DAKG-24

19.6K 999 34
                                    

Dian mengelap peluh di dahi.Fuh!Akhirnya..Setelah lebih sejam berperang di dapur,tong teng tong teng,Dian siap memasak kari ikan dan sayur kangkung masak belacan.

Hek eleh..Bukan susah pun nak masak benda alah tu.Cuma kalau kasi kat Dian yang memang buta bab2 masak ni memang habis sejam dua kat dia lah.Padahal benda tu semudah 1,2,3..

Habis kena marah dek MJ si pencen komander tu.Salah potong lah,tak garing lagilah,cair sangat lah,itulah, inilah..Ikutkan hati Dian yang sah2 lah gangster abadi tu,mahu dihumban MJ masuk dalam kari!Biar jadi kari manusia!Kasi makan kat si King Kong tu.Hah!Puas hati!

Dian terkebil-kebil memandang MJ yang sedang merasa masakannya. Gaya dah macam juri Master Chef pulak!Tegang gila muka.

Mia juga menyibuk merasa masakan rakannya itu.Niat di hati nak datang 'melawat' member. Tup tup.. Mulutnya yang melopong tengok Dian yang selalu mendera itu tengah kena dera dengan MJ kat dapur. Haha..Mahu aja dia tangkap gambar kasi kat konco2 ayah Dian.Mahu gelak guling2 diorang.

Dalam hati Mia memanjat kesyukuran.Nasib baik dia pandai memasak.Kalau tak mampus dia kena heret sekali.Nasib kaulah Dian..

"Ehem!"MJ berdehem sebaik selesai merasa masakan Dian.Dian menanti komen dari MJ dengan penuh debaran.

"Macam mana MJ?"soal Dian.

MJ merenung Dian.Dian fokus menunggu komen dari MJ.Sampai tak berkelip matanya.Hampir seminit mereka membalas renungan,Dian rasa memang betul2 dia nak humban si MJ ni dalam kari!Apasal lambat sangat nak bagi komen?

"Okaylah..Lain kali tambah garam lebih sikit."komen MJ kemudian bangun membasuh tangan.

Dian menarik nafas lega.Lega bukan sebab komen MJ tu agak bagus,tapi sebab akhirnya dia dapat menamatkan sesi renungan mata tak berkelip itu.Habis pedih mata Dian dibuatnya.

Pesanan MJ masuk ke dalam kepala otaknya.Ada bagus juga MJ ni mengajar memasak. Sekurang-kurangnya lepas ni dia boleh memasak sendiri untuk suaminya. Errkk..

Oih Dian!Kau dah buang tabiat ke apa?Erghh..

Dian memandang pula rakannya itu.

"Tak sedap."komen Mia sepatah lalu sebuah pukulan yang maha dahsyat hinggap di kepalanya.Tak ada lah dahsyat pun sebenarnya..😑😑

"Adoi!Oih!Betul apa aku komen.."kata Mia dalam nada marah dibuat2..Dah agak yang dia pasti akan kena smack dengan Dian.

"Eleh..Kau pandai je komen.Kau ingat aku dah lupa ke pasal kau pedajal aku haritu?Huh!"kata Dian lalu mengemas meja.

"Alooo..Dian..Sorry lah.Jangan marah aku.."pujuk Mia.Dia membuat muka comel.Dian yang melihat muka Mia naik menyampah.Mahu aje ditonyoh muka Mia dengan kain buruk.Pasal minah ni lah aku kantoi dengan si king kong tu aku tak pandai masak..Erghh..

"Dah2 lah tu buat muka hodoh tu.Hantu pun tak sanggup tengok."perli Dian.Terus monyok muka Mia.

"Huh!Aku tahu aku comel..Kau jealous lah tu.."kata Mia sambil mengangkat-angkat kening.Memang tidak dinafikan Mia memang seorang yang comel.Namun,kecomelan dia tak dapat menandingi kecantikan dan kecomelan Dian.Hoho..

"Ces!Kau jangan nak perasan!Dah!Aku maafkan kau.Benda dah jadi.Mana boleh patah balik!Sebagai balasan kau kena tolong aku basuh pinggan!" kata Dian kemudian berlalu ke sinki sambil mengangkat pinggan kotor.

"Yay!Sayang kau"jerit Mia riang.

●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●

Hampir sebulan berlalu sejak perkahwinan mereka.Tiada apa2 yang berubah kecuali kemahiran Dian yang semakin pandai memasak. Ni nak bangga sambil libas rambut kiri kanan nih..

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now