DAKG-17

20.3K 918 6
                                    

Sudah hampir dua jam mereka berjalan-jalan di The Curve.Dian rasa macam nak patah jari tangan dibuatnya.Aikk?Bukan patah jari kaki ke sebab jalan banyak sangat?

Dian rasa macam nak patah jari tangan sebab dari tadi kiri dan kanan tangannya penuh pegang beg2 barang mamat king kong ni.Belum campur penat kakinya,lapar gila nak mati,haus?Tak payah cakap!Boleh pulak si Fahmi ni beli air untuk dia sorang?Nak dekat dua jam diorang shopping!Satu titik air pun dia tak minum!Memang perit gila lah.Dengan sejuknya.

Masa dalam kereta cakap nak beli barang hantaran.Tup2 si king kong tu shopping sakan barang dia.Dian diheret dari kedai baju,lepastu kedai cermin mata,kedai kasut,kedai minyak wangi,sampai kedai pakaian dalam lelaki pun diheret jugak!Apa masalah dia dengan aku hah?!Darah Dian dah membuak-buak.Dia dah tak tahan.

"Hoi king kong!!"tengking Dian kuat.Rasa2 suaranya sampai 15 meter boleh dengar.Orang di sekeliling pandang.Ramai pula mengaku dirinya king kong.Ish3..Dian rasa simpati.

Fahmi yang jalan 2 meter di hadapannya menoleh.Keningnya terangkat.

"Kau panggil aku ke?"soalnya sengaja.Macam dia tak tahu yang Dian gelar dia 'king kong'.Sebab apa pun dia tak tahu lagi.Tak apa.Nanti dah kahwin baru dia siasat.

Dian yang disoal begitu panas hati."Eh taklah!Aku panggil tiang tu!"jawab Dian geram bercampur sakit hati.

Dia melepaskan beg2 itu ke atas lantai kemudian dia mencangkung.Dia dah tak kisah apa pandangan orang di sekeliling.Pusat beli belah kot.Gila tak besar?Dian rasa macam nak tumbang je kat situ.Pening kepalanya.Lapar gila!Dah lah tak sempat sarapan.

Kening Fahmi berkerut.Penat sangat ke?Sikit je pun..Dia melangkah ke arah Dian kemudian berhenti dihadapan Dian yang sedang mencangkung itu.Kepalanya menunduk.

"Kau kenapa mencangkung kat sini?Tak malu?"soal Fahmi separuh berbisik.Dian mendongak.Perutnya terlalu lapar.Dah lah ada gastrik.Makan lambat memang sakitlah jawabnya perut ni.

"Aku penatlah!Kenapa aku kena angkat barang2 kau pulak?Kau boleh selamba badak jalan tak pegang apa2!"marah Dian.Dian menjegilkan matanya.Kedengaran Fahmi menghembuskan nafasnya kuat.
Dia kemudiannya mencangkung di hadapan Dian.Kedudukan mereka sekarang ini adalah berhadapan antara satu sama lain,dua2 mencangkung.

"Balasan sebab kau tak tepati masa.Aku suruh kau ada depan aku sebelum maid kau hidang air kan?Tapi?Separuh cawan aku minum baru kau nak turun.Inilah balasannya.Dasar anak gajah campuran kura2 nyanyuk."kata Fahmi lalu menunjal kepala Dian.Terduduk Dian dibuatnya.

"Oih!Sakitlah!"Dian memegang dahinya sebelah tangan.Matanya tajam memandang Fahmi.Hamboiii..Sedap2 panggil aku nyanyuk?Then tunjal kepala aku yang cun ni?Dia baru nak membalas kata2 Fahmi tetapi tak jadi kerana Fahmi membuat isyarat mata.Dahi Dian berkerut.Mata Fahmi bergerak ke kiri dan kanan.Dian pun memandang ke arah mata Fahmi tunjukkan.Kelihatan orang2 di sekeliling ada yang berbisik-bisik.Ada yang menjeling,ada juga yang tersenyum-senyum.

"Dian.."panggil Fahmi dalam keadaan berbisik.Dian terus memandang Fahmi dihapannya.

"Pe?"soal Dian dalam keadaan berbisik juga.Kedudukan mereka agak rapat kerana mereka berbisik.

"Kau sedar tak yang diorang anggap kita ni couple?"soal Fahmi.

"Hah?"Dian tak faham.Apasal?

Mata Fahmi mengisyaratkan ke bawah.Dian turut pandang ke bawah.Mulutnya terus membuat bentuk O.Patutlah..Pakaian mereka sedondon.Siap pakai baju couple lagi.Hish!Apasal lah aku tak perasan?Balik nanti habislah kau baju.Aku sumbang asap kat udara lepas ni.Dan kau adalah bahan yang akan dibakar.

"So?"soal Dian.Jadi apa kena mengena couple dengan diorang?Macam tak ada kena mengena je.

Fahmi tergelak kecil."They think kau merajuk dengan aku.Dengan kau duduk macam ni.Buat muka marah.Nampak macam merajuk wahai cik Dian Amelyn."jawab Fahmi.Dian sekali lagi membuat mulut bentuk O.Okay,sekarang Dian faham kenapa diorang pandang2.

"Jadi?"soal Dian lagi.So?Nak buat apa?

Fahmi tidak menjawab malah ke menghulurkan air vanillanya kepada Dian.Dian yang tidak faham tujuan Fahmi menghulur air itu hanya mengambil air tersebut.Kemudian Fahmi bangun dan mengutip beg2 di atas lantai.Dia memegang semua beg2 itu menggunakan tangan kirinya.Sebelah lagi tangannya dihulur kepada Dian.

Dengan teragak-agak,Dian menyambut.Terasa seperti ada arus elektrik mengalir di tangannya.Pertama kali tangannya menyentuh tangan Fahmi.Rasa kekok pula dia rasa.Tak pula dia menolak bila Fahmi masih menggenggam tangannya walaupun dia sudah berdiri.Apa yang dah rasuk kau ni Dian?Boleh pulak kau nak pegang2 tangan mamat ni.

"Nothing serious guys.My girl ni merajuk sikit. .Really sorry."tiba2 Fahmi berkata kepada orang ramai.Dia menundukkan kepala tanda minta maaf dan tersenyum manis mepada mereka.Merah muka Dian dibuatnya apabila semua tersenyum-senyum memandangnya.
Memang nak kena king kong ni!Ada ke patut cakap aku ni girl dia?Agak2 kalau aku hentam bekas minuman ni kat kepala dia okay tak?

Dian terpandang sekumpulan gadis tersenyum-senyum memandang Fahmi.Fahmi pula boleh pulak membalas senyuman mereka.Apa lagi,lagi tergedik-gediklah mereka.Kemudian Fahmi menarik Dian pergi.Memang tak dinafikan Fahmi seorang yang handsome.Mana2 gadis pun boleh cair melihatnya.Pertama kali Dian tengok dia pun hati Dian yang keras macam batu ni boleh cair walaupun muka Fahmi time tu sedang marah.Tapi disebabkan mamat tu langgar dia,jangan haraplah Dian nak cair bagai.

Tetapi kenapa Dian rasa hati dia sakit bila tengok Fahmi senyum dekat perempuan2 tu?Rasa macam..tak suka tengok Fahmi senyum kat orang lain.Tak mungkinlah dia...Cemburu?

'Hish!Tak mungkin!Mustahil!Gila!Buang tabiat ke apa nak cemburu bagai?Memang tak lah aku nak cemburu!'bantah Dian
keras dalam hati.Dah gila agaknya nak cemburu.'Lantaklah mamat tu nak senyum kat siapa pun.Bukan kau tengah bercinta betul2 pun dengan dia.'

Fahmi membawanya ke foodcourt.Dian tak perasan tangannya masih digenggam Fahmi sehinggalah mereka samapai ditempat duduk yang agak jauh dari orang ramai.Fahmi memilih untuk dudk di hujung dan betul2 tepi dinding.Mereka duduk bertentangan.Beg2?Letak atas kerusi lah.Takkan nak letak atas meja?Penuh satu meja dibuatnya.

"Kau nak makan apa?"soal Fahmi.

"Jjangmyun."jawab Dian selamba.

"Atok kau!Jjangmyun mana ada kat sini."marah Fahmi.Dia menjeling Dian tajam.Dian tersengih macam kerang busuk.

"Nasi goreng kampung."kata Dian.Terus berkeroncong perutnya bila membayangkan Nasi Goreng Kampung.Memang favouritenya.
Tambah2 tengah lapar gila ni.

"Air?"soal Fahmi lagi.
"Anything tapi jangan air bersusu.Aku tak boleh."jawab Dian.Dia memang tak boleh minum air bersusu dengan keadaan yang dia tak biasa.Di rumahnya dia boleh pula minum.Dia pun tak tahu kenapa.Kalau dia minum juga ada jugak buat drama masuk tandas banyak kali.

Fahmi mengangguk kemudian bangun meninggalkan Dian.Selang beberapa minit Fahmi kembali bersama dulang yang penuh dengan makanan.Nasi Goreng Kampung di letakkan di hadapan Dian berserta air sirap ais.Fahmi kemudian meletakkan Nasi Goreng Kampung dihadapannya serta air sirap ais.Makanan mereka sama.

"Dah kenapa order sama?"soal Dian pelik.

Kening Fahmi terangkat."Aku suka nasi goreng kampung.So,aku order dua sebab kau pun nak nasi goreng kampung.Then,memandangkan kau ni sama spesies macam aku,tak boleh minum air susu,aku order air sirap untuk kita dua.Alang..Malas nak order air lain.Cepat sikit."terang Fahmi.Dian mengangguk faham.Banyak juga persamaan mereka.Dian malas nak fikir.Lebih baik dia makan.Perutnya dah buat konsert dangdut dari tadi.Kadang2 Dian curi2 pandang Fahmi.

'Kenapa papa nak sangat aku kahwin dengan kau?Kau ni siapa sebenarnya?'


Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now