhenti menggerakkan stereng kereta itu.Ketawanya disembunyikan.Kelakar betul muka Hanisa takut macam tu.

"Hish! Kau ni bawa elok-elok boleh tak? Kalau kau nak arwah cepat,kau bawa lah sorang.Jangan tarik aku sekali.Aku tak nak arwah lagi.Tak cukup lagi aku nak kumpul pahala.okay?!"Geram betul dengan Shahziell ni.Ada ke main-main? Kalau betul-betul tadi macam mana? Tangannya yang memegang lengan Shahziell dicubit dengan kekuatan tenaganya.Sakit hati tak dapat dibendung lagi.

Shahziell meraung kesakitan.Memang sakitlah kalau dia cubit macam nak bunuh.Kalau cubit-cubit manja,tak apalah juga.

"Ok.Sorry.Aku main-main je lah.Kau janganlah marah.Aku nak dengar suara kau"Lembut suara Shahziell berkata.Gulp! Hampir mencair! Jangan!

"Fine! Jangan buat macam tu lagi.Kalau aku sakit jantung tadi macam mana?"Hati Hanisa mula melembut.Mungkin sedikit cair dengan suara lembut Shahziell.

"Baiklah cik puan sayang.."Tanpa Shahziell sedari dia hampir membongkarkan rahsia yang disimpan rapi itu.

Sayang?! Hani behave.Dia just cakap sayang je pun.Itu pun kau nak panik ke?

»«»«»«»«»«»«««
Sampai sahaja di hadapan sebuah rumah kayu yang bertemakan kampung,Hanisa terus turun dari kereta.Excited gila nak jumpa Nekwan.Suami dekat sebelah pun dia tak kisah.Fikirannya hanya Nekwan!

"Assalamualaikum Nekwan!"Hanisa berlari menyalami nenek kesayangannya itu.Tangannya memeluk orang tua itu dengan erat.Rindunya pada Nekwan tak dapat ditahan lagi.

"Waalaikumussalam..Hani? Kenapa peluk Nekwan kuat sangat ni?"Nekwan pula sudah pelik dengan sikap cucu perempuannya.Sejak dah kahwin ni pelik je.

"Hani ni suka sangat nak jumpa Nekwan.Rindu katanya.Ziell pun tak boleh buat apa dah"Shahziell berjalan masuk ke dalam rumah sambil membawa beg pakaian mereka.Kalau tunggu Hanisa? Huh,sampai malam nanti pun belum tentu diambilnya.

"Lah..cakaplah rindu.Nekwan ingatkan apa lah tadi.Nekwan pun rindu kamu juga Hani"Nekwan menggosok-gosok belakang cucunya.Memang tak dinafikan,dia pun rindu akan satu-satunya cucu perempuannya.

"Sayang Nekwan!"Hanisa segera mencium pipi Nekwan.Shahziell hanya melihat dari jauh.Alangkah baiknya kalau tempat Nekwan diganti dengan Shahziell.Setiap hari pasti Hanisa akan merinduinya.Tetapi macam mana? Hanisa mesti tak ada perasaan cinta kepada Shahziell.Hurm..Hah! I got an idea! Hani..welcome to my 'catch your love' plan..
»«»«»«»«»«»«»«
Selesai makan tengahari,Hanisa merancang untuk pusing-pusing di kampung.Dah lama tak jenguk orang dekat sini.And..guess what? Shahziell MESTILAH ikut sekali.Dia tak bagi Hanisa pergi sendiri.Huh! Caring SANGAT.

"Hani! Cepatlah dah lama saya tunggu ni!"Ops! Jangan terkejut dengan panggilan itu dah bertukar.Actually diorang akan panggil saya-awak bila depan family je.So,family tak lah syak something wrong kan?

"Kejaplah! Baru je nak belek tudung ni"Eh eh eh? Mamat ni? Kampung nenek aku suka hati aku lah.Kau pula yang lebih excited dah kenapa?

Hanisa keluar dari rumah dengan memakai baju t-shirt hijau bersama seluar trek yang ada jalur hijau di tepi dan disertakan dengan tudung hitam.Bagi Hanisa,itulah pakaian biasanya ketika mahu berjalan-jalan di kampung Nekwan.

Shahziell memandang Hanisa tanpa berkelip.Pemandangan di hadapannya ini sangat indah.Lawanya isteri aku ni..

Hanisa mengerutkan dahinya.Mamat ni tenung aku kenapa? Muka aku ade bedak tak rata ke?Segera Hanisa menyapu mukanya dengan tangan.

"Dah kenapa kau tengok aku macam nak telan je ni?"Shahziell bagaikan baru tersedar dari lamunan.

"Hani..kau cantik sangat"Meremang bulu roma Hanisa.Ziell ni dah kenapa? Janganlah bagi aku melting!

Suara Shahziell yang romantis itu membuatkan Hanisa bagaikan ada di awangan.Shahziell juga tak sangka dia beritahu apa yang dia rasa.Kalau tidak,pasti dia hanya bermonolog di dalam hati.

"Err..jomlah gerak.By the way,thanks"Hanisa terus duduk di bahagian pembonceng.Malunya tak dapat di tanggung lagi.Ziell!! Kau buat aku nak pengsan!

Hai SSAC readers! Chapter hari ni nak bagi sweet cikit.X tau lah jadi ke tak sweet tu.Hehe.Hope you guys enjoy! Keep read and vote! Nak comment? Amat dialu-alukan.Tapi,yang positif ye? Hahha.XOXO

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now