DAKG-2

34.9K 1.5K 10
                                    

Pintu kereta dibuka oleh pemuda yang duduk di tempat pemandu.
Dian keluar dari kereta dengan lagak bos besar.Kelihatan ramai konco2 ayahnya yang memakai kot serba hitam memberikan laluan untuk dia lalu.Langkahnya diatur ke pintu utama rumahnya.

"Welcome home Miss Dian,"kata konco2 ayahnya tadi.

"Hmm.."jawab Dian.

Langkahnya diatur memasuki rumah.
Kelihatan papa dan mamanya sedang asyik melayan tv.Langkahnya diatur kearah mereka.

"Amboi..Tengok tv ke dating ni?.."kata Dian sambil tersengih.Keningnya diangkat berkali-kali.Badannya dihempas ke atas sofa bersebelahan mamanya.

"Amboi kamu ni Dian..Bukan reti nak tegur elok2.Mana ada kami dating..Kalau nak dating dah lama papa bawak mama kamu ni pergi candle light dinner."kata Dato'Zikri.
Dian hanya tersengih.

"Macam mana last paper ni?Ok ke k.o?"soal Datin Serina pula.

"Okay je mama.Eleh..Kacang je.."jawab Dian sedikit riak.

"Haih la kamu ni Dian.Cara cakap macam teror sangat.Confirm boleh dapat 9A+?"soal Datin Serina.

"InshaAllah.."jawab Dian.
Dian mengambil keropok dia atas meja.Laju dia mengunyah keropok tersebut..Emm..Sedap.Ni mesti beli kat kedai runcit Pak Ali Baba hujung simpang tu.

"Papa..Kenapa diorang kumpul sini?Kenapa tak kumpul office?,"soal Dian sambil mengunyah keropok.

"Oh..Papa malas pergi office.Lagipun bukan banyak pun nak bincang.."jawab Dato' Zikri sambil tersenyum nipis.

"Kalau kantoi dekat jiran macam mana?Dengan serba hitamnya. Nampak sangat macam gangster."Dian mencekak pinggangnya sebelah kiri..Tangan kanannya setia memasukkan keropok ke dalam mulut.

"Takkan punya.Rumah kita ni jauh dari jiran.Nak pergi rumah jiran pun penat nak jalan kaki"kata Datin Serina.

Rumah mereka merupakan rumah banglo 3 tingkat yang terletak di kawasan perumahan elit.Ayahnya seorang ceo syarikat yang terkenal di Malaysia dan juga luar negara.

"Yelah..Tapi lain kali jangan buat dah.Kalau nak berkumpul pun buat kat tempat lain Nanti kantoi macam mana?Dah susah."kata Dian lagi.

"Baik Cik Dian.."Dato' Zikri mengangkat tabik lagak polis.

"Papa..Mama.."panggil Dian..Mukanya ditala kearah papa dan mamanya.

"Apa dia Dian..Nak apa?Buat muka macam tu papa tau Dian nak sesuatu..Cakap ajelah. "kata Dato' Zikri.Sudah masak dengan perangai anak bongsunya itu.

"Dian nak kerja boleh?"soal Dian sambil mengelip-ngelip matanya berkali-kali.Mahu memujuk..Papanya yang sedang mengunyah keropok tersedak.Cepat2 Datin Serina menghulurkan air.

"Nak kerja?Kerja apa Dian?Kalau nak kerja dengan papa boleh aje.Tapi Dian kecik lagi.Macam mana nak handle Black Dragon?"soal Dato' Zikri yang sudah mengerutkan dahinya itu.Sakit tekaknya kerana tersedak tadi.

"Dian tak nak lah handle Black Dragon tu.Dian nak cari kerja sambilan sementara tunggu result ni..Dian nak jadi orang biasa aja.Hidup macam orang biasa.Kerja apa2 pun Dian tak kisah."kata Dian lalu memegang tangan mamanya. Mohon supaya mamanya memahaminya.

Dia tahu susah untuk papa dan mamanya membiarkan anaknya tanpa pengawasan anak buah mereka.Tapi dia sendiri mampu melindungi dirinya daripada musuh2 papanya.

"Mama tak kisah kalau kamu nak kerja.Tapi kerja la dekat tempat yang tak jauh dari rumah tau."pesan Datin Serina yang memahami kehendak anaknya itu.Tak sanggup dia menolak permintaan anak tunggal perempuannya itu walaupun dia tahu nyawa anaknya pasti dalam bahaya.Tapi dia tak akan biarkan sahaja.Dalam diam dia akan hantar anak buahnya memerhati gerak geri anaknya.

Dian tersenyum gembira lalu memeluk mamanya.

"Thanks mama!Sayang mama sangat-sangat!"

"Amboi..Mama aje Dian sayang?Papa Dian tak sayang?"soal Dato' Zikri.Mulutnya dicebikkan.Pandai jugak orang tua ni merajuk.

"Papa kasi ke Dian kerja?"soal Dian dengan mata yang bersinar.
Dato' Zikri menganggukkan kepala.

"Yay!Kalau macam tu Dian sayang dua2!"jerit Dian riang.Papa dan mamanya dipeluk.

Mak Suri,pembantu rumah hanya tersenyum melihat gelagat mereka sekeluarga.Walaupun majikannya itu keluarga gangster,tetapi kasih sayang dalam keluarga dan kemesraan keluarga mereka tidak seperti mereka ini keluarga gangster.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now