DAKG-40

21.1K 834 15
                                    

Selesai sahaja breakfast,Amirul mengarah mereka menukar kepada pakaian sukan.Aktiviti apa yang akan diadakan pun dirahsiakan.Bak kata Siti Nur Haliza.Biarlah rahsia...

Dian dan Fahmi melangkah ke bilik.
Baju t-shirt Nike lengan panjang berwarna merah hati dikeluarkan bersama-sama seluar track hitam.Dia melangkah ke bilik air untuk menukar pakaian.Selesai sahaja mengikat rambut dan membasuh muka,Dian melangkah keluar.

Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan Fahmi yang hanya memakai seluar itu.Keadaan lelaki itu yang sedang duduk di atas katil diperhati atas bawah.Handsome2..

"Pandang apa?"soal Fahmi sambil tersenyum senget.Dian cepat2 mengalihkan mata memandang tempat lain.Mukanya merah.Aishh.. Kantoi.

"Cepatlah pakai baju.Nanti diorang tunggu pulak."kata Dian lalu melangkah ke arah begnya.Sunblock dikeluarkan.Cuaca kat sini nak hare panas.Patutlah mamat2 kat pangkor semua gelap2!Yelah.Dah nama pun pulau kan...

Fahmi menyarungkan t-shirt merah lengan panjang sebelum menyikat rambutnya.Dia menghulurkan tangan ke arah Dian.Dian sedikit terpinga-pinga.

"Nak apa?"soal Dian pelik.Dah kenapa hulur tangan tu?Nak kata aku ada hutang kat dia tu tak ada.Duit baiki kereta dia dah lama aku bayar.Ke ada lagi baki tertunggak?

"Nak tangan kau."jawab Fahmi masih menghulurkan tangan kirinya.Dian teragak-agak menghulurkan tangan kanannya.Genggaman Fahmi yang hangat mengalirkan satu arus yang tak dapat Dian gambarkan.Entahlah nyah nak cakap macam mana.Macam dalam novel bila hero pegang tangan tu.Ha macam tu lah rasa dia.

Fahmi memegang tangan Dian erat sehinggalah mereka tiba di lobi chalet.Yang lain2 sudah berkumpul di situ.Dian dapat menangkap mata2 kawannya yang sudah tergoda dengan penampilan lelaki di sebelahnya ini.

Walaupun hanya mengenakan baju t-shirt v-neck Nike merah lengan panjang dan seluar track hitam,dia nampak sungguh kacak.

Eh?Cop!Cop!Baju merah?Dian tunduk memandang bajunya.Eh??!!Kebetulan apakah ini?Kalau baju warna sama tak apa lagi.Ini sampai jenama pun sama?Hmm..Jodoh ni..Dian tersengih-sengih.

"Mana Danial dengan Adam?"soal Mia yang baru sahaja sampai bersama-sama Qis dan Firash itu.Terangkat kening Dian.Ewah..Itu yang dia tanya dulu?

"On the way kot."Dian menjawab sebelum matanya memandang sekeliling.Mana lah mamat dua ekor tu..

"Sorry kitorang late!"tiba2 suara Adam menerjah gegendang telinga Dian.Dia kelihatan agak termengah-mengah.Berlari agaknya..Kemudian Danial tiba di belakang Adam dengan muka relax tak macam Adam.

"Asal kau macam baru lepas marathon je gaya?"soal Mia kepada Adam. Adam tersengih menampakkan lesung pipitnya yang dalam.Mia terkedu.

"Danial siap awal tadi.Dia jalan dulu.Lepastu aku berlari lah.Itu yang aku semput ni hah."jawab Adam dengan suara yang agak termengah-mengah.Mia hanya mengangguk lalu memandang tempat lain.

"Okay semua dah ada.So..Let's go to the beach!!"jerit Amirul diikuti sorakan yang lain.Nampak bebenor excitednya.

Mereka berjalan-jalan di tepi pantai sambil bermain air.Ada yang dah terjun laut,ada yang main pasir.Ish2.. Umur dah 18,perangai macam budak2.Belum lagi tengok si Adam tu.Umur dah 23,tapi boleh pulak main belon buih?Kat mana dia cekau benda alah tu pun Dian tak tahu.

Dian duduk di atas pasir sambil menangkap beberapa keping gambar buat kenang-kenangan.

"Hai Dian."

Dian menoleh memandang gerangan si penegur yang sudah duduk disebelahnya itu.Kelihatan Megat Firdaus yang agak kacak..Okay..Agak kacak sebab apa?Sebab antara 4 orang lelaki handsome yang Mia cakap tu,si Megat Firdaus ni dapat tangga nombor 4!Yang pertama?Hmm..Of course lah Fahmi..*tonyoh hidung*.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now