Chapter 13

8.8K 316 7
                                    

Mata Hanisa dibuka perlahan-lahan.Hurm..dah sampai ke ni? Mata Hanisa memandang sekeliling.Anak matanya melirik ke arah muka Shahziell yang sedang tidur menghadapnya.

Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir mungil Hanisa.Tak sangka,dia bakal jadi suami kepada manusia yang paling dia benci.Ehh? Bukan benci.Cuma tak suka sikit je.Dari sekolah lagi Hanisa mula benci akan Shahziell,tapi kawan-kawannya dulu selalu berkata."kalau benci nanti sayang".Disebabkan itu,Hanisa sedaya upaya membuang sedikit rasa benci kepada Shahziell.

Hanisa merenung wajah Shahziell.Wajah ini yang bakal menyerikan hidupnya.Wajah ini yang bakal melindunginya jika ada bahaya.Terima kasih Shahziell..

Hanisa menilik wajah Shahziell yang masih lena tidur itu.Kulit dah la putih.Hanisa pun pelik,sewaktu sekolah,Shahziell taklah putih macam sekarang.Mata dia redup je.Hidung dia mancung macam Shah Rukh Khan!'Bibir dah la pink macam orang Korea!.Dari manalah kau berasal ni Ziell?

Tiba-tiba,kedengaran bunyi alarm waktu azan Hanisa.Hanisa melihat skrin telefonnya.Dah masuk waktu asar.Nak kejut Ziell ke tak nak? Hanisa tak apa.Dia ABC.Hmm..kejutlah.Karang aku pula dapat dosa tak kejut laki aku solat.

"Ziell...Ziell.."Hanisa mendekatkan mukanya dengan Shahziell.Tangannya mengoncang bahu Shahziell dengan perlahan.

Shahziell masih tak mahu bangun.Hanisa yang berasa geram,berganjak sedikit untuk ke tempat duduk pemandu.Kau tak nak bangun ye? Siap kau!

Ketika Hanisa mahu menggeletek Shahziell,kakinya tersadung dari bawah seat kerusi.Dengan sesaat sahaja,bibir Hanisa melekat di bibir Shahziell.Dan..malangnya,seketika itu jugalah,Shahziell tersedar.Mata mereka berdua bertentangan.Ada satu perasaan yang hadir dalam jiwa mereka.Namun,mereka tak dapat nak terangkan rasanya.

Hanisa yang panik terus menolak bidang dada Shahziell dan menjauhkan dirinya.Hanisa terus memandang ke hadapan.Tak pasal-pasal adegan panas berlaku tadi.Malu! Malu!

Shahziell juga tak dapat nak menggambarkan perasaannya.Dia juga terkejut apabila Hanisa menciumnya.Adakah perasaan cinta mula berputik?

"Err..ermm..sorry.Tak sengaja"Hanisa memulakan perbualan dengan tergagap-gagap.Maunya tak gabra?!

Shahziell tersengih nakal melihat Hanisa resah.Senyumannya melebar melihat wajah Hanisa menahan malu.Nampak neutral betul!

Alamak! Dia sengih pula! Yana! Tolong lah aku!Hanisa rasa macam nak ambil garfu lalu mencucuk matanya biar buta.Ataupun,buat-buat pengsan ke apa.Tapi..Dah terlambat!!

"Kau kiss aku ni sebab...kau suka aku ehh?"Kenakalan Shahziel mula terserlah di situ.Senyumannya dilebarkan lagi.

"Ehh? Kau jangan nak perasan ye? Aku nak kejut kau pergi solat asar je.Tapi..kaki aku tersadung pula"Menggelabah Hanisa menyusun ayat.Tapi,Hanisa tak tipu..

"Yeke? Entah-entah,kau bagi alasan kan supaya kau boleh kiss aku?"Shahziell makin galak mengusik Hanisa.Suka hatinya melihat Hanisa menggelabah.

Timbul perasaan geram dalam hati Hanisa.Sakit hati pun ada!

"Dahlah! Tak nak percaya sudah! Cepatlah pergi solat tu!" Hanisa terus melangkah keluar sejurus selepas menghabiskan kata-katanya.Daripada aku duduk dalam kereta ni,baik aku makan ke,jalan-jalan ke.So,otak aku tak lah serabut sangat.

Shahziell hanya tersenyum.Itu je lah yang dia buat dari tadi.Senyum.Sengih.Shahziell hanya menuruti arahan Hanisa.

Dia keluar dari kereta lalu mengekori Hanisa yang tak berapa jauh ke hadapan.

Iee! Muhd Arman Shahziell! Kenapa kau buat hidup aku ni tak tenang hah?! Tak cukup lagi ke kau kacau aku kat sekolah dulu? Sekarang kau nak sambung aktiviti tak berfaedah kau tu? Heh!Jangan haraplah!

Hanisa yang dari tadi melayan perasaan hanya berjalan kosong.Ketika dia mahu melintas,terdapat kereta putih membunyikan hon keretanya kepada Hanisa.Hanisa memandang kereta putih itu tadi.Kenapa dia hon dekat aku?

Tiba-tiba,ada tangan sasa menariknya ke belakang lalu memeluknya.Hanisa keliru? Kenapa ni?

Mahu gugur jantung Shahziell melihat isterinya hampir dilanggar sabuah kereta.Hanisa ni pun satu,jalan tak tengok kiri kanan!

"Woi! Pompuan! Kau ni tak ada mata ke?! Buta ehh?!Kalau aku langgar kau,sia-sia je kau hidup" Satu suara perempuan yang sangat-sangat kurang ajar kedengaran.Wah! Minah ni! Aku tau la aku salah! Tak payah lah nak tengking aku!Kau ingat kau pakai BMW,Aku heran? Huh! Minta simpanglah wei!

Telinga Shahziell juga mahu meleleh mendengar ayat kurang sopan itu.Ikutkan yang sebetulnya,kereta tu yang bawa laju.Dia dah tahu ada orang nak melintas,tapi dia main jalan juga.

Ketika Shahziell mahu melihat gerangan makhluk Allah yang tak cukup baik tu,Namun kereta itu sudah pun berjalan semula.

"Kau ok tak? Kau ni pun sama.Kalau marah kat aku pun,jangan la sampai nak bunuh diri!" Hanisa membuat muka menyampah!

"Hei! Akal aku ni bukannya pendek sangat nak bunuh diri sebab kau!Nonsense!" Hanisa kembali melintas jalan.

Shahziell hanya menggeleng kepala.Hani..Hani..Kau tahu tak yang aku ni risaukan kau?

«»«»«»«»«»«»«»

Lisa kembali fokus membawa kereta.Hatinya masih panas dengan perempuan tadi tu! Memang buta perempuan tu agaknya! Kau tak nampak ke aku nak lalu?!

Tiba-tiba wajah Lisa berubah.

"Ehh? Kejap.Lelaki yang tarik perempuan gila tu..muka dia..muka dia macam..Ziell? Eh? Biar betul?"Lisa menjeling ke belakang,Namun,bayang-bayang lelaki dan perempuan tadi hilang.

"Pelanduk dua serupa kut.I can't believe if that man is Ziell"Lisa ketawa kecil.Tak logik!
«»«»«»«»«»«»

Shahziell hairan memandang Hanisa.Hanisa melangkah ke food court.Aik? Tak solat ke Hani ni?

Shahziell menarik tangan Hanisa dengan pantas.Hanisa pula terkejut diperlakukan sebegitu.

"Kau nak apa ni?!"Hanisa meninggikan sedikit suaranya.Baru sahaja Hanisa nak pilih-pilih makanan,dah ada orang patahkan seleranya.

"Kau tak pergi solat ke?"Lembut sahaja suara Shahziell bertanya.Hani..behave yourself! Jangan melting cepat sangat!

"Cik abang dah lupa ye? Saya kan ABC.Lupa lah tu."Hanis membalas soalan Shahziell dengan nada lembut juga.Orang lembut kat kita,kita lembut kat orang.Betul tak?

"Ouh..sorry saya lupa.Awak nak makan kan? Nanti tunggu saya tau.Saya pun lapar juga"Shahziel tersengih seketika.

"Herm..yelah.Nanti awak pandai-pandailah cari saya ye?"Hanis berbicara sebelum Shahziell menuju ke surau.

Tanpa mereka sedari,cara penggilan mereka sudah bertukar dari aku-kau.Kepada saya-awak.Hanisa berjalan lalu membeli roti.Nak beli nasi,tapi tak tahu pula Shahziell suka makan apa.Tak apalah makan je roti,alas perut.
»»»»»»»
Hai! Last update this week! Saya hanya akan update chapter hujung minggu atau pun waktu cuti.So,jumpa lagi next week? Jangan lupa teruskan baca kisah cinta Hanisa dan Shahziel ye?Bye!

Saya sayang awak Cikgu!Where stories live. Discover now