DAKG-26

21.2K 954 5
                                    

New Cover!!Okay tak?😄😄

Disebabkan plan Dian dan Fahmi nak menyatukan Mia dan Amar,Dian jadi menyesal!Menyesal sebab apa?Dian dan Fahmi meminta diri untuk berjalan bersama tujuan nak bagi Mia dan Amar berduaan.

Dian pula jadi panas punggung.Dia memandang Fahmi yang duduk menghadapnya itu.Mereka sedang 'berdating' seperti apa yang Fahmi cakap dekat Mia dan Amar tadi....

"Weh!Aku nak dating dengan Dian.Korang jalan lah mana2.Amar, nanti kau hantar Mia tau!Bye2.."

Idea nak kata tak bagus,bagus.Nak kata tak bagus,ada jugak.Sebab apa?Ni dah macam parasit tau tak?Fahmi dapat keuntungan.Tapi bagi kemudaratan pada Dian.Dah lah Dian ni menyampah nak tengok muka Fahmi!Punya dia nak buat Fahmi macam tak wujud dari tadi,ni dah jadi kena ikut dia pulak!Huh!

"Kau nak apa?"soal Fahmi memecahkan kesunyian antara mereka sejak 20 minit yang lalu.

Sekarang mereka ada di restoran Tutti Frutti.Mereka duduk di tengah2.Erghh.Fahmi ni saja nak bagi diorang menonjol ke?

Paling Dian tak puas hati minah2 duduk meja sebelah dari tadi asyik ushar2 suaminya!Tahulah penampilan Fahmi ni boleh tahan mengancam iman!Pakai baju lengan panjang warna hitam campur merah2 sikit.Seluar jeans coklat,kasut kanvas hitam,rambut pulak dah sedia perang tu disikat dengan gaya apa pun author tak tahu nak cakap.😂.(stail macam dalam gambar.)

Dian rasa macam nak tumbuk aja muka minah2 tu!

Aik?Cemburu ke?

'Mana ada!Tak suka!Faham tak maksud tak suka!Bukan cemburu!'

Ada beza ke?

'Ada!'

Apa2 ajelah..

"Dian..Kau nak apa?"soal Fahmi sambil melambai-lambaikan tangan di depan muka Dian.

Dian terkejut terus memandang Fahmi.

"Hah?Apa?"soal Dian gugup.

"Aku cakap kau nak apa?Aku tolong ambilkan."kata Fahmi.

"Oh!Aku nak chocolate oreo!"jawab Dian pantas.

Fahmi bangun lalu pergi ke arah tempat mengambil aiskrim.Dan paling Dian geram salah seorang dari minah2 tak cukup saraf tadi sibuk pergi ambil sekali!

Dian tajam memerhati minah tersebut yang sengaja dekat2 dengan Fahmi.Memang nak kena baling kasut agaknya minah ni.

"Handsome gila mamat tu weh!Harap2 Sal dapat lah nombor telefon dia!"

Dian terdengar perbualan minah2 yang lain di meja makan bertentangan dengannya itu.

Dia memandang tajam minah2 yang macam tak perasan kewujudan Dian di sisi Fahmi tadi.

Apabila minah2 tadi memandang ke arahnya,pandangan membunuh di tayangkan.Apalagi,pucat terus muka minah2 tadi.

Dalam hati Dian tergelak jahat.Bukan susah nak ugut2 orang.Dia pakarlah dalam hal ni.Ni nak libas2 rambut kiri kanan nih!

Fahmi berjalan ke arah Dian dengan dua mangkuk medium di tangan.

Dian tajam meamandang Fahmi yang sedang tersenyum manis itu.Seronok lah tu sebab kena ngorat!Huh!

"Nah!Chocolate oreo."kata Fahmi lalu duduk semula ditempatnya.

Dian mengambil sudu lalu mencucuk-cucuk aiskrim tadi.Gaya macam tengah menikam!Dia memandang tajam Fahmi.Sakit sungguh hatinya.

Dia sendiri tak tahu mengapa dia rasa sebegini.Rasa..Sakit..Sakitnya tuh di sini..Di dalam hatiku..

Ya!Dian sakit hati!Sakit hati bila tengok ada perempuan lain nak rapat dengan Fahmi.Dah lebih sebulan mereka berkahwin,ini pertama kali dia rasa sebegini.

Fahmi memandang Dian pelik.

"Kenapa?"soal Fahmi pelik.Yelah..Tak ke pelik tengok orang cucuk2 aiskrim sambil pandang kita?Gaya macam nak membunuh!

"Tak ada apa!"jawab Dian geram lalu menyumbatkan aiskrim ke dalam mulutnya.Sejuk aiskrim tak dapat nak hilangkan rasa terbakar di hati Dian.

Dia mendengar ketawa sinis dari minah2 tadi.Telinga Dian sempat menangkap perbualan minah2 itu.

"Huh!Kesian mamat tu!Dapat awek cantik tapi buruk makan!"

Dian naik geram.Muka Fahmi dilihat tenang sahaja.Mustahil mamat ni tak dengar!Minah2 tu ada belakang dia je!Dian pun boleh dengar apatah lagi Fahmi!Ke dia tengah tahan gelak?

Dian makin panas hati.Huh!

Tiba2 ada orang menegur mereka. Dian mendongak melihat gerangan manusia tersebut.Hati Dian makin terbakar bila minah yang sibuk2 nak follow Fahmi tadi menegur mereka.

"Hai awak!Nak minta nombor telefon boleh?"soal minah itu gedik.Dian naik meluat tengok.Mahu aja ditonyoh muka minah gedik omputih celup ni dengan kasut flat kanvasnya ini.Biar jadi flat macam kasut ni!Tak tahu malu ke minta2 nombor?Erghh..

Dian pandang minah itu atas bawah.Rambut perang kejung,baju tak cukup kain,make-up tebal seinci.Gaya macam bukan orang Islam!Muka macam ada iras2 hindustan sikit.

"My number?You should ask my girl."jawab Fahmi lalu memandang Dian sambil tersenyum.Dian membalas pandangan itu dengan pandangan apasal.pulak.aku?

"Huh!Perempuan ni your girl ke?"soal minah tadi buat2 terkejut.Dia memandang Dian dengan pandangan mengejek.Dian naik menyampah dua puluh tiga kali ganda.

Macam dia tak tahu pulak!Saja nak bagi aku sakit hati lah tu!Okay2..Kau nak main kasar dengan aku kan?Okay..Meh aku main kasar dengan kau.

Fahmi sudah menarik senyum.Minah ni dah salah main dengan api.

"Well..miss.."

"Salmy"laju minah bernama Salmy itu menjawab.

"Well miss Salmy..I sebenarnya tak kisah kalau you nak ambil number my boy ni.Tak hadap pun.Well..Biasalah perempuan miang macam you ni jenis tak tahu malu.And my husband ni jenis tak layan perempuan jenis you ni.So,my dear..I tak kisah pun kalau you nak bagi number phone you kat perempuan miang ni.."kata Dian selamba.Ayat terakhirnya dia tujukan kepada Fahmi lalu mengukir senyum puas hati.

Wajah Salmy terus berubah masam. Dia segera meninggalkan meja mereka sambil menghentak-hentak kakinya yang menyarung heels merah itu.Bunyi?Tak usah cakap..Mahu samoai kedai hujung sana bileh dengar.Geng2nya yang lain membontoti minah tadi.

Tiba2 Fahmi ketawa.Dian mengerutkan kening.Dah kenapa?Sawan?

"My dear?How sweet!"kata Fahmi lalu sambung ketawa menampakkan lesung pipinya.

Dian terkedu.'Aku ada cakap ke tadi?Makk!!Malu!!!'

"Jealous ke?"soal Fahmi sambil menongkat dagu memandang Dian.Kening sebelahnya diangkat.

Mata Dian membulat.

"Huh!Mana ada!Tak kuasa aku nak jealous!"balas Dian.Dia menyambung semula makan aiskrimnya.Riak mukanya cuba dikawal.

'Aku?Jealous?Yeke?'

"Aku tau kau jealous.Tak nak mengaku lah tu.By the way,you so cute when jealous."kata Fahmi lalu menyambung semula makan aiskrim.Matanya tidak berhenti dari memandang Dian yang seperti cover2 itu.

'Aku tahu kau cemburu Dian..'

Muka Dian memerah bila dipuji.Ikhlas ke?

Dian curi2 memandang Fahmi. Jantungnya berdegup laju bila matanya bertembung dengan mata kelabu Fahmi.Cepat2 dia turunkan semula pandangan matanya.

'Kau ni dah kenapa Dian?'bisik hati Dian.

Dah jatuh cinta dengan dia ke?

Huh?!Tak mungkin!Gila ke apa jatuh cinta dengan si king kong ni?!Mintak simpang!

Tapi kenapa setiap kali dekat dengan Fahmi jantung dia berdegup laju?Lagi2 bila matanya bertembung dengan mata kelabu Fahmi yang seperti mengunci Dian dalam pandangan yang dalam itu.

Kenapa dia tak pernah rasa benda ni dengan Joji ke?Bobby ke?Konco2 ayah dia yang muda2 tu ke?

Huh!Whatever!Malas nak fikir.Baik makan aiskrim ni lebih bagus!Ada pekdahnya jugak!

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora