DAKG-20

20.4K 902 2
                                    

Dian termenung di ruang tamu.Kepalanya pening!Pening memikirkan keputusan yang telah dia buat.

'Betul ke keputusan aku ni?Takkan menyesal ke?'

"Arghhh!!"Dian menjerit perlahan lalu menumbuk bantal disebelahnya.

"Dian.."Dian memandang mamanya yang berjalan ke arahnya sambil membawa sebungkus kotak.Puan Serina melabuhkan punggungnya disebelah Dian.Rambut Dian dibelai.

"Dian okay sayang?"soal Puan Serina lembut.Dian memandang tepat anak mata mamanya.Dia menggeleng.

"Dian tak boleh nak terima lagi semua ni mama..Dian rasa macam..macam Dian menyesal.."

"Dian sayang..Dian jangan cakap macam tu.Mama tak suka.Semua yang berlaku tu ada hikmah dia.Dian kena terima ye nak?"kata Puan Serina memotong kata Dian.Tangannya yang tadi membelai rambut anaknya itu turun menggenggam tangan anaknya erat.

Dian hanya diam tidak berkutik.Tak tahu hendak menggambarkan perasaannya ketika itu.Menyesal?Adalah jugak menyesal tu.Ya..Memang semua yang berlaku ada hikmah dia.Tapi..Tak dapat dia bayangkan hikmah untuk perkahwinan ini.Mungkinkah dia bakal bergelar janda?Dian rasa dia lebih rela jadi janda dari hidup dengan mamat king kong tu.Tapi..Muda2 lagi takkan dah nak jadi janda?No..!!

"Dian..Mama nak cakap ni."kata Puan Serina.Dian sedikit tersentak.Suara mamanya mematikan lamunannya sebentar tadi.Dian memandang mamanya.

"Apa dia mama?"soal Dian.Dia memusingkan sedikit badannya kekiri menghadap mamanya.

Ketika itu ruang tamu agak sunyi kerana semua sedara-mara sudah balik dan mamat king king tu Dian tak mahu ambil tahu di mana keberadaan dia selepas semua tetamu sudah balik.Ayat mudah,Dian malas nak ambil tahu.Habis cerita.

"Mama nak kamu pindah rumah Fahmi malam ni.Boleh?"kata Puan Serina.

"Hah?Balik rumah dia?Kenapa pulak?Baru tadi Dian kahwin dah kena pindah?Kenapa tak boleh duduk sini malam ni?Kenapa mesti malam ni?Noo..!"soal Dian bertubi-tubi bak machine gun.OMAIGAD..Baru sehari kahwin mama dengan papa nak aku pindah keluar?Kenapa?Mama dan papa nak halau aku ke?Kenapa?Oh.Sayu....Hati ini makin sayu...

"Ya Allah..Kamu ni cuba soal satu2..Pening kepala mama nak jawab."kata Puan Serina lalu menepuk perlahan peha anaknya itu.

"Kenapa mama suruh pindah malam ni jugak?"

"Sebab.."belum sempat Puan Serina menjawab soalan Dian satu suara yang memang Dian nak elakkan menyapa gegendang telinganya.

"Sebab sayang dah jadi isteri abang lah.Kita pindah malam ni sebab esok abang ada kerja sikit nak kena buat.Lagipun pengantin baru perlykan privacy.Okay sayang ya?"

Bernanah telinga Dian dengar perkataan 'sayang' 'abang' dari mulut si king kong tu.Matanya tajam menjeling je arah Fahmi.
Kelihatan Fahmi tersenyum sinis.

"Haa..Bagus tu Fahmi..Hari pertama dah ada peningkatan.Kekalkan panggilan tu ya Fahmi?Dian?"kata Puan Serina sambil tersenyum gembira.

Dian mencebik.Eleh..ingat dia tak tahu ke mamat tu berlakon?Memang tak lah aku nak panggil dia a.b.a.n.g..Erghh..Lagi satu hal.Sakit hati betul nak kena duduk dengan king kong tu.Suka betul cari pasal.Privacy?Memang aku perlukan privacy nak 'habiskan' mamat tu.Inilah peluang aku.

"Okay.."jawab Dian malas.Fizikal dan mentalnya sungguh penat.Badannya sungguh letih!Kelihatan Fahmi tersenyum kemenangan.Hoi..Kalau bukan sebab permintaan mama aku tak follow kau tau.Bukan sebab aku melting dengar ko panggil aku 'sayang'.

"Hmm..Good..Ni mama ada hadiah.Selamat pengantin baru my only beautiful daughter..Janji dengan mama Dian,jadi isteri yang solehah."ucap Puan Serina.Kotak ditangan diberi kepada Dian.Matanya sedikit bergenang dengan air mata.

Dian tersenyum.Dia memeluk mamanya."Terima kasih mama..Sayang mama.."ucap Dian terharu.Pasal janji tu?Ahh..Entah lah.

"Dah lewat malam ni.Kamu dengan Fahmi mesti penatkan?Ikutkan hati mama,nak suruh kamu berdua bermalam di sini je tapi memandangkan Fahmi ni ada kerja esok terpaksalah mama lepaskan kamu.Jaga diri baik2 ya sayang?Jadi isteri yang taat.Jangan nakal2."kata Puan Serina.Sempat dia berpesan pada anak perempuannya yang satu itu.

Dian rasa sedikit sedih.Apalah king kong ni.Sibuk je nak balik rumah dia.Esok je lah balik.Tak boleh ke?Hish..Buat orang panas hati je dia ni.

"Okaylah mama.Kami balik dulu."kata Fahmi lalu bersalaman dengan Puan Serina.

"Fahmi..Jaga Dian tau.Anak mama ni nakal sikit.Tapi hati dia lembut. Jangan sakitkan hati dia ya?"pesan Puan Serina lalu tersenyum.Bahu Fahmi ditepuk perlahan oleh Dato' Zikri dari arah belakang.

Fahmi tersenyum lalu bersalam dengan bapa mertuanya itu.

"Fahmi jaga anak papa ni elok2 tau.Fahmi tau2 jelah..Kami ni jenis keluarga yang macam ni."pesan Dato' Zikri pula kepada Fahmi.

"Baiklah papa..Fahmi jaga Dian elok2.Fahmi janji."kata Fahmi.Dian yang mendengar sedikit terharu.Betul ke apa yang dia cakap tu?Kalau betul kenapa aku rasa macam selamat?

"Yo!Adik ipar!Jaga adik aku elok2.Kalau aku tahu kau buat dia menangis..Memang tak tengok dunia lah kau aku buat."pesan Danial Azim berbaur ugutan.Lalu dia ketawa.
Fahmi hanya senyum senget.

"Apa lah along ni.Tak mungkin Dian nangis lah.Cis..Buat malu je."kata Dian sambil mencebik.

"Okay lah.Kami balik dulu.Assalammualaikum."kata Fahmi lalu berlalu ke pintu.Dian dalam keterpaksaan mengikut Fahmi dari belakang walaupun kakinya terasa berat untuk meninggalkan rumah itu.

Dalam hati Dian..'Kau tunggu king kong.Memang siap kau kat rumah nanti!'


Wah...Rasa dah dekat 2 minggu sis tak update..Huhu..Sorry sangat2.. Sis busy settlekan urusan kolej.

This bab short sikit..Sis janji dalam minggu ni sis update bab lebuh panjng okay?Thanks kepada yg vote,yg read and follow sis..4K already..Huhu..Sis menyepi pon boleh bertambah readers..Huhu..Terharu..Sob sob..

Lastly..Sorry kalau ada typo..

🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭










Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now