BAB-49

28.2K 973 63
                                    

ASSALAMMUALAIKUM..

Hurmm..Bab terakhir before EPILOG.Saya saja usik korang..3.11 tu lama sngt!😂..

So enjoy n jgn lupa vote!😘


#####

Tangannya terketar-ketar untuk menekan kekunci di telefon bimbitnya.Dadanya berdebar laju.Dahinya dari tadi berpeluh-peluh sampaikan Fahmi disebelahnya mengambil tisu dan mengelapnya.

Dengusan kuat di sebelah membuatkan Dian menoleh.

"Apa yang susah sangat?Bukan mati pun kalau tak dapat."Fahmi berkata dalam nada geram.Mukanya terpamer riak bosan.Sudah berejam dia menemani minah di sebelahnya ini.Tapi sampai sekarang perkataan SEMAK itu tak ditekan-tekan.Nak aja dia lambung perempuan tu terjun balkoni.Tapi sayang bini woi..Wa tak sanggup..

"Ish!Aku nebes okay?Macam mana kalau tak dapat?Aku takut lah.."Dian sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.Mukanya tak usah cakap lah.Macam nak dihukum madatori pun ada mimik tu.

"Kau cuba bawak bertenang. Kalau tak dapat kan ada back up plan..So dont worry okay?Aku ada.."pujuk Fahmi sambil memeluk bahu isterinya itu.Dian rasa bagaikan ada satu semangat yang mengalir dalam badan apabila Fahmi memujuknya.

Dian memandang Fahmi lama kemudian mengangguk.Perlahan-lahan perkataan SEMAK ditekan.Baru sahaja telefon memaparkan keputusan,Dian terus tutup mata.

"Laa..Asal tutup mata?"soal Fahmi.Dia sudah tersenyum lebar.Dian yang menutup mata itu dilihat sebelum mencubit pipi gebu gadis itu.

"Takut lah..Da-dapat ke?"soal Dian seraya menunjuk ke arah handphone dengan jari telunjuknya dan masih menutup mata.Gigi diketap.

"Hmm.."Fahmi membuat nada sedih.Dian serta-merta cuak.Tak dapat?

"Tak dapat ke?"soal Dian masih menutup mata.Dia mengalihkan muka ke arah Fahmi dengan mata masih ditutup.Fahmi sembunyi senyum.

"Hmm.."

Dian terus rasa down.Riak wajahnya berubah kecewa.Matanya dibuka dengan perasaan sebak.Bukan muka Fahmi yang dia nampak,tetapi skrin telefon yang memaparkan keputusan permohonan.

Serta merta matanya membulat.

Ya Allah!Betul ke apa aku nampak?

"Nampak tak?"soal Fahmi.Bibirnya menguntum senyum gembira.Dian sudah meleleh air mata.Terus dipeluknya Fahmi erat.

"Itulah aku cakap..Tak payah nak nervous sangat..Ni nangis pulak.Habis basah baju aku."Fahmi mengusik Dian.Terus dadanya dipukul manja oleh Dian.

"Ala.Macam lah dulu dia nak shake hand dengan tok kadi tak nervous."kata Dian sambil mencebik.

"Siapa kata aku nervous?Aku rileks je.."kata Fahmi dengan muka riak dan takburnya.Dian mencubit lengan Fahmi kuat.

"Tipu!"

"Tak!"

"Tipu!"

"Tak!"

"Ish!Kau tipu...!!"

"Ish!Aku tak tipu...!!"Fahmi mengajuk cakap Dian.Lagi sekali tangannya dicubit dengan penyepit ketam Dian.

"Aduh!Sakitlah sayang..Kau nak kasi lebam ke?"adu Fahmi sambil mengerutkan dahinya.Lengannya yang dicubit digosok.Dian mencebik.

"Cubit tak kuat pun."bebel Dian perlahan.

"Kau tak sayang aku ke?"soal Fahmi sedih.Dian menelan air liur..Uish!Soalan maut tu jugak dia nak tanya!

Dian mengalihkan pandangan.Mata Fahmi yang memandangnya itu tak mampu dipandang.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now