BAB 47

22.6K 1K 113
                                    

Assalammualaikum readers2 yg sis sayang..Ini adalah chapter ketiga terakhir sebelum DAKG sampai ke EPILOG.

So enjoy n vote..

Media:Baju yang dipakai oleh lelaki di akhir sekali bab ni.

#####

Pang!!

Kali ke empat pipinya ditampar.Dian berdesis kesakitan.Kalaulah tangannya tidak diikat dengan besi, memang dah lama lelaki di depannya ini kena makan penumbuknya.Mahu semua gigi berterabur,biar rongak.

"Pandai kau kan?Nak pergi mintak tolong?Tak ada siapa lah nak tolong kau perempuan?!"tengking Luis.Rambut Dian ditarik kuat.

"Sakitlah sial!"jerit Dian.Badannya meronta.Tiba2 pintu bilik dibuka dari luar.Mata Dian membulat.

Marc diheret oleh dua orang lelaki. Mukanya sudah lebam2 dan sudah bercalar-balar.Darah mengalir dari mulutnya.Serta-merta mata Dian bergenang.

"Lepaskan dia!"jerit Dian.Marc kelihatan sudah tidak bermaya. Badannya terjelopok jatuh di atas lantai betul2 di hadapan Dian.
Luis melepaskan cengkamannya di rambut Dian lalu berjalan ke arah Marc.Dia mencangkung lalu rambut lelaki itu ditarik.Kepala Marc mendongak.Pistol di belakang badannya di ambil.

"Marc..Marc.."kata Luis sambil ketawa sinis.Pistol di leretkan di tepi muka Marc.

"Sejak bila kau jadi baik ni?"

Marc memandang Luis tajam. Kemudian matanya melihat Dian.
Bibirnya bergerak seperti mahu mengatakan sesuatu.Dian sudah tidak mampu menahan tangisan.

Disebabkan dia Marc jadi macam ni.Disebabkan nak selamatkan aku dia jadi macam ni!

"Aku tak nak bunuh orang yang tak bersalah."kata Marc.Bibirnya berdarah kesan dari tumbukan.

"Siapa?Perempuan ni?Hoi!Kau tahu tak apa yang ayah perempuan ni dah buat kat keluarga aku?!"tengking Luis sambil menunjukkan pistol ke arah Dian.

Dian terdiam.Apa yang papanya telah lakukan?Sehingga Luis berdendam dan bertindak sehingga begini?

Marc hanya menjeling Luis tajam sambil menahan kesakitan.Luis melepaskan rambutnya lalu berdiri dan berjalan ke arah Dian.Dia mengelilingi Dian.

"Bapak perempuan ni..dah musnahkan empayar keluarga aku.Bunuh ayah dan mak aku.Dia dah rampas segala-galanya dari aku.Segala-galanya."Luis berkata keras.Suaranya perlahan dan sinis cukup untuk orang di dalam bilik itu sahaja dengar.

Dian tergamam.Matanya melihat Luis yang sudah memandangnya penuh dengan api kebencian dan dendam yang membuak-buak.

"Kau salah.Zikri tak pernah bunuh mak ayah kau.Ayah kau yang langgar perjanjian.Dia yang serang Black Dragon dulu!"kata Marc membuatkan Luis berjalan ke arahnya lalu di sepak perut Marc kuat.

"Kau jangan sesekali nak tuduh ayah aku!Kau tu layak duduk bawah kaki aku je!"kata Marc berang sambil menyepak Marc bertubi-tubi di perut.
Lelaki itu mengerang kasakitan.
Dian menangis melihat Marc diperlakukan begitu.

Luis memaki Marc.Setelah beberapa tendangan kuat di perut Marc,dia mengatur langkah ke arah Dian.

"Kau nak balas dendam sebab tak puas hati kan?"

Luis berhenti.Genggaman pistol di tangan menjadi kejap.Nafasnya ditarik kuat.

"Marc."kata Luis sepatah.Suaranya menjadi lagi keras.Kepalanya ditoleh memandang Marc.

"Kau tahu apa akibat tikam aku dari belakang?"soal Luis bersama senyuman sinis.Picu pistol ditangan ditarik lalu dihala ke arah Marc.Mata Dian membulat.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now