DAKG-7

23.6K 1.1K 12
                                    

"Mia?Who Mia?"soal Fahmi.
Erkk..Kantoi lah pulak.Dian menepuk dahi.Mati lah kau Dian..Kau sendiri yang pecah rahsia.Siap suruh?
Eh??Author kot yang tulis skrip.Bukan aku!Bentak Dian.

Dian cover mukanya.Dahinya sengaja dikerutkan.
"Mia?Siapa pulak Mia Tuan?Awek Tuan ke?"soal Dian sengaja.Tak nak kantoi wehh..
Fahmi pula yang mengerutkan dahi.

"Yang kau jerit kuat gila tu apa?Mia kan?Siapa Mia?"soal Fahmi lagi tidak puas hati.Hello..Telinganya belum pekak okay..

"Eh?Mana ada lah Tuan..Tuan salah dengar ni..Saya jerit Arghh la Tuan.Bukan Mia..Hmm..By the way..Siapa Mia Tuan?"dengan muka cover habis Dian menjawab.

Fahmi pulak dah menghentak meja makan.
Dian sedikit terkejut.'Okay..Boss kau dah marah.'Dian beriak slumber.

Eleh..Sebelum ni kalau dia marah anak2 buah ayahnya bukan setakat hentak meja,terbalik meja dibuatnya.Pernah lah sampai si Joji masuk hospital gara2 hidungnya patah terkena meja penangan lambungan dia.Belum lagi cerita pasal si Bobby..Habis patah pinggangnya kena hentak dengan meja.Duduk ICU 2 mnggu jugak.

"Kau jangan nak tipu aku lah minah!Kau ingat aku ni pekak ke?Siapa Mia?Dia ada kena mengena ke dengan kari ikan kembung hijo tu?"soal Fahmi sambil bercekak pinggang.

Dian dah tak tahu nak putar,perah and kibas cerita.Terpaksalah mengaku..

"Err..Sebenarnya kari tu bukan saya yang masak..Mia,kawan saya yang masak.Dan makanan yang lain pun dia yang masak.Eh!Tapi sambal belacan tu saya yang buat!"mengaku Dian.Dia takut..Eh bukan takut kat Fahmi tau..Takut dia hilang kerja.Mana majikan tak marah kalau maid yang memang tugas dia di dapur tapi tak pandai memasak?

'Habislah kena pecat aku harini..'bisik Dian dalam hati.Kalai kena pecat dia redha..Ya..Dia redha..

"Macam mana kau bawak masuk kawan kau dalam rumah aku?Kan aku dah pesan jangan bawak masuk sesiapa pun masuk rumah aku?!"marah Fahmi lagi.Mendengarkan minah ni bawak masuk orang yang dia tak kenal ke dalam rumahnya membuatkan dia semakin bengang.

'Confirm kena pecat..Confirm..'hati Dian menangis..Mana boleh dia nangis betul2..Jatuh..Jatuh..Jatuh apa Dian?Aish!Jatuh maruah lah!

"Okay..okay!Saya mengaku!Saya cakap dekat security yang awak benarkan saya bawa masuk Mia.Sebenarnya saya tak pandai masak.So saya mintak la tolong dia masakkan..Tak sangka pulak dia pedajal saya..Eh!Chill lah boss.Bawak masuk aja pun.Bukan mai merompak."mengaku Dian.Namun,di akhir2 katanya..Weh!Rileks ah!Nak takut apa?

Fahmi yang mendengar sudah melopong 3 saat.What the?

"Kau tak pandai masak?!Habis tu kenapa tak cakap awal2?Then sesedap rasa aja kau bawak masuk kawan kau dalam rumah aku?Aku dah bagi amaran kan?Kau lupa ke?Ke kau nyanyuk?!Amnesia??!"tengking Fahmi.Geram sungguh hatinya saat ini.Mau saja digomol-gomol makhluk Allah di hadapannya itu.Namun niatnya terbantut kerana memikirkan yang dihadapannya ini adalah perempuan.

Ha..Kau tak tahu lagi Fahmi..Bila kau dah tahu nanti aku rasa kau pulak yang digomolnya.Author gelak jahat..

"Mana ada saya lupa!Saya ingat tapj saya terdesak!Saya nak kerja!Saya tak nak kena buang sebab saya tak pandai masak.Tak apa lah..Saya nak berhenti!"kata Dian.Dia sudah mahu beredar.

"Siapa suruh kau berhenti?"soal Fahmi.

Dian mengerut dahi.
"Tak ada siapa suruh saya berhenti.Saya sendiri nak berhenti."kata Dian dan ingin melangkah semula.Namun langkahnya terhenti apabila lelaki itu bersuara lagi.

"Ada aku suruh kau berhenti?Tak ada kan..Aku tak akan bagi kau berhenti.Kau tak ingat ke kereta aku tu?Kau nak bayar guna apa?"soal Fahmi sambil menyilang tangan.

Dian terdiam.Lupa pula dia tujuan asal dia jadi maid.

'Err..Habistu..Takkan aku nak mengaku aku ni anak orang kaya pulak?Nanti dia tahu identiti aku.'

"Err..Hal tu tak payah risau.Saya try cari kerja lain.Bila dapat gaji saya bank in setiap bulan."kata Dian.Hanya itu caranya.
Tapi..Ada ke kerja yang gajinya macam dia kerja di rumah ni sebagai maid?Untung dia..Kerja di sini sebagai maid.Tapi gaji..4 ribu kot!Kalahkan orang kerja kerajaan.Tujuan bossnya kasi gaji banyak tu sebab separuh duit tu diambil sebagai ganti rugi kereta Lamborghini mamat tu.
Kalau macam tu gajinya 2 ribu ajalah..Eh!Tapi tetap banyak.

"Ada ke kerja yang kasi gaji banyak macam ni untuk lepasan SPM?Aku tak bagi kau berhenti.Fulk stop!"kata Fahmi tegas.Senyuman sinis yang terukir disembunyikan.Dian dihadapan dipandang.Kelihatan gadis itu berkerut dahi memandangnya.

'Comel minah ni..Oih Fahmi!Apa yang lu merepek ni?'

"Err..Memang tak ada kerja yang akan bagi gaji macan ni dekat saya.Lebih2 lagi kerja maid.Kalau macam tu saya tak kadi berhenti.Saya terus kerja kat sini.Tapi pasal masakan Tuan sendirilah kena beli kat luar.Saya tak pandai masak."kata Dian panjang.Gembira hatinya tak payah berhenti.Padahal tadi dia memang mengharap Fahmi tidak kasi dia berhenti dan tak sangka Fahmi menghalangnya untuk berhenti.Sengihan disorok.

'Wah..Rasa cam nak terbang..'

"Aku tak cakap kau tak payah masak untuk aku."kata-kata Fahmi memberhentikan lamunan syok sendiri Dian.

'Oi!Aku tak pandai masak lah bongok!Kau nak mati kot makan masakan aku.'

"Kau kena kerja disini dan.."ayat Fahmi sengaja tidak dihabiskan.

Dian geram.
'Dan..Dan apa?Ada jugak mamat ni aku celup dalam kari ikan kembung hijonya itu.Dan Dan apa?Dan sebenarnya..Dan sebenarnya haaaa..Ha lagu Yuna pulak dah keluar.'bebel Dian.

"Kau kena belajar memasak dan sebagai denda kau kena duduk di rumah ni.Aku nak kau masak setiap waktu breakfast,lunch,tea,dinner and supper untuk aku.No excuse."kata Fahmi sambil mengangkat jari telunjuknya menandakan dia tak mahu ada alasan dari Dian.

Dian yang mendengar dah melopong..Permintaan apakah?

Tapi boleh jugak aku duduk rumah ni.Tak payah aku nak ulang-alik dari rumah aku yang jauh tu.Lagipun nak buat apa dia takut duduk disitu kan?Dia kuat u tuk melindungi diri jika lelaki dihadapannya ini ingin berbuat apa2 padanya.Hmm..Tapi mummy ngan daddynya kasi ke?

"Okay.Saya tak kisah.Tapi saya kena tanya mummy dan daddy saya dulu."

"Pastikan diorang terima."

"InshaAllah.."

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now