DAKG-3

34.2K 1.2K 23
                                    

"Beb!Lama dah ke tunggu?"tegur Mia sambil menepuk kuat belakang bahu Dian.Punggungnya dilabuhkan di kerusi hadapan Dian.Dia tersengih seperti kerang busuk.

"Banyak cantik kau punya bahasa?Mana salam kau?Dah lah lambat,boleh pulak buat2 cam tak bersalah.Kau tau kan aku pantang orang tak tepati masa ni.Lagi satu dah2 lah weh senyum tu.Macam tandas yang tak pam sebulan aja gaya."bebel Dian.Sempat juga dia memerli rakan karibnya itu.Bahunya ditepuk kuat.

"Aduh!Apa ni pukul2 orang?"marah Dian.Bahunya diurut.

"Itu sebab kau perli aku.Lantak la aku nak senyum ke nak nangis ke,nak ketawa ke.Lagi satu,kau tak payah bajet sakit sangat lah.Setakat tepuk camtu je,macam kena pukul ngan kertas aja bagi kau."bebel Mia.
Dian mencebik geram.

Mia adalah satu2nya kawan yang mengetahui hal keluarganya yang merupakan gangster paling digeruni di KL ni.Mia rakannya yang paling dia percayai.Mereka sudah berkenalan hampir 9 tahun.Jadi tiada sebarang rahsia diantara mereka.Dian sungguh bersyukur kerana Mia mahu berkawan dengannya.Setahunya,jika kawannya yang lain tahu bahawa statusnya sebegini pasti tiada siapa yang mahu rapat dengannya.

"Kau kenapa ajak aku jumpa kat sini?"soal Mia.Chicken chop yang dipesan dimakan dengan lahapnya. Tak senonoh punya member.

"Aku nak kerja lah beb.Kau tak nak kerja ke?Dah seminggu kita habis exam.Nak tunggu result keluar lama lagi.Aku taknak mereput kat rumah."jelas Dian.Nasi Goreng Kampung dimakan perlahan.
Memang favourite dia la makan kat gerai Mamak Bambu ni.Makanan dia..Perghh!semua sedap2.Kalau tak makan sehari tak sah.Tapi tak tahu la pulak dia kalau2 mamak tu ada guna apa2 bagi dia gian nak makan kat situ.Lantak lah.Dia bedal aja.

"Kerja?Kau nak kerja apa Dian?Tak cukup lagi ke papa and mama kau nak tampung kau belajar?Kau nak kumpul duit buat apa?Tak payah tak payah"kata Mia tanpa pandang ke arah Dian.Khusyuk sungguh dengan chicken chop dia.

Kepala Mia diketuk dengan kotak tisu.Kuat pulak tu.

"Adoi!"Mia terkejut.Dia mengurut2 kepalanya.Dian kalau dengan kotak tisu pun pukul boleh sakit.

"Itulah..Aku cakap tak dengar betol2..Dok terhangguk-hangguk aja macam burung belatuk.Aku cakap aku bosan duduk rumah.Tak nak mereput aja kat rumah.Sebab tu aku nak kerja.Bukannya aku nak kerja sebab nak cari duit tampung aku belajar.Ada faham cik Mia?"bebel Dian.

"Oo..Aku ingat kau nak cari duit.Ehehe..Sorry.."Mia tersengih.Dian hanya mampu menggeleng kepala melihat rakannya itu.Tersengih aja kerja.Sah macam tandas tak pam sebulan!

"So,kau nak kerja apa je?"soal Mia.Dia menyambung suapannya.Kali ini telinganya dibuka besar2.Tak nak pisang berbuah dua kali.Sakit oo..

"Entah lah beb.Aku nak cari kerja tapi tak tau kat mana."jawab Dian.Pening kepalanya memikir tempat yang selamat untuk dia bekerja.Tak nak terlalu awam.Bahaya.

"Apa kata kau kerja kat butik mummy aku?Aku rasa mak aku perlukan pekerja."kata Mia.Mata Dian bersinar

"Serius?Weh..Aku nak kerja tu!"kata Dian teruja.Riak wajahnya mampu mengambarkan betapa terujanya dia ketika itu.

"Nanti aku tanya mummy aku okay?"
"Thanks beb!"
"Eleh..Member2 kan?Small matter lah"

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Motosikal Lc berwarna merah itu dipandu laju.Tiba2 sebuah kereta Lambrghini Aventador keluar dari simpang.Apa lagi.

"Srettt!!!Bamm!!"Emm..Biarkan background sound yang over tu.Dian terjatuh dari motosikalnya.Kakinya terasa sakit.Terseliuh ke?

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now