DAKG-33

19.5K 846 17
                                    

Fahmi menuruni tangga dengan dahi yang berkerut dan tangan diletakkan di pinggang.Terasa sengal seluruh badannya dan pinggangnya tak usah cakap.Rasa macam nak terbelah dua!

"Kenapa dengan pinggang tu Fahmi?" soal Datin Serina prihatin apabila menantunya itu sampai di meja makan.

"Jatuh katil."jawab Fahmi ringkas membuatkan semua mata yang berada di meja makan ketika itu memerhatinya.

"Macam mana boleh jatuh?"soal Farhana pelik.Setahunya katil di bilik abangnya itu besar dan terlebih muat untuk dua orang.

"Dian ten.."

"Dia tidur lasak sangat."jawab Dian cepat2 memotong percakapan Fahmi.
Serta-merta Fahmi menjeling Dian tajam.Pandangan maut diberikan kepada gadis itu.Dian juga membalas jelingan itu sambil membuat gerak bibir memberi amaran.

Fahmi mengambil tempat disebelah Dian tanpa mengalihkan pandangan tajamnya.Dian buat muka tak tahu sambil menghirup air teh perlahan-lahan.

"Lah..Tidur lasak rupanya.Ingatkan Dian yang tendang.Iyalah..Dian ni tidur lasak sikit."kata2 Datin Serina membuatkan Dian tersembur air teh di dalam mulutnya.Dia terbatuk-batuk dan mukanya menjadi merah.

Air yang duhulur oleh Farhana yang berada di hadapannya di sambut dan dengan rakus dia menelan air tersebut.Serta-merta tekaknya berasa lega.

Fahmi mengekek ketawa melihat Dian.Dian bengang.Bukan reti nak hulur air ke apa!Boleh pulak dia gelak!Memang nak kena.Dian memijak kuat kaki Fahmi di bawah meja.

"Aduh!"muka Fahmi berkerut menahan sakit.

"Ya Allah..Dian ni kenapa boleh tersedak?Yang kamu ni pulak apehal?"soal Dato' Zikri dengan muka yang pelik.

"Tak ada apa2."jawab mereka berdua serentak.Dato' Zikri mendengus sebelum menggelengkan kepala.Tak faham dengan perangai anak dan menantunya ini.Dua2 pelik!

Fahmi memandang Dian dengan pandangan ingin makan minah itu hidup2.Dian pula tersenyum sinis sebelum memulakan suapan nasi lemak ke dalam mulutnya.Kejadian malam semalam membuatkan Fahmi sakit hati dengan perempuan di sebelahnya itu.Rasa2 kalau hanya mereka berdua dalam rumah itu dah lama dia humban minah tu keluar tingkap dari tingkat dua!

Selesai sahaja Dian dan Fahmi berborak dengan Farhana di ruang tamu,mereka masing2 masuk ke dalam bilik tidur untuk tidur memandangkan jam sudah mencecah angka 12 malam.

Sesampainya mereka di bilik tidur a.k.a bilik Fahmi mereka berdua termenung di hadapan katil. Memandangkan Dato' Zikri,Datin Serina,Danial Azim serta Farhana tidur di rumah mereka malam itu,mereka terpaksa berkongsi bilik. Tak nak kantoi yang mereka tidur berasingan.

"Kau tidur sofa."arah Dian selamba.

"Eh!Asal pulak?Ini bilik aku.Kau tu yang kena tidur sofa."bantah Fahmi.

Dia melangkah ke katil sebelum berbaring.Tangannya didepangkan.

Dian menghentak kaki.Dia berjalan dan berhentu di tepi katil di mana tempat Fahmi baring.Fahmi yang sedang menutup mata itu dipandang tidak puas hati.

"Weh!Kau tidurlah kat sofa!"marah Dian sambil bercekak pinggang.

"Tak nak.Kau pergilah tidur sofa."jawab Fahmi yang masih menutup mata itu.Dian menarik nafas dalam2.Mamat ni kalau tak cari pasal dengan aku sehari memang tak sah kan?

Dia menarik kuat tangan Fahmi untuk bangun."Tak kan aku kena tidur sofa?Kau lah tidur sofa!"Dian menarik-narik tangan Fahmi.Namun badan lelaki itu hanya bergerak seinci sahaja dari tempatnya.

"Woi king kong!Bangunlah!"jerit Dian sambil menarik tangan Fahmi kuat.Mata lelaki itu terbuka namun badannya masih berbaring.

"Kenapa aku yang kena tidur sofa?Ini bilik aku.Kau tu yang menumpang dalam bilik ni.Buat cara orang menumpanglah.."kata Fahmi selamba sambil tersenyum sinis.Dian naik hangin.Tagune..Kalau dia tak siniskan aku tak boleh ke?

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now