DAKG-37

18.1K 850 104
                                    

Ketukan di pintu mengejutkan Dian.Matanya terbuka.Dahinya berpeluh dan nafasnya tidak teratur.
Matanya melihat sekeliling.Susun atur tersebut sama seperti biliknya.

Jam dilihat.Pukul 11 malam.Eh?
Kenapa tarikh sama dengan tarikh ambil keputusan peperiksaannya?
Dia menggosok-gosok matanya.Buka tutup buka tutup,masih di posisi yang sama dia duduk.Serta merta dia beristigfar..Mukanya diraup.

'Ya Allah..Mimpi rupanya.'

Dia bermimpi papanya mening...Dian menggeleng kepala.Tak..Itu cuma mimpi.Ya Allah..Kenapa macam real?

Ketukan dipintu membuatkan Dian terloncat sedikit.Aik?Sebiji macam dalam mimpinya.

Dia bangun dan perlahan-lahan menapak ke pintu.Tombol pintu dipulas dan kelihatan wajah Fahmi yang berserabai.Rambut senget-benget.Tapi tetap nampak kacak di mata Dian.Matanya tepat memandang Dian.

Jantung Dian berdebar hebat.Kenapa situasi sama macam dalam mimpi tadi?Apa Fahmi nak sampaikan ini sama macam dalam mimpi tadi ke?

Fahmi memegang tangan Dian.

"Dian.."panggil Fahmi.

Dub dab dub dab..Jantung Dian semakin laju.

"Papa dan mama ada kat hospital."

Serta merta kakinya lemah dan dia rebah tidak sedarkan diri.

●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●

Matanya perlahan-lahan dibuka. Sedikit pedih matanya apabila cahaya putih menerobos masuk dalam pandangannya.Dia sedaya upaya membuka matanya dan apabila sahaja matanya dibuka,dia melihat sekeliling berwarna putih.

Kepalanya ditoleh kiri dan kanan.Dia berbaring di atas katil.Tangannya pula dicucuk dengan jarum.

Dia berada di hospital.

Kemudian dia tiba2 teringat tentang kata2 Fahmi sebentar tadi.

'Papa dan mama ada kat hospital.'

Dengan sepantas kilat dia mencabut jarum di tangannya.Sakit tak sakit,apa yang pasti dia ingin segera pergi ke suatu tempat untuk kepastian.

Kakinya laju melangkah sehingga berhenti betul2 di bahagian kecemasan.Matanya melilau mencari papanya.Tiba2 matanya tertancap pada satu jasad yang terbaring dilitupi kain putih di penjuru bilik itu.

Serta merta kakinya lemah.Air matanya laju mengalir tanpa dipinta.

Ya Allah..Tak!Tak mungkin!

Dia melutut di sebelah jasad yang masih tidak dibuka kainnya itu.Dia menangis teresak-esak.

"Papa!Kenapa papa buat Dian macam ni?!Kenapa?!"Dian menghamburkan kesedihannya.Dia memukul-mukul tepi katil tersebut.Hingus yang meleleh dilap dengan hujung tangan baju.

"Papa.."rintih Dian lagi.Dia menangis sambil menyembamkan mukanya ditepi katil.

"Assalammualaikum.."tiba2 satu suara memberi salam di belakang Dian.

Dian menoleh.Seorang lelaki lingkungan umur 20-an berdiri di belakangnya sambil memerhatinya.

"Erk..Awak kenal ke dengan ayah saya?"soal lelaki tersebut.Muka Dian blur.

Apa kejadah tiba2 nak tanya pasal ayah dia time2 orang tengah bersedih ni?Mamat ni pulak siapa?

"Ayah awak?"Dian berbasa basi bertanya.Malas nak layan orang yang tak reti hormat perasaan orang tengah berduka lara ni.

"Jenazah ni ayah saya.Itu saya tanya cik.Cik kenal ke ayah saya?"

Huh?

Kening Dian berkerut.Ayah dia?

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now