DAKG-34

19.9K 990 27
                                    

Jantung Dian berdegup kencang.Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat semua pelajar tingkatan 5 diselutuh Malaysia.Keputusan peperisaan SPM yang bakal diumumkan sebentar sahaja lagi membuatkan semua pelajar yang duduk di dalam dewan itu sudah panas punggung.Ada yang berpeluh-peluh,ada yang asyik2 pergi tandas dari tadi..

Okay,Dian bukanlah rajin nak tengok pelajar yang rajin sangat pergi tandas dari tadi.Kesimpulan pasal asyik2 pergi tandas ni sebab si Mia yang duduk di sebelahnya ini dari tadi ulang-alik ke tandas.

"Weh..Aku..Aku nak pergi tandas jap."

Okay..Ini dah masuk kali ke enam minah ni pergi tandas.

"Kau bertenang boleh tak?Tengok aku ni..Chill je.Tak ada apa yang nak dirisaukan.."kata Dian lalu memegang bahu kawannya itu.

Dia sebenarnya buat2 relax.Dalam hati,Allah saja yang tahu betapa gementarnya dia ketika itu.Tambahan pula dia datang tanpa ditemani Dato' Zikri dan Datin Serina.Danial Azim pula sudah memaklumkan semalam ketika mereka menghantar Dato' Zikri dan Datin Serina di lapangan terbang yang dia tidak dapat teman disebabkan urusan kerja di Johor.
Kecewa?Memang Dian sangat kecewa.Tak pernah2 sepanjang dia mrngambil keputusan UPSR dan PMR mereka tidak menemaninta.Kalau bukan Dato' Zikri dan Datin Serina yang menemani,pasti Danial Azim berusaha untuk meluangkan masa walaupun subuk demi menemaninya mengambil keputusan.

Tahun ini pula dia mengambil keputusan  peperiksaan besar yang menentukan masa depannya,mereka tidak dapat hadir.Sedih hatinya. Ikutkan hati mahu dia meraung dari tadi.Tapi hatinya cuba dikuatkan. Nasib baik ada Mia yang menemaninya.Ibu dan bapa Mia datang untuk mendengar pengumuman keputusan hari ini.

Fahmi?Dia awal2 pagi lagi sudah pergi ke pejabat.Ada mesyuarat katanya.Entah kenapa Dian rasa double triple kecewa bila lelaki itu tak dapat menemaninya.Dah lah mama dan papanya tak ada.Alongnya pula sibuk.Dia pun nak busy jugak!

"Aku bukan kau..Aku..Aku tak boleh lah..Nervous gila ni!"kata Mia cemas.Dia dari tadi tidak senang duduk.Padahal dia lah yang paling bersemangat tadi.Jemput Dian di rumah bukan main awal.Padahal keputusan akan diumumkan pukul 11.Mia jemput Dian pukul 9. Perjalanan dari rumah Fahmi ke sekolah mereka hanya mengambil masa 10 minit.Entah apa2 je..

"In shaa Allah keputusan kau okay..Jangan risau lah.Aku ni yang pening kepala tengok kau dari tadi ulang-alik pergi tandas.Rileks lah Mia.."Dian cuba menenangkan Mia.
Mia menarik nafas dalam sebelum menghembusnya.

"Aku takut."kata Mia membuatkan Dian menoleh ke arah Mia.

"Takut?Ya Allah..Apa2 pyn keputusan kau,kau kena terima okay..Aku tahu kau dah cuba sebaik mungkin..Jangan risau lah.In shaa Allah okay..Kau nampak tu mak ayah kau?Diorang cakap apa tadi?Tak kisah kau dapat berapa pun,diorang terima..Betul tak?Jangan risau okay?"Dia  memberikan kata2 semangat buat rakannya itu.

Sedangkan dirinya pun tidak tenang..

Mia menoleh ke arah ibu dan bapanya.Mereka tersenyum dari luar dewan.Ibu bapa tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam dewan.Hanya pelajar sahaja yang dibenarkan.

Dian tersenyum melihat mereka.

Alangkah bagusnya mama dan papa ada sekali..Hatinya berbisik sayu.

●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●

Tepat jam 11 pagi keputusan peperiksaan SPM diumumkan oleh pengetua sekolah.Seramai 35 orang mendapat straight A's dan paling tak sangka Dian dan Mia adalah salah seorang dari 35 orang tersebut.

Mia dari lepas dapat keputusan sehinggalah mereka sudah berdiri di tengah2 tapak perhimpunan bersama-sama pelajar dan ibu bapa yang menyambut kegembiraan dan kesedihan di situ,asyik terkebil-kebil.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now