DAKG-18

19.9K 946 4
                                    

Suasana dalam bilik itu suram.Hanya dipenuhi dengan kepulan asap Seorang lelaki berkot hitam yang duduk di atas kerusi yang diperbuat daripada kulit itu menghentak-hentakkan jarinya di meja sambil menghisap rokok.Kakinya disilang lagak bos besar sambil bersandar di kerusi.Kiri dan kanannya dipenuhi konco2nya yang berbaju serba hitam

Kemudian seorang lelaki memakai baju hitam memasuki bilik tersebut.Lelaki tersebut menyerahkan telefon bimbitnya kepada lelaki yang duduk di atas kerusi itu.Gambar di telefon diperhati.

"Amacam bos?"soal lelaki itu.

"Good job Daus.Lepas ni aku nak kau still follow dia."arah lelaki itu.

"Bos tak nak saya buat apa2 ke?"soal lelaki itu lagi.Lelaki di atas kerusi itu menggeleng perlahan sambil tersenyum sinis menampakkan barisan giginya yang putih dan kelihatan sangat gerun.

"Relax..Jangan terburu-buru.Biar dia enjoy dengan life dia dulu.Kita tengok setakat mana dia boleh hidup tenang."kata lelaki itu geram sambil menggenggam penumbuk dan tersenyum sinis.Dahinya sudah timbul urat hijau.

"Biar dia puas hidup dulu."
sambungnya.

'Kau tunggu..Aku akan balas dendam atas apa kau dah buat pada ayah aku!'

●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●

"Assalammualaikum!!"jerit seorang gadis selepas masuk ke dalam rumah.

Tengku Muhammad Shah,Tengku Hasmah,Fahmi serta Dian yang ketika itu sedang membincangkan hal perkahwinan terkejut dibuatnya.

"Anak mama!Sampai pun kamu." jerit Tengku Hasmah lalu bangun memeluk anak gadisnya itu.

"Adik!Ya Allah!Rindunya!Kenapa tak bagitau pun nak balik?Kalau tak along boleh jemput."kata Fahmi lalu tangannya disalam Farhana sebelum dia memeluk adiknya erat.Dia mencium kedua belah pipi adiknya.Rindu dia pada adiknya yang baru balik setelah setahun menetap di Australia kerana menyambung pengajian.

Dian yang meliha kemesraan Fahmi dan adiknya hanya tersenyum.Sebijik macam dia dan alongnya.Memang rapat!

Dia sebenarnya terkejut.Ingatkan Fahmi ni anak tunggal.Rupanya ada lagi adik.Tapi tak tahu pula dia kalau Fahmi ada lagi adik yang lain.Tak mungkin Fahmi ada abang atau kakak kerana panggilan adiknya kepadanya ialah along yang digelarkan kepada anak sulung.

"Ini kak Dian eh?"soal Farhana selepas menyalami tangan Dian.Dian mengangguk dan tersenyum.

"You're so beautiful!Untung la along..Dapat bini cantik!Hot lagi tu!"puji Farhana melambung.Muka Dian memerah.Ada ke Farhana ni puji depan2 macam tu.

"Well..Tengok kaki lah.Along kan hot,handsome,macho,sado..Mestilah pilih bini yang macam along jugak."kata Fahmi riak.Serta merta Dian dan Farhana membuat muka menyampah.

"Poyo je along ni!Orang puji kak Dian,dia yang lebih.Perasan!"kata Farhana.

"Memang kuat perasan.."sokong Dian.

"Yay!Kak Dian satu geng dengan Ana!Blueekkk!!"jerit Farhana riang.Dia memeluk lengan Dian lalu menjelir lidah ke arah Fahmi.

Fahmi ingin meluku kepala Farhana namun Dian menghalang.Farhana menyorok di belakang Dian sambil tersengih.

"Tempuh saya dulu kalau awak berani."kata Dian.Panggilan kau-aku dah bertukar kepada awak-saya.
Depan2 parents Fahmi kot.Gila kau nak panggil kau-aku?

"Dah2 lah tu Fahmi.Kesian adik kamu tu baru balik.Mesti penat."Tengku Hasmah menyampuk sebelum sempat Fahmi meluki kepala adiknya dari arah tepi.

"Hmm..Betul2..Along saja nak buli adik.."adu Farhana lalu duduk disebelah Tengku Hasmah.Lengan mummynya dipeluk.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now