Chapter 17

8.1K 330 7
                                    

Hari ini ialah hari yang paling dinantikan oleh Hanisa.Hari di mana dia akan merasai pengalaman berdikari.Selama ni,dia berdikari juga,tapi kali ni lain sikit.Dia akan berdikari dengan suami yang 'tercinta'.

Beg mereka berdua sudah pun berada di dalam bonet kereta Audi Shahziell.Kereta Suzuki Swift Hanisa masih lagi di rumah sewanya.Nanti dia ambillah.

"Ziell..bawa kereta elok-elok.Ziell bawa Hani ni tau.Ziell bukannya bujang lagi"Ziell hanya mengangguk mengiyakan kata-kata ibunya.Pn.Husna ni memang senang risau.Nak pergi kedai seberang jalan pun,dia suruh hati-hati.Untung betul dapat ibu yang prihatin ni.

"Ibu tak payah risaulah bu.Bukan jauh pun rumah kitaorang dengan rumah ibu.Kalau Ziell bawa laju,tahulah Hani piat telinga dia.Hehe"Ziell menjeling isterinya itu.Ooo..kau nak piat telinga aku? Sebelum kau piat,aku baham kau dulu.Heh!

"Kak Hani jangan piat je.Smackdown ke,Karate ke.Tau? Abang ni bukannya nak dengar kata orang,degil!"Hanisa mengangguk laju.Memang Shahziell ni degil.Bertambah annoying pula tu! Ish ish ish..Malangnya lah isteri Ziell ni.Ehh? Akulah insan malang tu!

Setelah meminta diri,Hanisa dan Shahziell menyalami tangan Pn.Husna,seterusnya Amna.Sekarang ni,Shahziell sedang memandu menuju ke tempat yang ditunggu-tunggu oleh Hanisa.

Hanisa pun pelik kenapa dia rasa teruja gila! Mungkin sebab finally dia ada 'rumah sendiri'? Atau..sebab Hanisa akan duduk satu bumbung dengan Shahziell?Errr...

Shahziell sudah pun membeli rumah yang berdekatan dengan tempat kerjanya.Tak adalah dekat sangat.Dalam setengah jam sampailah.

Sampai sahaja di hadapan rumah 'baru' mereka,Mata Hanisa terbuntang.Dia hanya menjangka rumah itu hanyalah rumah teres di taman perumahan.Tapi....ni dah macam istana!

Dah lah bakal-bakal jiran mereka ni rumah banglo masing-masing.Ada banglo 3 tingkat,2 tingkat,bertingkat-tingkat! Rumah mereka pula rumah banglo 2 tingkat yang lebih besar dari rumah ibubapa mereka.

Shahziell hanya tersenyum kecil melihat reaksi isterinya.Seperti yang dia jangka,isterinya itu tergamam.Sengaja Shahziell membeli rumah di situ,baginya biarlah dia bagi impian isterinya tercapai.Dia ada baca dalam diari isterinya.

"Impian Hani:Nak rumah banglo,kahwin dengan anak raja,nak pergi Jannah!"

First,Nak rumah banglo.Ok sekarang Shahziell gembira dah dapat buat impian Hanisa yang pertama jadi kenyataan.Suka pula tengok mata Hanisa terbuntang macam tu.Comel!

Kedua,kahwin dengan..anak raja.Dengan dukacitanya permintaan itu tak dapat ditunaikan.Walaupun Hanisa tak dapat kahwin dengan anak raja,tapi dia dapat kahwin dengan 'prince charming'.Mana satu lagi untung?*Angkat kening*

Ketiga,nak pergi Jannah.Impian itu bakal Shahziell tunaikan.Aku janji Hani,Aku akan bawa kau menuju ke Jannah bersama-sama!

"Ziell..kau pergi beli rumah ni buat apa?"Shahziell tersentak dengan pertanyaan Hanisa.Sangkanya Hanisa suka.Tapi..macam tak suka je..

"Aku beli untuk kitalah!Kau ingat untuk apa?"Hanisa mengetap bibir.Sabar je lah dengan suami aku nih!

"Kenapa kau beli rumah ni? Kenapa kau tak beli rumah teres je? Lagipun,kita duduk berdua je.Tak ke membazir namanya tu?"Shahziell menarik nafas lega.Ingatkan Hanisa tak nak duduk sini.Senyuman akhirnya terukir di bibir.Murni sungguh hati kau Hani..

"Siapa kata kita duduk berdua je?"Jawapan Shahziell membuatkan Hanisa seram sejuk.Bulu romanya mula menegak.Iee!!'Seramnya!

"Kalau kita tak duduk berdua je...ha..habistu kita duduk dengan siapa? Takkan rumah ni ada...ada..'makhluk' lain?"Melihat muka Hanisa yang pucat lesi itu,Shahziell ketawa besar.Isterinya itu mesti imaginasi tinggi.Ada ke kata macam tu? Ish ish ish.

"Kenapa gelak? Betullah apa yang aku cakap kan? Kalau kita tak duduk berdua,kita duduk dengan siapa pula?"Hanisa mula berang.Sedap je dia gelakkan aku? Aku dah lah takut nih! Hanisa menghentakkan kakinya ke tanah tanda protes.Sakit hatinya diketawakan oleh Shahziell.Bibirnya dimuncungkan.Keningnya berkerut seribu.

Tawa Shahziell mula reda perlahan-lahan.Karang marah pula Hanisa ni.Tindakan Hanisa menghentakkan kakinya membuatkan Shahziell tersengih.Nampak macam budak-budaklah Hani ni! Comelnya lah Ya Allah!

"Maksud aku..waktu kita ada anak-anak nantilah! Bukannya pasal 'makhluk' lain"Tiba-tiba wajah Hanisa berubah menjadi merah padam.Malu pula pergi buat andaian sendiri.Malu! But wait..Shahziell kata apa tadi? Anak? Anak?! Janganlah dia buat kerja gila pula! Aku tak sedia lagi!!

Melihat Hanisa yang diam membisu itu,Shahziell mula melangkah masuk untuk merasmikan rumah baru mereka ni.Kalau tunggu Hanisa nak rasmi,subuh esok pun belum tentu dia masuk.

Hanisa segera mengekori Shahziell memasuki rumah itu,Takkan lah dia nak biar dirinya duduk dekat luar rumah.Nanti ada 'benda' tegur ke apa.Haa..macam mana?! Demam seminggu lah jawabnya.

Fuyoo!! Ni memang sebijik macam duduk rumah dato'! Besar gila rumah ni!'Harap tak sesat sudah.Shahziell melangkah ke tingkat atas untuk memeriksa bilik mereka.Hanisa hanya mengekori langkah Shahziell

Lawanya bilik ni! Ni mesti bilik Ziell sebab tu dia dah letak beg.Bilik aku yang mana ehh? Sama tak macam bilik Ziell? Harap sama lah!'Ni dah macam duduk hotel 5 bintang dah ni!

Dahi Shahziell berkerut melihat Hanisa yang masih lagi belum masuk ke bilik mereka.Kepala Hanisa masih lagi meninjau-ninjau ke arah lain.Namun,badannya sudah pun berada di muka pintu.

"Hani! Kau buat apa dekat situ? Tertengok-tengok.."Hanisa segera berpaling menghadap muka Shahziell.

"Bilik aku mana?"Soalan Hanisa membuatkan kening Shahziell terangkat kerana terkejut.Bilik? Maksudnya Hani tak nak satu bilik dengan aku ke?

"Bilik kau dekat sini lah.Sama dengan aku.Kau ingat ni drama tv ke? Suami suruh isteri duduk bilik lain? Lelaki dayus je buat macam tu kau tau?"Bibir Hanisa dicebik.Ceh!Cakaplah awal-awal.Penat je aku usha-usha bilik tadi.Aku ingatkan hidup aku ni macam dalam novel ke,suami suruh tidur bilik lain.

"Manalah tau.Maybe kau nak halau aku tidur ruang tamu pula.Mungkin kau nak try macam mana drama tv tu buat.Kau kan kaki drama"Hanisa ketawa kerana dapat mengenakan Shahziell.Jarang betul dapat kenakan Shahziell ni.Puas hati betul.Kenakan Ziell..Checked!

Shahziell hanya mampu menjeling ke arah Hanisa yang berjalan memasuki bilik.Shahziell tahu lama dah yang rahsianya terbongkar.

*Flashback*

Kelas Tingkatan 4 Neptun diarahkan untuk ke Makmal Komputer untuk kelas IT.Oleh kerana kelas 4 Neptun mempunyai bilangan pelajar yang ramai,setiap komputer akan digunakan oleh 2 pelajar.

Shahziell duduk di barisan hadapan sekali,tetapi di hadapan komputer Hanisa.Mereka berdua merupakan pelajar yang tidak mempunyai pasangan untuk berkongsi komputer.Jadi,mereka dapat komputer untuk seorang.

Pada hari itu,mereka belajar tentang membuat biodata.Contohnya
Nama:
Fav.Film:
Idol:
.........

Sewaktu mereka semua kusyuk melakukan kerja itu,mata Hanisa tertacap pada biodata Shahziell

"Nama:Muhd Arman Shahziell b.Zakir Hazman.
Fav.Film:Cinta Ibadah
Idol:Tun Dr.Mahathir"

Mahu sahaja Hanisa ketawa melihat Fav.film Shahziell.Tak sangka Mr.A ni jiwa jiwang juga!

"Tengok Cinta Ibadah.Hahhaha"Telinga Shahziell dapat menangkap suara gadis di belakangnya.Tiba-tiba,malu mula menguasai dirinya.Shahziell berpaling ke belakang.

Hanisa segera menutup mulutnya apabila tahu yang Shahziell mendengar kata-katanya.Mata Shahziell yang menjeling ke arahnya itu penuh dengan perasaan geram.Hahahah.Tahu pun malu.Hehe
*End flashback*

Hani..Hani..Rindu betul aku dengan kenangan kita dulu.Aku harap kau pun dapat ingat kenangan kita.

Hai!'Hahaha Tak sangka Mr.A yang macam kerek ni pun,kaki drama cinta juga!'Hehe.Teruskan membaca dan voted!

Saya sayang awak Cikgu!Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu