DAKG-14

21.7K 975 43
                                    

Pagi Isnin..Jam dah berganjak pukul 10 pagi.Tapi ada lah si gadis melayu terakhir tak bertauliah masih berbungkus dengan selimut. Siapa lagi kalau bukan si Dian pemalas ni.Dah lah tak pandai masak,
mengemas,semua kerjalah dia tak reti,senang cerita!Bangun lambat pulak tu!Apa nak jadi lah dengan perempuan zaman sekarang..(Author pun geleng kepala..Sebab author pon 2×5..😅😅)

Tiba2 tidurnya terganggu dek bunyi lagu First Of The Year dari handphonenya menandakan ada orang call.Panggilan pertama,biar.
Panggilan kedua,pun biar.
Panggilan ketiga..Dian panas hati..

"Lahanat mana yang call pagi2 buta ni?!"marah Dian.Panas betul hati bila ada orang yang call tak reti nak paham bila dah tak angkat call tu maknanya malas nak layan.Tapi masalahnya ni bukan pagi buta.Nak dekat tengah hari dah.Bak kata orang tua2..Matahari dah duduk atas kepala...Bangun!

Dian mengambil telefon di atas meja.Matanya yang penuh dengan taik mata digosok.Sempat jugak dia lap air liur basinya pada leher baju.Dah nama pun tak senonoh..

Dahi Dian berkerut.

"Apalah si malaun ni nak pagi2?Tak kacau hidup aku sehari boleh tak?"bengang Dian bila nampak nama si pemanggil.Apa si Fahmi ni nak pagi2?Mau aja dicampak handphone itu.Tapi bila difikirkan balik handphone iphone 6S original cover keluaran terbaru...Tak jadi nak campak.

Dengan malasnya Dian slide butang hijau.

"Apa?"soal Dian.

"Waalaikumussalam.."kata si pemanggil.Perli nampak?

"Huh!Kenapa call aku pagi2 ni?Dah tak reti nak tunggu tengah hari?"soal Dian agak kasar.

"Nanti aku cakap kau nyanyuk,kau marah.Kalau aku cakap kau pekak pun kau marah.Wahai Cik Dian Amelyn Binti Dato' Zikri..Kau dah lupa ke hari ni kita kena pergi test baju pengantin???!!!"marah Fahmi.
Ayat terakhirnya memang Fahmi jerit kuat nakharom.

Dian menjauhkan handphone dari telinganya.Dalam masa yang sama dia terkejut.

'Test baju pengantin?Ada ke?'soal Dian dalam hati.Dia tepuk dahi.Ada!Semalam Puan Serina ada mengingatkannya pergi butik kawannya untuk test baju pengantin.

"Hehe..Sorry2..Aku lupa.Kalau ya pun jangan lah jerit.Pekak telinga aku!"kata Dian.

"Aku paling pantang orang yang pelupa ni.Dah!Siap sekarang!Aku dah ada depan rumah kau.Nanti aku masuk,sebelum bibik kau hidang air kat aku,aku nak kau dah ada kat depan mata aku.Kalau tak..tau lah apa aku nak buat kat kau"kata Fahmi lalu mematikan panggilan.

Dian rasa macam nak pergi terjun balkoni dan bunuh mamat tu la ni jugak!La ni!Macam diktaktor!

Dian bergegas bangun dari katil dan menghala ke arah tingkap.Dian nampak Fahmi dah keluar dari keretanya.Apa lagi..Berdesup dia berlari masuk bilik air.
Memandangkan si king kong tu turun takhta..Peratusan untuk hukuman dijatuhkan amatlah tinggi.

Setelah 5 minit mandi,sempat jugak dia shampoo rambut,Dian bergegas ke arah wardrobe..Dian ni bab2 mandi express memang expert.Tak tahu apa rahsia dia.Author pon tak dapat nak korek.

Dian menyarungkan baju t-shirt merah dan tertulis tulisan 'HIM' berwarna hitam lengan panjang pemberian alongnya yang gedik nak berlagak ada gf cun bila keluar jalan2 kat mall,dan skinny jeans hitam.Rambutnya diikat pony tail.

Selesai menyapu tipis bedak dimuka dan lip balm di bibir,Dian ni bab2 mekap memang dia tak suka,Dian mencapai beg tangannya dan berlari turun ke ruang tamu.

Sesampainya Dian di ruang tamu,perkara pertama dia perhati..air atas meja.Dah terhidang!Habislah..Dalam masa yang sama dia memarahi Mak Suri dalam hati.Apa pasal cepat sangat hidang air kat mamat ni?Tak sampai 15 minit.Habis Dian,nama pun adab menyambut tetamu.Form 5,bahagian adab,'Adab Menyambut Tetamu'..jangan bagi tetamu kelaparan ketika menziarah.Tak belajar agaknya..(Author pon x psti btol ke x f5 tu.Ke f4?Bukan drama korea Boys Over Flower tu.😉)

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now