DAKG-9

23.9K 1K 4
                                    

"Your legs ni terseliuh.So,saya dah sapu ubat dan balut kaki you tak ada lah sakit sangat kaki you nanti."kata Doktor Suzanne sambil memandang Dian.Dian mengangguk perlahan.

Habis tu kau nak aku gelak?Dah lah malu gila kat doktor tu.Nanti di cop sewel pulak.Tak pasal2 masuk Hospital Bahagia.Si Fahmi ni pun satu.Beria gila call doktor.Kaki terseliuh aja pun.Lainlah kaki aku yang cantik ni patah.Malu siot Sempat jugak puji kaki tu.

"Baiklah.Kalau macam tu saya balik dulu."kata Doktor Suzanne.
"Thank you doc."
"Your welcome.Lagipun,it's my duty right?"Dia mengemas barangnya dan menyimpannya ke dalam case.Dia tersenyum lalu keluar dari bilik.
Dian membalas senyumannya. Kakinya yang dibalut dipandang.

Dia mendengus.Macam mana dia nak buat kerja nanti?Baru sehari,dah terseliuh kaki.Kalau seminggu?Mahu patah satu badan.

Tiba2 pintu dibuka dari luar.Fahmi masuk lalu menutup pintu.Di tangannya terdapat beg plastik yang diisi apa benda Dian pun tak tahu.
Dia menarik kerusi dan diletakkan bersebelahan katil.Dia duduk tegak lalu menyilangkan tangan.Beg plastik ditangannya diletak di atas meja kecil bersebelahan katil.Keningnya berkerut.

Dian yang dari tadi memerhati pergerakan majikannya itu,telan air liur.Kejadian tadi terlayar kembali.Kepalanya ditunduk.Malu untuk bertentang mata.
Aisey..Dian..Sejak bila kau jadi malu2 kucing ni..
Ish author tak payah sibuk lah!

"Macam mana boleh terseliuh?"soal Fahmi.Matanya mengisyaratkan ke arah kaki Dian kemudian mata kelabunya memandang tajam mata hazel Dian yang terkejut memandangnya.

"Err.."Dian kelu.Takkan nak cakap aku tersadung carpet berbulu dekat ruang tamu kot.Jatuh maruah aja beb..

"Er er apa?Macam mana boleh terseliuh?"soal Fahmi garang.
Dian cuak.

'Apahal mamat ni macam ada aura gangster dalam badan dia eh?Pandangan mata dia tu..Perghh..Boleh hancur berkecai tembok kegangsteran aku ni!Tajam gila!'

"Err.."belum sempat Dian nak cakap Fahmi mencelah.

"Lagi sekali aku dengar kau err err..Aku campak kau kat bawah.Nak ke?"ugutnya.Jarinya menunjukkan ke arah balkoni biliknya.

Dian panas hati.Aku belum habis cakaplah!
"Aku tak sempat habis cakap lagi kan?Aku terseliuh sebab accident semalamlah.Entah driver mana tah bawak kereta tak tengok kiri kanan.Buta agaknya.Sampai keadaan orang yang dia langgar pun boleh tak tanya.Dah lah salah.Siap suruh bayar ganti rugi lagi."setepek Dian bebel.Matanya tajam memandang Fahmi tanda tak puas hati.

Lantaklah.Kaki Dian terseliuh bukan sebab tu.Tapi takkan dia nak bagi tau kot.Malu..Gangster tersadung carpet?

Ke kau tak puas hati lagi pasal semalam Dian?Tu yang siap ungkit dari A sampai Z.

"Betul ke?Aku tak percaya.Semalam bukan main cantik lagi kaki kau tu sepak kereta aku sampai berkecai.Itu yang kau kata terseliuh?Ke kau nak aku tengok cctv?"kata Fahmi.

"One more thing.Kau tu maid aku,dan aku ni majikan kau.Apasal panggil kau-aku?Hormat sikit eh minah!Pasal ganti rugi tu memang kau kena bayar.Ganti rugi moto buruk kau tu aku boleh kasi lah.Petik jari aja!"sambung Fahmi lagi.

Dian mencebik.Poyo gila mamat ni.Ada aku kasi smack down kat sini baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.Berlagak nak mampus!Hello..aku lagi kaya dari kau okay?Aku tunjuk harta aku melopong tak tutup2 mulut tu.Bongkak nak harom..

"Tu mencebik tu kutuk aku lagi lah tu"

"Mana adalah!"

"Iyalah tu.Kau ingat aku nak percaya?"

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now